Bukit Kepong (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai filem Bukit Kepong. Untuk peristiwa 1950, sila lihat Peristiwa Bukit Kepong. Untuk pekan kecil di Johor, sila lihat Bukit Kepong.
Bukit Kepong
Bukitkepong(poster02).jpg
Pengarah Jins Shamsuddin
Penerbit Jins Shamsuddin
Penulis Aimi Jarr
PPP Yusoff Ariffin
PPP Ismail Johari
Lakon layar oleh Jins Shamsuddin
Cerita oleh
PPP Ismail Johari
Berdasarkan Peristiwa Bukit Kepong
Dibintangi oleh
Disunting oleh Johari Ibrahim
Syarikat
produksi
Jins Shamsudin Productions
Pengedar Jins Shamsudin Productions
Mula ditayangkan
1981
Tempoh tayangan
110 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.3 Juta
Box office RM 1.7 Juta

Filem Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan. Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.[1] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada tahun 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos pembuatan sebanyak RM 1.3 Juta.[2]

Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM100,000. Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).[3]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang oleh 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Jins Shamsuddin memegang watak sebagai Sarjan Jamil Md Shah, menulis skrip dan mengarahkan filem ini.
  • Jins Shamsuddin sebagai Sarjan 3493 Jamil Bin Mohd Shah
  • A. Rahim sebagai Lans Koperal 7168 Jidin Bin Omar
  • Hussein Abu Hassan sebagai MM 10533 Osman Yusoff
  • Yusof Haslam sebagai MM 8600 Jaafar Bin Hassan
  • Dali Abdullah sebagai MM 7493 Mohamad Bin Jaafar
  • Samsudin Baslah sebagai MM 7862 Abdul Kadir Bin Jusoff
  • JA Halim sebagai MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim
  • Hisham Ihsan sebagai Penghulu Ali
  • Mohd Noor Bon sebagai A/P 1925 Ali Akob Bin Othman
  • Harun Ibrahim sebagai A/P 2130 Samad Bin Yatim
  • Jamaliah Arshad sebagai Mariam
  • Edah Ahmad sebagai Saadiah
  • Suhaina Yahya sebagai Fatimah Manan
  • Ayu Rahman sebagai Pon
  • Normah Alim sebagai Arfah
  • Noraini Talib sebagai Fatimah Ya'aba
  • Omar Suwita sebagai Sa'ibun
  • Norazizah Mohd Seh sebagai Jamilah
  • Ahmad Tarmizi Mad Zin sebagai Mohd Nor
  • Akhmal M.Zain sebagai Hassan
  • Norizan Hashim sebagai Zainun
  • Azizan Mokhtar sebagai Abu Samah
  • Baby Yahya sebagai Zaleha
  • Abdul Malik Abdullah sebagai Pegawai Pentadbir Daerah
  • Mike Steward sebagai Mr Davis
  • Steven Wang sebagai Tuck Sai
  • James Ling sebagai Ling
  • Norazam Zakaria sebagai Aziz
  • Mohd Rashid Md Isa sebagai Said
  • Saadah Fadzil sebagai Isteri Saibun
  • Zambry Samad sebagai Anak Saibun
  • Embong Azizah sebagai Ibu Saibun
  • Low Hwee Luang sebagai Isteri Ah Yau
  • Tan Mei Ling sebagai Mei Ling Anak Ah Yau

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

Anggota PDRM telah diberikan tanggungjawab melakonkan watak masing-masing dalam filem ini:

Anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu yakni anggota polis Bukit Kepong
  • PPP Latifi Ahmad sebagai MM 7645 Yusof Bin Rono
  • Insp Zainal Abidin Mohd sebagai OCPD Pagoh (J.J. Raj)
  • Inspektor Fauzy Abu Bakar sebagai MM/T 3472 Ahmad Bin Khalid
  • Koperal Mohd Kurdi Ismail sebagai MM 9136 Hassan Bin Othman
  • Koperal Shukor Daud sebagai MPC 37 Abu Bakar Bin Daud
  • Koperal Abdul Ghani Abdul sebagai MM 5674 Abu Bin Mohd Ali
  • Koperal Abdullah Jabar sebagai A/P 2127 Osman Yahya
  • Konstabel Marsat Jidin sebagai Koperal 7068 Mohd Yassin Bin Haji Abdul Wahab
  • Konstabel Sukarman Selamat sebagai MM 3933 Hamzah Bin Ahmad
  • Konstabel Talib Janggi sebagai MM/T 3795 Jaafar Bin Arshad
  • Konstabel Mat Saad sebagai MPC 60 Ibrahim bin Adam
  • Konstabel Mohd Jan Katan sebagai MPC 68 Awang bin Ali
  • Konstabel Malek Baba sebagai MPC 181 Basiron bin Adam
Pengganas Komunis
  • Sarjan Ng Thin Hong sebagai Lee Tuan
  • Konstabel Chong Yun Fook sebagai Kwan Pin
  • Konstabel Lam Seng Lan sebagai Wing Chan
  • Konstabel Looi Thye Choe sebagai Chin Siang
  • Konstabel Seah Lai Soon sebagai Chan Fei
  • Konstabel Abdul Ghani Wahid sebagai Leman
  • Konstabel Mohd Yatim sebagai Komunis Melayu
  • Konstabel Abdul Ghani Mohd Yusoff sebagai Komunis Melayu
  • Konstabel Yahya Nordin sebagai Komunis Melayu
Penduduk Kampung Bukit Kepong
  • Koperal Tham Chen Yao sebagai Ah Yau
  • Konstabel Lee Seng Chong sebagai Ah Siah
  • Konstabel Wanita Wong Chen Chu sebagai Anak Ah Siah

Kru filem[sunting | sunting sumber]

  • Penolong Pengarah- A. Rahim
  • Inspektor Fauzy Abu Bakar-Penasihat Teknikal
  • PPP Latifi Ahmad-Penasihat Teknikal
  • Penolong Jururakam Audio-Ahmad Tajudin
  • Penolong Jururakam Audio-Azmi Mohd Nor
  • Penolong Jurukamera-Ed Rizal
  • Pengubah Lagu-Inspektor Abu Bakar Long
  • Pengarah Muzik-PPP Alias Arshad
  • Penyunting Filem-Johari Ibrahim
  • Penolong Penyunting Filem-Mariam Ibrahim
  • Jururakam Audio- Peter Lim
  • Jururakam Audio- Zulkifli Salleh
  • Jurukamera-S.Mohan
  • PPP Yusof Ariffin-Pengarah Penataan Seni & Pereka Set
  • PPP Zakaria Mohammad-Pereka Set

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pengarah, penerbit dan pelakon utama filem ini, Jins Shamsuddin menjelaskan bahawa filem ini dilakukan berdasarkan fakta sejarah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Dia turut menemu bual pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden serangan di balai polis berkenaan serta penduduk kampung Bukit Kepong. Sebelum pembikinan filem itu, keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu.[5]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-3, 1982 Filem Terbaik Jins Shamsudin Menang
Pengarah Terbaik Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Anugerah Khas Juri Menang
Lakonlayar Terbaik Aimi Jarr, Yusof Ariffin, Ismail Johari Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik A. Rahim Dicalonkan
Hussein Abu Hassan Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jamaliah Arshad Dicalonkan
Jurukamera Terbaik S. Mohan Menang
Penataan Seni Terbaik Yusoff Ariffin Menang
Penataan Bunyi Terbaik Peter Lim & Zulkifli Salleh Menang
Bintang Harapan Suhaina Yahya Menang
Dali Abdullah Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]