Anfaal Saari
Anfaal Saari | |
|---|---|
| أنفال ساعري | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Pemerkasaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Sosial & Ekonomi Penjagaan)[note 1] | |
| Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Menteri Besar | Amirudin Shari |
| Didahului oleh | Siti Mariah Mahmud (Pemerkasaan Wanita dan Keluarga) Jawatan ditubuhkan (Kebajikan Sosial & Ekonomi Penjagaan) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Taman Templer | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mohd Sany Hamzan (PH–AMANAH) |
| Majoriti | 467 (2023) |
| Timbalan Ketua Wanita Parti Amanah Negara | |
| Menyandang jawatan 22 Disember 2023 | |
| Presiden | Mohamad Sabu |
| Ketua Wanita | Aiman Athirah Sabu |
| Didahului oleh | Nor Hayati Bachok |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Anfaal binti Saari |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Parti Amanah Negara (AMANAH) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Ibu bapa | Saari Sungib (bapa) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Anfaal binti Saari merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi N15 Taman Templer sejak Ogos 2023 dan juga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Menteri Besar Amirudin Shari [1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ahli Majlis Perbandaran Selayang. Anfaal Saari memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional dan Ketua AWAN Gombak, sayap wanita Parti Amanah Negara (AMANAH). Beliau kini merupakan salah seorang daripada dua EXCO AMANAH Selangor bersama Izham Hashim, dan juga salah seorang daripada dua EXCO wanita Selangor bersama Jamaliah Jamaluddin. Beliau juga merupakan anak kepada bekas ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Anfaal Saari mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Al-Amin dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin, di Gombak, Kuala Lumpur. Selepas tamat persekolahan, beliau mengambil Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Olympia Business School dan seterusnya Diploma Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah daripada Akademi Islah Malaysia. Beliau meneruskan lagi pengajian sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan daripada University of Northumbria Newcastle.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (sejak 2023)
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, gabungan pemerintah PH dan Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan berjaya membentuk semula kerajaan. Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua daripada PH, Amirudin Shari, telah dilantik semula sebagai Menteri Besar. Anfaal telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan diberikan portfolio Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Sosial dan Ekonomi Penjagaan oleh Menteri Besar, Amirudin masing-masing pada 21 dan 23 Ogos 2023.[2][3]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya negeri Selangor 2023
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Anfaal membuat penampilan sulung dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Taman Templer. Anfaal memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer bagi penggal pertama selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zaidy Abdul Talib, dan calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Aida Rahman, dengan majoriti tipis sebanyak 467 undi.[4]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | N15 Taman Templer | Anfaal Saari (AMANAH) | 22,247 | 49.67% | Zaidy Abdul Talib (PAS) | 21,780 | 48.62% | 44,792 | 467 | 71.12% | ||
| Aida Rahman (MUDA) | 765 | 1.71% | ||||||||||
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Mula memegang portfolio pada 23 Ogos 2023.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Y.B. Puan Anfaal Binti Saari | Dewan Negeri Selangor". Dewan Negeri Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-07.
- ^ "10 sworn in as Selangor state excos, including one from Umno". Malaysiakini. 21 Ogos 2023. Dicapai pada 28 September 2023.
- ^ "Selangor MB announces 10 exco portfolios, takes on five". New Straits Times. 23 Ogos 2023. Dicapai pada 28 September 2023.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 28 September 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.