Siti Mariah Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Puan Dr.

Siti Mariah Mahmud
P111-KOTARAJA.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Memegang jawatan
2018
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N29 Seri Serdang
Memegang jawatan
2018
Didahului olehNoor Hanim Ismail (PR)
Majoriti14,363
Naib Presiden AMANAH
Memegang jawatan
11 Disember 2019
Berkhidmat dengan
Mahfuz Omar
Mujahid Yusuf Rawa
Hasanuddin Mohd Yunus
Husam Musa
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P111 Kota Raja, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 7 April 2018
Didahului olehSA Vigneswaran (BN)
Digantikan olehMohamad Sabu
Majoriti20,751
Ketua Angkatan Wanita AMANAH
Dalam jawatan
2015–2019
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAiman Athirah Al Jundi
Butiran peribadi
Lahir (1958-02-14) 14 Februari 1958 (umur 65)
Pokok Sena, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg PH-AMANAH
KediamanSungai Buloh
PekerjaanAhli politik

Dr Siti Mariah Mahmud (lahir 14 Februari 1958) merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang, Selangor dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN).Kini beliau diberikan jawatan eksekutif negeri iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Ketika di dalam PAS beliau merupakan ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.[1][2][3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau memperolehi ijazah sarjana muda perubatan dari Universiti Kaherah, Mesir serta Sarjana Fisiologi dari University of London United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi pegawai perubatan dah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Politik[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, S.A. Vigneswaran dengan majoriti sebanyak 20,751 undi. Beliau memperolehi 38,630 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi. Majoriti yang diterima oleh beliau adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh calon PAS walaupun beliau bertanding dalam kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India agak tinggi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau dipindahkan dari Parlimen Kota Raja ke DUN Seri Serdang. Beliau mengharungi cabaran yang besar untuk menentang penyandang Noor Hanim Ismail dari PAS yang bertanding atas gabungan Pakatan Rakyat pada pilihan raya sebelumnya dan Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional, Dato' Dr. Mohamed Satim Diman.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P111 Kota Raja, Selangor[4][5][6][7][8]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Siti Mariah Mahmud (PAS) 16,137 36.57% S. Vigneswaran M. Sanasee (MIC) 24,376 55.24% 44,758 8,239 76.67%
2008 Siti Mariah Mahmud (PAS) 38,630 68.36% S. Vigneswaran M. Sanasee (MIC) 17,879 31.64% 57,323 20,751 79.74%
2013 Siti Mariah Mahmud (PAS) 59,106 64.51% Murugesan Sinnandavar (MIC) 29,711 32.43% 92,719 29,395 87.55%
Dewan Undangan Negeri
Tahun Kawasan Nama Logo Undi Prts Lawan Logo Undi Prts Majoriti Keluar
2018 Seri Serdang Siti Mariah Mahmud Parti Keadilan Rakyat logo.svg 27,088 59.28 Mohamed Satim Diman Barisan Nasional.png 12,725 27.85 14,363 86.5
Noor Hanim Ismail PAS logo.svg 5,552 12.15

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anwar, Zainah (5 October 2008). "In step with the rakyat". The Star. Dicapai pada 17 January 2010.
  2. ^ "Rebranding image the key, says new deputy". The Star. 6 June 2005. Dicapai pada 17 January 2010.
  3. ^ Ramanathan, Rathi (9 October 2008). "Doing good by PAS". The Sun (Malaysia). Dicapai pada 17 January 2010.
  4. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 17 January 2010.
  5. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  6. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.
  7. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]