Naszriah Ngasri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anne Ngasri)

Anne Ngasri

KMN; PPW (Wilayah Persekutuan)
Kelahiran
Naszriah binti Ngasri

(1984-12-18) 18 Disember 1984 (umur 38)
PekerjaanPelakon, penerbit, usahawan, ahli politik
Tahun aktif1987–kini
Terkenal keranaCili Padi
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganAbdul Wafi Hassan (k. 2006; c. 2010)[1]
Datuk Sumali Reduan (k. 2012)[2]
Anak-anak6
Ibu bapa
  • Ngasri Sain
  • Habibah Jaafar
Saudara

Datin Naszriah "Anne" Ngasri (lahir 18 Disember 1984) merupakan seorang ahli politik dan bekas pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelakon kanak-kanak, dan dikenali sebagai seorang pelakon drama dan filem, serta seorang ahli politik di Malaysia dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan aktif dalam Puteri UMNO.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Anne Ngasri dilahirkan pada 18 Disember 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada pasangan personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ngasri Sain (lahir 1950) dan Habibah Jaafar (lahir 1955). Beliau merupakan adik kepada Nasliza Ngasri (lahir 1973); Naszeli "Boy" Ngasri (1974); Nasrizal "Bell" Ngasri (1980), Nasreen "Darling" Ngasri (1983), dan kakak kepada Nassuhada Ngasri (lahir 1995).

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia 3 tahun. Bemula dengan iklan TV dan akhbar kemudian beralih ke medium TV. Antara iklan yang popular di zaman kanak-kanaknya ialah Grandy's, Colgate, Nespray, Dutch Lady dan banyak lagi. Apabila meningkat dewasa, beliau turut terlibat dalam iklan jenama tudung Siti Khadijah, Bawal Exclusive, dan portal Mudah.my. Drama-drama penglibatannya ialah Cili Padi, Anak Angkat, Selamat Hari Jadi Su, dan lebih 200 tajuk drama.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Anne Ngasri mula aktif dalam politik khususnya dalam parti UMNO sejak tahun 2013. Beliau diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO Cawangan Dataran Merdeka pada tahun 2013[3]. Beliau juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang sejak 2013 hingga 2018[4]. Dalam Pemilihan UMNO 2018, beliau telah terpilih menjadi EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2019, beliau diberi ruang menyampaikan perbahasan mewakili Puteri UMNO dalam sesi Ucapan Perbahasan Perwakilan[5].

Kerjaya perniagaan[sunting | sunting sumber]

Anne Ngasri mula menjalankan perniagaan tudung dengan jenama Anne Ngasri Exclusive (AN Exclusive). Perniagaannya berjalan di atas talian menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anne Ngasri menerusi jenamanya AN Exclusive juga terpilih menjadi Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrities Squad) yang berpeluang memasarkan perniagaannya di laman pasaraya atas talian (marketplace), Shopee[6].

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Anne Ngasri pernah mendirikan rumahtangga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010[7]. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits (Lahir pada 2006) , Abdul Wafri (Lahir 2008) dan Nazharah Afrozah (Lahir 2010).

Anne Ngasri kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sufi Harraz (Lahir 2013) dan Nefa Naura (Lahir pada 28 November 2018).[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Perempuan, Isteri & .....? Ijah
1995 Sama Tak Serupa Ayu
1997 Gemerlapan Adik Mimi
1998 Penyair Malam Adik Perempuan Azira
2008 Dunia Baru The Movie Madihah
2014 Love, Supermoon Tiha

Drama/Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1993 Cili Padi [9] Lili TV3
1994 Anak Angkat Dicalonkan sebagai Aktres Pembantu Terbaik, Anugerah Skrin 1994
1996 Selamat Harijadi Su Suraya TV3
Darling Sayang Darling
1997 Kompromi
Salah Siapa TV3
2000 Intan
2002 Demi Rina/Tina
2003 Semarak Naga Rina
2003 Ampunkan Dosaku Zahana
2003 Bukan Ku Pinta Hayati TV3
2003 Orang Gaji 41 TV3
2006 Dunia Baru Madihah Abdul Ghani TV3
2008 Jangan Main Belakang Julia Astro Ria
2009 Chef Jo Azlynn TV3
2009 Gadis Cuci Mona Astro Ria
2010 Mayang Mengurai Mayang Indera TV3
2010 Sari Maya 2 Saidah TV9
2010 Dunia Baru Reunion Madihah Portal gua.com.my Drama portal atas talian (web series)
2010 Lagenda Budak Setan Suzana Astro Ria
2011 Kali Kedua Rina TV9
2012 Antara Kita Ain TVi
2012 Cinta Vlog Sara TV9
2013 Sepai Mell TV1
2013 Opah Siti TV1
2014 Nota Untuk Sang Awan[10] Mira TV2
2014 Kantin Cinta TV2
2022 Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI Raya Lina TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2011 “Primadona… Perahu Mimpi”

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2007 Sehati Berdansa Astro Ria Naib Juara Musim Pertama, bersama bekas suami Abdul Wafi
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 TV3 Penyampai trofi
2012 Betul ke Bohong? Astro Warna Artis jemputan Episod Ke-12, Musim Kedua
2013 Betul ke Bohong? Astro Warna Artis jemputan Episod Ke-7, Musim Ketiga
2013 Primadona Astro Prima / Astro Mustika HD Tetamu jemputan bagi Episod "Kahwin Muda"
2018 Di Balik Tawa Musim 2 Astro Warna Kemunculan dalam episod Bell Ngasri
2018 Jozan Live Astro Warna Artis jemputan Minggu ke-8 bersama Darling Ngasri dan Bell Ngasri

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anne Ngasri Sah Cerai Talak Tiga". mStar. 25 Jun 2010.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 November 2012). "Bakal Suami Anne Ngasri Anggap Kahwin Dapat Baiki Kesilapan Lalu". mStar Online. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/6305470/pelakon-ketua-puteri-cawangan-dataran-merdeka
  4. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/06/12/anne-ngasri-exco
  5. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/60887/KHAS/UMNO/Air-mata-Anne-Ngasri
  6. ^ https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad
  7. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/06/25/anne-ngasri-sah-cerai-talak-tiga
  8. ^ http://www.gempak.com/artikel/14268/belum-habis-pantang-berat-anne-ngasri-dah-turun-10-kg
  9. ^ https://www.remaja.my/25-tahun-berlalu-ini-wajah-terbaru-pelakon-cilik-cili-padi/
  10. ^ https://vimeo.com/178780461
  11. ^ BERNAMA Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan Astro Awani
  12. ^ 1,021 terima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Agong

Pautan luar[sunting | sunting sumber]