Puteri UMNO
Ditubuhkan | 3 Ogos 2001 |
---|---|
Ibu pejabat | Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra |
Lokasi | |
Ketua Puteri | Zahida Zarik Khan |
Naib Ketua | Nurul Amal Mohd Fauzi |
Organisasi utama | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Laman web rasmi | www |
Puteri UMNO merupakan sayap paling bongsu dalam UMNO yang ditubuhkan bagi mewakili golongan belia wanita Melayu dan Bumiputera dan juga sebagai pelapis kepada Wanita UMNO apabila mencapai had umur wanita dalam organisasi parti. Ia telah diilhamkan oleh Naib Presiden UMNO ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menarik minat dari kalangan wanita muda untuk menceburi bidang politik seperti mana Nurul Izzah Anwar ketika itu.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO sekarang ialah Dato' Zahida Zarik Khan (2018 - 2021) yang menggantikan penyandang terdahulu iaitu Datuk Wira Mas Ermieyati Shamsudin
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Julai 2000, dan 16 Oktober tahun yang sama MT bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO sebagai sayap pergerakan, bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO.
Justeru, pada 9 April 2001, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, Dato’ Seri Azalina Othman telah dilantik menjadi Ketua Penaja. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.
Sayap bongsu pergerakan parti itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Dato’ Seri Azalina Othman, seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.
Dato’ Seri Azalina Othman pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan. Sehingga kini beliau masih menjadi ahli Parlimen Pengerang dan Ketua UMNO Bahagian.
Ketua Puteri UMNO kedua, Datuk Noraini Ahmad, bekas graduan kewangan dari University of Saskatchewan, Kanada, pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjadi ahli Parlimen Kota Tinggi.
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjadi Ketua Puteri UMNO yang ketiga. Beliau yang juga ahli Parlimen Papar pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan pada 2009. Kini, bekas graduan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. Terkini, dalam arena politik, beliau memegang jawatan sebagai ahli MT UMNO dan juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Manakala bermula 2013, Ketua Puteri UMNO yang keempat pula disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Anak jati Melaka ini berpendidikan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan ahli Parlimen Masjid Tanah dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelancongan.
Keahlian Puteri UMNO pada cadangan awalnya adalah kepada wanita bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun, tetapi setelah dibahaskan di dalam MT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun kecuali bagi Ketua Puteri UMNO Malaysia sehingga 40 tahun.
Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara berstatus bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.
Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO. Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian hinggalah ke pusat.
Senarai Ketua Puteri UMNO[sunting | sunting sumber]
# | Imej | Ketua Puteri | Tempoh mula | Tempoh tamat |
---|---|---|---|---|
1 | ![]() |
Azalina Othman Said | 2001 | 2004 |
2 | ![]() |
Noraini Ahmad | 2004 | 2009 |
3 | ![]() |
Rosnah Rashid Shirlin | 2009 | 2013 |
4 | ![]() |
Mas Ermieyati Samsudin | 2013 | 2018 |
5 | Zahida Zarik Khan | 2018 | Kini |
Lagu Puteri UMNO[sunting | sunting sumber]
Lagu Puteri Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa Kamilah Puteri pewaris bangsa dan negara Dengan bersemangat tabur bakti dan khidmat Puteri UMNO akan tetap setia |
Bantahan Wanita UMNO[sunting | sunting sumber]
Pada peringkat awal, penubuhan Puteri UMNO mendapat bantahan daripada Wanita UMNO kerana akan bertindan peranan. Sebenarnya Puteri UMNO setaraf dengan Pemuda UMNO . Sebagai langkah seimbang, Putera UMNO telah ditubuhkan bagi meremajakan UMNO.
Apabila Datuk Sri Rafidah Aziz dan ramai wanita UMNO tidak dilantik sebagai menteri pada Mac 2008 , keahlian Azalina menjadi tandatanya.
Had umur[sunting | sunting sumber]
Semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.Ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita. [1]