Anugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik
Academy Award for Best International Feature Film
PenghargaanPencapaian dalam dunia pawagam
Lokasicounty Los Angeles, California
NegaraAmerika Syarikat
Disampaikan olehAkademi Seni dan Sains Gambar Bergerak
Anugerah pertama1957
Anugerah terakhir2012
Kini dipegang olehMichael Haneke filem Amour (Austria, Anugerah Akademi ke-85 ("2012"))
Laman web rasmihttp://www.oscars.org/

Anugerah Akademi untuk Filem Cetera Antarabangsa Terbaik (Bahasa Inggeris: Academy Award for Best International Feature Film; nama dahulunya: Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik - Bahasa Inggeris: Academy Award for Best Foreign Language Film - sehingga tahun 2020[1]) bagi filem bukan berbahasa Inggeris, merupakan satu dari Anugerah Akademi bagi Merit, atau lebih dikenali sebagai Oscar, yang diberikan setiap tahun oleh Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak ("Academy of Motion Picture Arts and Sciences - AMPAS") yang bertapak di Amerika Syarikat. Ia diberikan bagi wayang tayangan penuh ("feature-length") yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat dengan trek perbualan kebanyakannya bukan bahasa Inggeris.80th Academy Awards – Special Rules for the Best Foreign Language Film Award. Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak. Dicapai 2 November 2007.

Ketika acara Anugerah Akademi pertama diadakan pada 16 May 1929 bagi penghormatan bagi filem yang diterbitkan pada 1927/28, tidak terdapat kategori berasingan bagi filem bahasa asing. Antara Anugerah Akademi ke-20 dan Anugerah Akademi ke-21, Akademi memberikan Anugerah Merit Akademi pada filem bahasa asing terbaik yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Anugerah ini, bagaimanapun, tidak diberikan secara tetap (tiada anugerah diberikan pada Anugerah Akademi ke-26 ("1953"), dan tidak bersaing kerana tidak terdapat pencalonan tetapi hanya satu filem dipilih setiap tahun. Bagi Anugerah Akademi ke-29 ("1956"), pertandingan Anugerah Merit Akademi, dikenali sebagai Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, dicipta bagi filem bukan berbahasa Inggeris, dan telah diberikan secara tahunan sejak itu.

Tidak seperti Anugerah Akademi yang lain, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tidak dianugerah pada individual tertentu. Ia diterima oleh pengarah filem yang menang, tetapi dianggap anugerah bagi keseluruhan Negara secara keseluruhannya. Dalam tahun-tahun berlalu, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik dan sebelumnya telah diberikan hampir sepenuhnya pada filem Eropah: dari 65 Anugerah diberikan oleh Akademi sejak Anugerah Akademi ke-20 ("1947") pada filem asing, lima puluh satu diberikan pada filem Eropah, bilangan filem Eropah termasuk 14 pencalonan dan 4 kemenangan bagi filem Soviet Union dan negeri penggantinya. Ia termasuk 5 Anugerah Penghormatan Akademi Khas: 2 dimenangi oleh Itali, 2 dimenangi oleh Perancis dan 1 dikongsikan antara mereka bagi Filem The Walls of Malapaga (1949). Anugerah kedua dikira hanya sekali dalam bilangan Eropah, di mana ia dua kali dalam bilangan Anugerah menurut Negara sebagaimana ditunjukkan dalam kedua-dua kiraan Pawagam di Itali dan Pawagam di Perancis. lima bagi filem Asia, Bilangan termasuk 3 Anugerah Kehormat bagi filem Jepun, tiga bagi filem Afrika dan tiga bagi filem dari Amerika Syarikat. Pengarah filem Itali Federico Fellini mengarah empat pemenang filem bergerak-Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik semasa hayatnya, satu rekod yang kekal tidak dicabar sehingga 2007 (sekiranya Anugerah Kehormat turut dikira, di mana rekod Fellini seri dengan rakan senegaranya Vittorio De Sica). Negara asing terbanyak menerima anugerah adalah Itali, dengan 10 anugerah menang, 3 Anugerah Khas dan 27 pencalonan, sementara Israel merupakan negara asing paling banyak pencalonan, 10, tanpa menang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Apabila upacara Anugerah Akademi pertama diadakan pada 1929, tiada filem bahasa asing diketengahkan. Semasa era awal selepas perang (1947–1955), lapan filem bahasa asing menerima Anugerah Kehormat atau Khas. Pemimpin Akademi dan ahli lembaga pengarah Jean Hersholt mengenegahkan bahawa "anugerah antarabangsa, sekiranya ditadbir dengan betul dan cermat, akan menggalakkan hubungan lebih rapat antara ahli kesenian filem Amerika dengan yang di negara lain." Filem bahasa asing pertama yang dihargai dengan anugerah seperti itu adalah drama neorealism Itali Shoeshine, yang bacaan penghormatan: "kualiti tinggi bagi filem bergerak ini, membawa keindahan kehidupan dalam negara dikancah perperangan, adalah bukti kepada dunia bahawa semangat kreatif mampu mengatasi kesukaran." Dalam tahun berikutnya, anugerah seumpamanya diberikan pada tujuh filem lain: satu dari Itali bagi The Bicycle Thief, dua dari Perancis bagi Monsieur Vincent dan Forbidden Games), tiga dari Jepun bagi Rashomon, Gate of Hell dan Samurai I: Musashi Miyamoto), termasuk juga pengeluaran bersama Perancis-Itali Antarabangsa bagi The Walls of Malapaga). Anugerah ini bagaimanapun, diberikan menurut budibicara bukannya secara tetap (tiada anugerah diberikan bagi Anugerah Akademi ke-26 yang diadakan pada tahun 1954, dan tidak dipertandingkan kerana tiada pencalonan hanya sekadar satu pemenang filem setahun.Levy, Emanuel (2003). "Chapter 11: The Oscar and the Foreign-Language Picture". All About Oscar: The History and Politics of the Academy Awards (edisi 2nd). New York: Continuum International Publishing Group. m/s. 207. ISBN 978-0-8264-1452-6. Dicapai 2010-07-16. 

Kategori berasingan bagi filem bukan bahasa Inggeris dicipta pada tahun 1956. Dikenali sebagai Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, ia telah dianugerahkan secara tahunan sejak itu.Pryor, Thomas M. (October 2, 1956). "'Oscar' Created For Foreign Films" (fee required). The New York Times: p. 39. Dicapai 2010-07-16.  Penerima pertama adalah darma neorealist Itali filem La Strada, yang membantu menetapkan Federico Fellini sebagai salah seorang pengarah Eropah terpenting.

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti Anugerah Akademi yang lain, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tidak memerlukan filem tersebut diterbitkan di Amerika Syarikat bagi layak untuk pertandingan. Filem bertanding bagi kategori Filem Bahasa Asing perlu dibebaskan pertama kali di negara yang menghantarnya dalam tempoh kelayakan yang ditetapkan oleh peraturan oleh Akademi Seni dan Sains Gambar Gerak, dan perlu ditayangkan bagi sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut dalam pawagam komersial. Tempoh kelayakan bagi kategori Filem Asing berbeza dengan yang diperlukan bagi kategori lain: tahun anugerah ditakrifkan bagi Filem Bahasa Asing biasanya bermula dan berakhir sebelum tahun anugerah biasa, yang bersamaan dengan tahun takwim dengan tepat. Sebagai contoh, bagi Anugerah Akademi ke-80, tarikh akhir tayangan bagi kategori Filem Bahasa Asing ditetapkan pada 30 September 2007, sementara tayangan kelayakan bagi kebanyakan kategori lain dipanjangkan sehingga 31 Disember 2007.80th Academy Awards – The Awards Year and Deadlines. Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak. Dicapai 2 November 2007.

Sungguhpun Anugerah Akademi bagi Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik biasanya dirujuk sebagai Oscar Filem Asing dalam rencana akhbar dan di Internet,"Countries choose Oscar contenders", Berita BBC, 2005-09-27. Dicapai 19 November 2007. penamaan sedemikian adalah mengelirukan, disebabkan kewarganegaraan filem tidak sepenting bahasanya. Sungguhpun filem itu perlu "asing" (contoh. bukan di Amerika Syarikat) untuk layak dicalonkan bagi Anugerah, ia juga perlu dalam bahasa selain bahasa Inggeris. Bahasa asing di mana kebanyakan dialog dalam bahasa Inggeris tidak layak dicalonkan bagi Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, dan Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak ("Academy of Motion Picture Arts and Sciences") biasanya mengenakan syarat ini dengan ketatnya, mengenepikan filem yang mengandungi terlalu banyak dialog Inggeris, contohnya filem The Band's Visit (2007) dari Israeli."The Band's Visit dropped from Oscar race", The Jerusalem Post, 2007-10-11. Retrieved November 2, 2007. Disebalik kepentingan asas bagi syarat bahasa asing, filem tanpa pertuturan seperti filem Le Bal (1983) masih dapat dicalonkan dalam was kategori Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik.Le Bal di Internet Movie Database. Dicapai 3 Disember 2007.

Satu lagi faktor tidak layak adalah penerbitan filem televisen atau Internet sebelum tayangan pawagamnya, dengan itu penolakan Akademi bagi filem Bluebird (2004) Belanda. Dore, Shalini. "Academy grounds Holland's Bluebird", Majalah Variety, 2005-12-12. Dicapai 2 November 2007. Sesuatu filem juga ditolak sekiranya negara tersebut tidak memiliki kawalan artistik mencukupi ke atasnya. Beberapa filem telah diistihar tidak layak bagi sebab tersebut, antaranya adalah filem Lust, Caution (2007), pencalonan Taiwan bagi Anugerah Akademi ke-80. Dore, Shalini. "Academy rejects Lust Caution as Taiwan Oscar entry", Majalah Variety, 2007-10-18. Dicapai 5 November 2007. Penolakan biasanya dilakukan pada taham pra-pencalonan, dengan pengecualian bagi filem A Place in the World (1992), pencalonan Uruguay' bagi Anugerah Akademi ke-65, yang ditolak kerana kurang kawalan artistik Uruguay selepas mendapatkan pencalonan. Ia merupakan satu-satunya filem setakat ini yang telah diistihar tidak layak dan dikeluarkan dari undian terakhir selepas dicalonkan bagi Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik.

Sejak Anugerah Akademi ke-79, filem dihantar tidak lagi perlu menggunakan bahasa rasmi negara penghantar. Syarat ini sebelum ini menghalang negara dari menghantar filem di mana kebanyakan dialog dipertutur dalam bahasa bukan tempatan bagi negara yang menghantar, dan pengarah esekutif Akademi Seni dan Sains Gambar Bergerak secara jelas menyebut sebab bagi punca perubahan tersebut bagi kes filem Private (2004) dari Itali, yang tidak layak disebabkan bahasa pertuturan utamanya adalah Arab dan Hebrew, kedua-duanya bukan merupakan bahasa rasmi Itali."More Academy Resistance to Films from or About Palestine", The Jerusalem Times, 2005-10-26. Dicapai 2 November 2007. Perubahan peraturan ini membolehkan negara seperti Kanada menerima pencalonan bagi filem Water (2005) dalam bahasa Hindi. Sebelumnya, Kanada telah dicalonkan bagi filem bahasa Perancis, disebabkan filem dibuat menggunakan bahasa rasmi Kanada yang lain (Inggeris) tidak layak bagi pertimbangan untuk kategori Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik. Sebelum perubahan peraturan, Kanada menghantar satu filem dalam bahasa lain—filem Atanarjuat (2001), dalam bahasa Inuktitut. bahasa tersebut, satu dari bahasa orang asli, bukanlah bahasa ramsi dikeseluruhan Kanada, tetapi adalah (dan masih merupakan) bahasa rasmi di Nunavut dan di Jajahan Barat Laut. Filem Atanarjuat tidak menerima pencalonan. Perubahan peraturan, bagaimanapun tidak menjejaskan kelayakan filem Amerika bahasa asing, yang masih tidak layak dari kategori Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik disebabkan kewarganegaraan mereka. Disebabkan itu, filem bahasa Jepunseperti filem Letters from Iwo Jima (2006) atau filem bahasa Yucatec Maya seperti filem Apocalypto (2006) tidak dapat bertanding bagi Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, sungguhpun ia dicalonkan bagi (dan, dalam kes filem Letters from Iwo Jima, menang) Anugerah Golden Globe bagi Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, yang tidak memiliki syarat kewarganegaraan yang serupa. Kilday, Gregg. "Apocalypto on foreign Globes list", The Hollywood Reporter, 2006-11-28. Dicapai 9 November 2007. Had kewarganegaraan juga berbeza dari amalan Akademi British bagi Filem dan Kesenian Televisyen (BAFTA) bagi Anugerah serupa bagi Filem Terbaik tidak dalam bahasa Inggeris. Walaupun kelayakan Anugerah BAFTA Award memerlukan keluaran komersial di United Kingdom, badan tersebut tidak mengenakan had kewarganegaraan."Orange British Academy Film Awards: Rules and Guidelines 2011–2012" (PDF). British Academy of Film and Television Arts. October 10, 2011. Dicapai February 13, 2012.  See "Eligibility", p. 4, for general eligibility, and "Award 16: Film Not in the English Language", p. 9.

Sebagaimana yang diketahui, semua filem yang diterbitkan dalam Amerika Syarikat tidak layak bagi pertimbangan Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tanpa mengira bahasa dalam terk pertuturannya. Fakta ini turut melibatkan filem yang dihasilkan di milik luar negara Amerika Syarikat ("U.S. overseas possessions"). Bagaimanapun, Puerto Rico merupakan jajahan tidak dikorporate bagi Amerika Syarikat dan pernah layak disebabkan Puerto Rico memiliki kewarganegaraan Amerika Syarikat sejak 1917. Kejayaan terbaik mereka dalam anugerah ini adalah pencalonan bagi filem Lo que le Pasó a Santiago (1989). Bagaimanapun, sejak 2011, Akademi memutuskan tidak membenarkan pencalonan dari jajahannya lagi.Puerto Rico queda excluido de la carrera por el Oscar; El Nuevo Día (5 Oktober 2011)

Penyerahan dan proses penamaan calon[sunting | sunting sumber]

Setiap negara dijemput bagi menghantar apa yang dianggap filem terbaiknya ke Akademi. Penamaan bagi setiap penghantaran negara rasmi perlu dilakukan oleh organisasi, juri atau jawatankuasa terdiri dari pengiat filem, yang namanya perlu dihantar ke Akademi. Hanya satu filem diterima dari setiap negara.

Selepas setiap negara telah menamakan pencalonan rasminya, salinan subtitle Inggeris bagi setiap filem dihantar ke Akademy, di mana ia disaring oleh jawatankuasa Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik, yang ahlinya memilih melalui undi rahsia lima pencalonan rasmi. Pencalonan terakhir bagi pemenang dihadkan pada ahli Akademi aktif dan masih hidup yang menghadiri tayangan kesemua lima filem dicalonkan. Ahli yang telah menonton pencalonan Filem Bahasa Asing hanya menggunakan tape video atau DVD tidak layak mengundi. Prosedure ini diubah sedikit bagi 2006 (79th) Academy Awards, dengan Akademi memutuskan bagi melaksanakan proses dua tahap bagi menentukan pencalonan: pertama kali dalam sejarah anugerah, senarai pendek sembilan filem diterbitkan seminggu sebelum pencalonan rasmi diumumkan. Zeitchik, Steven. "Foreign Oscar list down to nine", Majalah Variety, 2007-01-16. Retrieved November 2, 2007. Pada masa yang sama, jawatankuasa lebih kecil dengan tiga puluh orang yang termasuk sepuluh ahli Akademi bertempat di New York dibentuk, dan menghabiskan masa selama tiga hari menonton filem terpilih sebelum memilih lima pencalonan rasmi. Penduduk bandar menghos industri filem kedua terbesar negara NYC Film Statistics. Mayor's Office of Film, Theatre, and Broadcasting. Retrieved November 19, 2007. dengan itu dibenarkan menyertai buat kali pertama dalam proses pemilihan bagi calon Anugerah Filem Bahasa Asing.79th Academy Awards – Rule Changes. Academy of Motion Picture Arts and Sciences, 2006-06-30. Retrieved November 2, 2007.


Penerima[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti Anugerah Akademi bagi Filem Terbaik, yang diberikan secara rasmi pada pemenang pengeluar filem, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tidak diberikan pada individual secara khusus tetapi dianggap anugerah pada negara penghantar secara menyeluruh. Sebagai contoh, patung Oscar dimenangi oleh filem The Barbarian Invasions (2003) Kanada sehingga kini dipamerkan di "Musée de la civilisation" Muzium Kebudayaan di Bandar Quebec. Québec Cinema: The Whole Story – A major exhibition on Québec film. Musée de la civilisation, 2006-05-03. Dicapai 2 November 2007. Ia kini dipamerkan di TIFF Bell lightbox.

Peraturan kini mengenai kategori Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik menyatakan bahawa "patung kecil Akademi (Oscar) akan dianugerahkan bagi gambar dan diterima oleh pengarah bagi pihak bakat kretif filem" (penekanan diberikan). Dengan itu, pengarah tidak secara peribadi memenangi Anugerah, tetapi hanya menerimanya semasa anugaerah. Malah, Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik tidak pernah dikaitkan dengan individual tertentu sejak penciptaannya, kecuali bagi Anugerah Akademi ke-29 ("1956") apabila nama pengarah dimasukkan dalam pencalonan bagi kategori Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik. Pengarah seperti Federico Fellini dengan itu tidak dianggap menang secara rasmi Anugerah Akademi bagi Merit semasa hayatnya, sungguhpun empat filemnya menerima Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik (satu-satunya Anugerah Akademi yang dimenangi oleh Fellini sewcara peribadi adalah Anugerah Penghormatan semasa Anugerah Akademi ke-65). Disebaliknya, pengarah sepertu Dino De Laurentiis dan Carlo Ponti dianggap telah memenangi secara peribadi Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi ke-29 (1956) yang diberikan pada Fellini filem La strada (1954), disebabkan nama mereka jelas dimasukkan dalam pencalonan.

Disebaliknya, Anugerah BAFTA bagi Filem Terbaik bukan dalam Bahasa Inggeris dianugerah secara peribadi kepada pengeluar dan pengarah-peraturan Anugerah dengan khusus menyatakan bahawa pencalonan terhad pada maksima tiga pengeluar termasuk pengarah.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kay, Jeremy. "Academy leaves Netflix eligibility rule intact, changes name of foreign language category". Screen (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-04-24. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]