Anugerah Seri Angkasa 2001

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Sri Angkasa 2001)
Anugerah Sri Angkasa 2001
Tarikh29 Julai 2001
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Pengacara
PenerbitNoriah Letuar
PengarahJack Nadarajah
Gambaran keseluruhan
Siri Komedi TerbaikKopi.com.mu
Siri Drama TerbaikGerak Khas
Penghargaan terbanyakTakbir Untuk Abdah (6)[1][2]
Liputan televisyen
SaluranTV1
Tempoh masa5 jam

Anugerah Sri Angkasa 2001 ialah acara penganugerahan industri penyiaran yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia untuk mengiktiraf tenaga kerja kreatif industri penyiaran dan drama tempatan. Ia diacarakan oleh Bob Lokman untuk segmen pertama dan disambung oleh Aznil Nawawi dan Maya Karin.[3] Acara ini mencipta rekod sebagai majlis penganugerahan yang paling panjang bersiaran iaitu selama 5 jam bermula jam 2 petang. Acara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Penerangan, Tan Sri Mohd Khalil Yaakob.[4]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Calon dan Pemenang[sunting | sunting sumber]

Drama TV Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • "Takbir Untuk Abdah"
  • "Bila Kompang Berbunyi"
  • "Sempadan Pertemuan"
  • "Ikhlas"

Pengarah Drama TV Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Ibrahim - "Takbir Untuk Abdah"
  • Mohd Nor Bujang - "Sempadan Pertemuan"
  • Azman Azif Mohamad - "Menjaring Matahari"
  • Kamaruldin Hassan - "Ikhlas"

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama TV)[sunting | sunting sumber]

Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV)[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama TV)[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama TV)[sunting | sunting sumber]

Penghibur TV Terbaik[sunting | sunting sumber]

Bintang Harapan TV[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad Hafiz Asyraf - "Kami"
  • Edlynna Hanie - "Teen Star 2000"
  • Jeslina Hashim - "Teen Star 2000"
  • Mohd Firdaus Hashim - "Antara Dua Usia"

Pengacara TV Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Omar Arif - Era Bina
  • Zainal Abidin Rawop - Liga Perdana Inggeris
  • Raja Mohamad Khuzairi Omar - Zig Zag

Penyampai Berita TV Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Farit Ismeth Emir - Dunia Jam 10
  • Norashikin Abdul Rahman - Berita Perdana A
  • Alan Bligh - Berita Inggeris
  • Mary Anne Masilamany - Berita Tamil

Penyiar Serba Boleh[sunting | sunting sumber]

  • Daud Abdullah - Radio 1
  • Rapitah Sulaiman (Radio Malaysia Pahang)
  • Haris Mat Nor (Radio Malaysia Kelantan)
  • Latifah Sidek (Radio Malaysia Selangor).

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Dalam bahagian TV, 46 kategori disediakan termasuk satu katgori khas berdasarkan pemilihan penganjur iaitu Anugerah Tokoh dan Anugerah Khas Juri. Kategori televisyen lain yang turut dipertandingkan ialah Anugerah Cerita TV Terbaik, Anugerah Drama Bersiri TV Terbaik, Anugerah Komedi TV Terbaik, Anugerah Muzikal TV Terbaik, Anugerah Hiburan TV Bersiri Terbaik, Anugerah Gameshow TV Terbaik dan Anugerah Dokumentari TV Terbaik.

Bagi bahagian radio, 22 kategori disediakan termasuk Anugerah Khas Juri Radio.Kategori radio lain ialah DJ Terbaik, Pengulas Terbaik, Dokumentari/Majalah Terbaik, Drama Terbaik, Drama Bersiri Terbaik, Skrip Drama Terbaik, Penyampai Terbaik dan Sketsa Terbaik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Takbir Untuk Abdah rangkul enam anugerah". Berita Harian. 30 Julai 2001. Dicapai pada 26 April 2020.
  2. ^ "Pilihan Raja Alawiyah tepat". Berita Harian. 1 Ogos 2001. Dicapai pada 26 April 2020.
  3. ^ Zul Husni Abd Hamid (14 Ogos 2001). "Maya Karin cuba sebaik mungkin". Berita Harian. Dicapai pada 26 April 2020.
  4. ^ "Debaran Anugerah Sri Angkasa 2001" (PDF). lib.perdana.org.my. 29 Julai 2001. Dicapai pada 26 April 2020.
  5. ^ a b Rosli Manah (31 Julai 2001). "Anugerah Sri Angkasa - Pelakon anggap satu pengiktirafan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2013.