Sathiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sathiya
Kelahiran
Sathia a/l Periasamy

1964 (umur 59–60)
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1985–kini
Anak-anak2

Sathia Periasamy atau nama pentasnya Sathiya merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang berketurunan India. Beliau popular menerusi watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada dekad 90an. Lakonan beliau sebagai pegawai keselamatan dalam filem Setem pada tahun 2009 pernah mendapat pujian pengkritik. Beliau popular dengan tagline "Sudah tukar ka?".

Beliau pernah memenangi tiga tahun berturut-turut menerusi kategori Artis Bukan Melayu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian bermula tahun 1999 hingga 2001. Namun pada 2002, kategori itu dipintas Hans Isaac.

Sathia pertama kali terlibat untuk sebuah program komedi berbahasa Tamil di RTM berjudul Kalapadam pada 1 Februari 1985. Daripada situ laluannya mula terbentang luas apabila diundang menjadi pelawak untuk program Hiburan Minggu Ini pada 1992.

Pada tahun 1993 beliau terbabit dengan sitkom Baba & Nyonya. Ini dikuti dengan siri komidi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pada awalnya, beliau hanya menjadi watak undangan saja untuk satu watak kecil menggantikan tempat Accapan. Akhirnya beliau dikekalkan dan diwujudkan watak Ravi.

Impak watak Ravi dalam drama arahan Othman Hafsham itu cukup mengesankan apabila kelemahan Sathia berbahasa Melayu dengan baik mengundang satu tanda pengenalan ‘sudah tukar ka’ menjadi ingatan penonton. Terbaru, watak Vellu yang dilakonkan suami kepada Kamala Nair itu di dalam filem Setem yang ditayangkan 30 Julai lalu banyak menghidupkan perjalanan cerita filem arahan Kabir Bhatia itu.

Selepas Setem, Sathiya yang namanya kerap dieja di media cetak dan media elektronik sebagai Sathiya itu diundang lagi melakonkan watak Jegathesan Mani di bawah arahan Kabir lagi menerusi drama Jalan Merdeka bagi saluran Astro Warna. Disiarkan mulai 3 September lalu, Sathia bergandingan dengan Mustapha Kamal dan Chew Kin Wah.[1]

Sathiya kemudian terbabit dalam drama Jalan Merdeka arahan Kabir Bhatia, dan bekerjasama dengannya sekali lagi untuk drama Jalan Merdeka pula. Drama Jalan Merdeka ini secara dasarnya menyokong laungan 1Malaysia yang kini sedang rancak diterapkan untuk setiap kita yang bergelar rakyat Malaysia. Drama ini mengenai tiga sekawan yang mewakili setiap bangsa di negara kita. Mereka terpisah dan berjumpa semula, lalu berkembang plot cerita yang ingin disampaikan.

Beliau mempunyai dua anak bernama Nickyneswary, dan Vickyneswaran, sudah berlakon lebih 1,000 buah drama dan 15 buah filem antaranya Yes, Tuan!, Panggilan Pulau dan Burung Besi. Selain berlakon, Sathia yang pernah menjadi pemandu bas persiaran selama enam tahun sebelum bergelar artis ini sudah mengarahkan 10 buah VCD di dalam bahasa Tamil.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Panggilan Pulau Ceti Filem pertama
1996 Yes, Tuan!
1999 Burung Besi
2000 Soal Hati Pemandu Bas
2006 Man Laksa Johari
2008 Tumi Kato Sundor Dina
2009 Setem Vellu
2010 Kapoww!! Mamak
Appalam Vellu
Senario Asam Garam Tam
2011 Kembar Siang Mohamad Rafi
Libas Mamak
Apa Tengok-Tengok Kumpulan Muzik
2012 Cinta Beruang
2013 Gila-Gila Remaja 2 Subra
Kecoh Hantu Raya Tok Chai
2014 Kami Histeria Penampilan khas
Mana Mau Lari Mekanik
2015 Cicakman 3 Datuk Bandar Metrofulus
2021 Kenderaan Berat Ikut Kiri
Arwah Pak Mat, Lif & AJK Praba
Mr. Peyii
2022 Operasi UFO
Juang Jiran Encik Tham
Mistik 3 Logi Puaka
2023 Sawadikap Pei
Kau Pilih Siapa?
2024 Padu
TBA Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie Ravi Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1985 Kalapadam TV2 Drama pertama
1993 Baba & Nyonya
1993–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ravi TV3
1995–1996 Sambal Dharmendra
2015 Sketso Astro Warna
2020 Jaman Tori Awesome TV
2022 Bukan Pi Mai Pi Mai Savhi Astro Ria
2023 Projek: High Council Ayah Prakash
Jiranku Sayang TV1
2024 Yak Yak Yey! Astro Warna

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neon Penjaga Tandas Awam VCD Penampilan khas
2023 Selendang Putih Raju TV2

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Pi Mai

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]