Asid arsenus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Asid_arsenus
Formula struktur
Ball-and-stick model
Nama
Nama IUPAC
Asid arsoros
Nama lain
Asid arsenious
Oksida arsenik
Pengenalpasti
Imej Jmol-3D model
ChEBI
ChemSpider
DrugBank
Sifat
H3AsO3
Jisim molar 125.94 g/mol
Rupa bentuk Hanya wujud dalam larutan akueus
Bahaya
Bahaya-bahaya utama Toksik, menghakis
Sebatian berkaitan
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/X mark.svgN?)
Rujukan kotak info

Asid arsenus, juga dikenali dengan nama asid arsenius, ialah sejenis sebatian tidak organik dengan formula kimia H3AsO3. Ia diketahui terdapat di dalam larutan akua, tetapi belum pernah diasingkan sebagai bahan yang asli. Namun, ini tidak menjejaskan kepentingan As(OH)3.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

As(OH)3 ialah molekul berbentuk piramid yang terdiri daripada tiga kumpulan hidroksil yang terikat pada satu atom arsenik. Spektrum NMR 1H larutan asid arsenus terdiri daripada satu isyarat tunggal yang konsisten dengan kesimetrian tinggi molekul ini.[2] Sebaliknya, spesis fosforus yang berkait secara nominal, H3PO3, kebanyakannya mengguna pakai struktur HPO(OH)2; P(OH)3 ialah komponen keseimbangan yang sangat kecil di dalam sebatian-sebatian seperti ini. Kelakuan berbeza antara sebatian-sebatian As dan P menunjukkan satu pola yang menunjukkan keadaan pengoksidaan yang tinggi adalah lebih stabil untuk unsur-unsur kumpulan utama yang lebih ringan daripada untuk unsur-unsur yang lebih berat.[3]

Tindak balas[sunting | sunting sumber]

Penyediaan As(OH)3 melibatkan hidrolisis arsenik trioksida secara perlahan-lahan di dalam air. Dengan menambahkan bes, asid arsenus ini ditukarkan kepada ion-ion arsenit seperti [AsO(OH)2]-, [AsO2(OH)]2- dan [AsO3]3-. pKa pertamanya ialah 9.2. Tindak balas yang dikatakan berpunca daripada arsenik trioksida akua adalah disebabkan oleh asid arsenus dan bes-bes berkonjugatnya.

Toksikologi[sunting | sunting sumber]

Sebatian yang mengandungi arsenik adalah sangat bertoksik dan karsinogenik. Bentuk anhidrida asid arsenus, arsenik trioksida, digunakan sebagai racun herba, racun perosak dan rodentisid.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Munoz-Hernandez, M.-A. (1994). King, R. B. (penyunting). Arsenic: Inorganic Chemistry. Encyclopedia of Inorganic Chemistry. Chichester: John Wiley & Sons.
  2. ^ Kolozsi, A.; Lakatos, A.; Galbács, G.; Madsen, A. Ø.; Larsen, E.; Gyurcsik, B. (2008). "A pH-Metric, UV, NMR, and X-ray Crystallographic Study on Arsenous Acid Reacting with Dithioerythritol" (pdf). Inorganic Chemistry. 47: 3832–3840. doi:10.1021/ic7024439. PMID 18380458.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  3. ^ Greenwood, N. N. (1997). Chemistry of the Elements. Oxford: Butterworth-Heinemann. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]