Orang Semai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semai
Mai Semai / Orang Dalam
Orang Semai di Tapah, Perak.
Jumlah penduduk
50,000~300,000 [1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Perak dan Pahang)
Bahasa
Bahasa Semai, Bahasa Melayu
Agama
Kebanyakannya Kristian dan Animisme serta Islam Sunni minoriti
Kumpulan etnik berkaitan
Temiar, Lanoh, Orang Khmer
Suku Semai di Tapah, Perak

Kaum Semai adalah kumpulan penduduk separuh kekal yang terdapat di tengah semenanjung Malaysia di Asia Tenggara. Mereka terkenal sebagai suku kaum yang aman. Suku Semai mengamalkan bercucuk tanam dan amalan ekonomi bertukar hadiah. Mereka antara suku kaum asli yang berundur ke kawasan hutan dan gunung dengan ketibaan penduduk yang memiliki teknologi lebih tinggi.

Suku Semai tidak mempunyai polis, mahkamah, atau kerajaan rasmi. Menurut Dentan, 1979, orang dewasa kelihatannya dikawal melalui pendapat umum. Kaum Semai sendiri menyatakan "Tidak terdapat pihak berkuasa di sini kecuali rasa malu." Sungguhpun seeorang individu mungkin popular dan petah bercakap berpengaruh dalam urusan umum, kaum Semai tidak memiliki ketua yang rasmi.

Pertikaian dalam masyarakat Semai diselesaikan melalui mengadakan bcaraa ("bicara"), atau perhimpunan umum, di rumah tok batin. Perjumpaan ini mungkin berlangsung selama beberapa hari dan membabitkan perbincangan menyeluruh mengenai punca, motivasi dan penyelesaian pertikaian oleh peserta dan seluruh masyarakat, berakhir dengan tok batin mendakwa salah seorang atau kedua yang bertikai agar tidak mengulang tabiat mereka agar tidak membahayakan masyarakat. Malah suku Semai mempunyai perumpamaan, "terdapat lebih banyak sebab untuk takutkan pertikaian daripada harimau" (de Waal, 2005).

Kanak-kanak tidak pernah dihukum atau dipaksa melakukan sesuatu. Perkataan "bo'od" bererti "tidak mahu." Jika ibu bapa menyuruh anaknya melakukan sesuatu dan anak tersebut menyatakan "bood," perkara tersebut selesai. Permainan yang dimainkan oleh anak-anak Semai tidak bersaing (Bonta 1997). Satu permainan membabitkan memukul kanak-kanak lain dengan ranting, tetapi, sentiasa hampir beberapa inci dari sasaran dengan itu tidak ada yang sebenarnya terkena pukul. Kanak-kanak kelihatannya diajar untuk takutkan sifat agresif mereka. Ibu bapa menggunakan ketakutan kepada orang asing dan alam semulajadi yanga ganas seperti ribut petir bagi mengawal kanak-kanak (Dentan, 1979).

Ia dipercayai bahawa suku Semai adalah sisa penduduk kuno, asal, yang tersebar luas di Asia Tenggara. Menurut Keene State College’s "Orang Asli Archive," pada 1991 terdapat 26,627 orang suku Semai tinggal di Semenanjung Malaysia.

Contoh bahasa suku semai :

  • Saya = Eng/Aku
  • Makan = Makat/Ce'cak
  • Minum = Ngaut
  • Mandi = Mamuh
  • Bersih = Palain
  • Bagus = Bor
  • Ayam = Manug
  • Beras = Chengroi
  • Cendawan = Chenai
  • Amelek = Kenapa
  • Rahalok/Baharok = Bagaimana

Suku Semai juga menggemari masakan lemang dan diberi penghormatan oleh Sultan Iskandar Shah yang memerintah suku semai dianggap sebagai saudara dan digelar sebagai "orang dalam".[2] dan suku Semai.[3]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Orang Asli Archive Diarkibkan 2006-10-02 di Wayback Machine, Keene State College .
  • Dentan, Robert Knox, 1979, The Semai: A Nonviolent People of Malaya, Fieldwork Edition, Case Studies in Cultural Anthropology, New York, Holt, Rinehart and Winston.
  • De Waal, Frans, 2005, Our Inner Ape: A Leading Primatologist Explains Why We Are Who We Are, Riverhead Books.
  • Bonta, Bruce D. 1997. "Cooperation and Competition in Peaceful Societies." Psychological Bulletin 121(2):299-320.

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kirk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press. m/s. 3. ISBN 978-99-716-9861-4.
  2. ^ The Negritos of Malaya By Ivor Hugh Norman Evans.
  3. ^ [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]