Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Bandar Udara Internasional Minangkabau
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
PengendaliPT Angkasa Pura II
DestinasiPadang, Sumatra Barat, Indonesia
LokasiKetaping, Padang Pariaman
Ketinggian AMSL18 kaki / 5 m
Laman sesawangMinangkabauAirport.com
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
15/33 2,749 9,020 Asfalt

Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (IATA: PDGICAO: WIPT) merupakan lapangan terbang (atau "bandar udara") sivil bagi daerah Sumatra Barat di pulau Sumatra, Indonesia. Lapangan terbang ini terletak lebih kurang 23 km dari kota Padang, di Ketaping, Kabupaten Padang Pariaman dan mempunyai sebuah stesen terminal yang menyelunsuri penerbangan di dalam dan luar negara.

Lapangan terbang ini memiliki 17 buah kaunter pendaftaran penumpang, 5 tali sawat penyampai dan 9 kaunter jualan tiket.[1] Terdapat rencana untuk memanjangkan lagi landasan kapal terbang sebanyak 250 meter supaya ia dapat menampungi pesawat Boeing 747, dan juga untuk menyambung lapangan terbang ini dengan kota Padang melalui perkhidmatan kereta api.

Nama lapangan terbang ini diambil dari nama suku kaum terbesar di provinsi tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ini mula beroperasi sejak Julai 2005, menggantikan lapangan terbang yang lama, Tabing di Padang, Indonesia, yang sekarang menjadi pengkalan Angkatan Udara Indonesia.

Penerbangan dan destinasi[sunting | sunting sumber]

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau

Berikut merupakan senarai destinasi yang dilayani dari lapangan terbang ini (sejak Januari 2024):

Syarikat Penerbangan dan Destinasi[sunting | sunting sumber]

Penumpang[sunting | sunting sumber]

PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsia Kuala Lumpur-Antarabangsa
Garuda Indonesia Jakarta Soekarno–Hatta
Indonesia AirAsia Jakarta Soekarno–Hatta
Lion Air Jakarta Soekarno–Hatta, Surabaya [2]
NAM Air Jakarta Soekarno–Hatta
Sriwijaya Air Jakarta Soekarno–Hatta
Super Air Jet Jakarta Soekarno–Hatta, Kuala Lumpur-Antarabangsa, Medan [3][4]
Wings Air Bengkulu, Gunung Sitoli, Jambi, Palembang, Pekanbaru, Silangit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PT Angkasapura II - Kemudahan Lapangan Terbang Minangkabau". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-09. Dicapai pada 2007-12-28.
  2. ^ "LION AIR GROUP 1Q24 DOMESTIC INDONESIA NETWORK ADDITIONS: Lion Air (JT)". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 17 Januari 2024. Dicapai pada 21 Januari 2024. Lion Air (JT)
    Jakarta – Ambon eff 05FEB24 1 daily 737-800 (Last served until May 2020),
    Surabaya – Ambon eff 10JAN24 1 daily 737-800 (Last served until October 2021),
    Surabaya – Kendari eff 12JAN24 1 daily 737-800 (Last served until 2020),
    Surabaya – Padang eff 11JAN24 1 daily 737-800 (Last served until March 2020),
    Surabaya – Pekanbaru eff 10JAN24 1 daily 737-800 (Last served until 2020),
    Surabaya – Ternate eff 12JAN24 1 daily 737-800 (Last served until March 2021),
    Yogyakarta – Bandar Lampung eff 21JAN24 1 daily 737-900ER.
  3. ^ "Super Air Jet Terbang dari Padang ke Kuala Lumpur per 5 Oktober 2023". Kompas (dalam bahasa Indonesian). 9 September 2023. Dicapai pada 19 October 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "LION AIR GROUP 1Q24 DOMESTIC INDONESIA NETWORK ADDITIONS: Super Air Jet (IU)". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 17 Januari 2024. Dicapai pada 21 Januari 2024. Super Air Jet (IU)
    Makassar – Denpasar eff 25JAN24 1 daily A320,
    Makassar – Samarinda eff 03JAN24 4 weekly A320,
    Padang – Medan Kualanamu eff 24JAN24 2 daily A320,
    Pontianak – Balikpapan eff 24JAN24 1 daily A320,
    Surakarta – Balikpapan eff 02FEB24 1 daily A320,
    Surakarta – Denpasar eff 25JAN24 1 daily A320.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]