Budu
Budu | |
---|---|
Jenis | Perasa |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Kelantan (Asal), Terengganu dan Selatan Thailand |
Dicipta oleh | Melayu |
Bahan utama | Ikan bilis |
Maklumat lain | Cencalok |
sunting · sunting di Wikidata |
Budu (Jawi: بودو) ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia yang berasal dari Kelantan. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.[1] Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis serta tempoyak.
Khasiat
[sunting | sunting sumber]Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman[2], [3], [4]. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. [5]
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal [6]. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi[7].
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. [8] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya [9], kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[10] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). [11]
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain[12]. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu/(ikan bilis) adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram ikan bilis/budu[13], [14]. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon[perlu rujukan]. [15]
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.[16]
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat [perlu rujukan]menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.[17]
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Kelemahan
[sunting | sunting sumber]Budu mempunyai bau hanyir yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "MICROBIOLOGICAL CHARACTERISTICS OF BUDU, AN INDIGENOUS FERMENTED FISH SAUCE OF MALAYSIA, 1Sim, K.Y., 2Chye F.Y. and 1Anton A 1Biotechnology Research Institute, 2 School of Food Science & Nutrition, Universiti Malaysia Sabah" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-17. Dicapai pada 2014-05-15.
- ^ "Food : Budu Terengganu kegemaran Pantai timur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-22. Dicapai pada 2011-02-22.
- ^ Short Communication Microbiological, histamine and 3-MCPD contents of Malaysian unprocessed ‘budu’
- ^ "Characteristics of Fish Sauce Made from Pacific Whiting and Surimi ..." (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-17. Dicapai pada 2021-09-24.
- ^ http://www.dietihub.com/anchovy-nutrition/
- ^ "Characteristics of Fish Sauce Made from Pacific Whiting and Surimi ..." (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-17. Dicapai pada 2021-09-24.
- ^ [A bonanza of omega-3 fatty acids is available in fatty fish such as salmon, anchovies The DASH Diet for Hypertension, By Laura Svetkey]
- ^ Four Incredible Health Benefits of Anchovies.
- ^ Dimethyl Amino Ethanol (DMAE) is one of the classic "Smart Nutrients" having been discussed in the original Smart Drugs & Nutrients book. DMAE occurs naturally in some foods notably fish.
- ^ (Inggeris) Fish Really May Be Brain Food.
- ^ "Various Component and Bacteria of Budu Produced in Malaysia. ; Accession number;02A0612857". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-04. Dicapai pada 2010-10-20.
- ^ [http://books.google.com.my/books?id=iPFokL0MuswC&pg=PA246&dq=anchovies+have+fair+amounts+of+vitamin+B12&hl=en&sa=X&ei=4ed0U_fCO4WurAff5IHYBA&ved=0CDcQ6AEwAA#v=onepage&q=anchovies%20have%20fair%20amounts%20of%20vitamin%20B12&f=false Prevention Magazine's Nutrition Advisor: The Ultimate Guide to the Health ... edited by Mark Bricklin, The Editors of Prevention Magazine.]
- ^ Eat Away Diabetes, By Kristine Napier
- ^ How to Eat: A New Proactive Diet Approach for a Better Life, By Bin Ke
- ^ Fish Without a Doubt: The Cook's Essential Companion, By Rick Moonen, Roy Finamore
- ^ (Inggeris)More evidence that fish is brain food.
- ^ Anti cancer
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- https://web.archive.org/web/20041025213101/http://www.anamai.moph.go.th/advisor/241/24105.html
- http://www.postgradmed.com/issues/2001/07_01/dharmarajan.htm Diarkibkan 2004-04-05 di Wayback Machine
- http://sweb.cz/zdenka.kupcakova/maminky.htm Diarkibkan 2004-10-23 di Wayback Machine
- https://web.archive.org/web/20050430200650/http://www.sk2.goo.cz/download/walker-tluste_strevo_bez_zacpy.pdf
- Bilis menyumbang kandungan kalsium bagi tulang. Diarkibkan 2007-02-13 di Wayback Machine
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm Diarkibkan 2009-08-03 di Wayback Machine
- Vitamin dari pati ikan (termasuk bilis.)
- Bilis menghalang kulit kedut. Diarkibkan 2007-02-18 di Wayback Machine
- Bilis merawat kelesuan. Diarkibkan 2007-02-03 di Wayback Machine
- Warisan Budu. Diarkibkan 2009-08-28 di Wayback Machine