Eyra Hazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eyra Hazali
Kelahiran
Hazirah Qasdina binti Hazali

(1999-02-21) 21 Februari 1999 (umur 25)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2010–kini
PasanganHaziq Nadzli (k. 2019)
Anak-anak2
IbuQhuzie Mohd Johari
BapaHazali Ramli
Keluarga
  • Hazahatul Qhuraisha (kakak)
  • Qistina Shafiah (kakak)
  • Mohammad Haziq Aqmal (abang)
  • Qharisma Shahirah (adik perempuan)
  • Muhammad Haiqal Eqmal (adik lelaki)
  • Muhammad Qhaisy Haqimy (adik lelaki)

Hazirah Qasdina Hazali (lahir 21 Februari 1999) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan sejak kecil,[1] Eyra terkenal dengan watak lakonannya sebagai Nisa Ardina dalam siri drama Mr. Grey.[2] Beliau menerima anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 menerusi telefilem Anak-Anak Lorong.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Eyra dilahirkan sebagai Hazirah Qasdina binti Hazali pada 21 Februari 1999 di Hospital Damai Taman Melawati, Kuala Lumpur.[4] Beliau merupakan anak keempat daripada tujuh beradik kepada Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari, salah seorang adik-beradiknya, iaitu abangnya, Haziq Aqmal (lahir 1997) juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[5] Adik-beradik beliau yang lain termasuk Hazahatul Qhuraisha, Qistina Shafiah, Qharisma Shahirah, Haiqal Eqmal dan Qhaisy Haqimy. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Keluarga Eyra merupakan orang ternama dalam bidang seni. Bapanya, Hazali merupakan pengarah drama TV terkenal, malah adik-beradik beliau termasuk abangnya, Haziq Aqmal juga bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak kecil.[5] Beliau berkata dalam temuramah bersama Berita Harian:

"Darah seni memang mengalir dalam keluarga saya. Ayah saya seorang pengarah drama. Malah, adik-beradik saya yang lain pun turut berlakon sejak kecil. Kami bagai meneruskan kelangsungan warisan seni orang tua. Ayah dan ibu juga tidak menghalang pembabitan kami dalam seni selagi bab pelajaran diutamakan,"[5]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia enam tahun dan sering muncul dalam rancangan televisyen kanak-kanak.[6] Hanya pada tahun 2010, Eyra mula dikenali menerusi watak anak jalanan bernama Amira dalam telefilem Anak-Anak Lorong. Persembahannya dalam telefilem ini melayakkan beliau memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010.[7]

Beliau bersama abangnya, Haziq pernah menjayakan peranan kecil sebagai Shila dan Najib semasa zaman kanak-kanak dalam drama keagamaan Astro Oasis, Cinta Sempurna yang dibintangi oleh Tunku Tiara Yasmin Sofia dan Fizo Omar serta penampilan khas dari penyanyi Yuna. Eyra memegang watak Nadrah dalam filem sulung lakonannya, Tiang Seri yang ditayangkan pada 2013.

Eyra juga pernah muncul dalam muzik video lagu "Andainya Takdir" nyanyian Anuar Zain, yang mana beliau memegang watak sebagai anak kepada Sharifah Sakinah dan Anuar.[8]

Nama beliau mula mencuri perhatian umum menerusi watak lakonannya sebagai Nisa Ardina dalam siri drama adaptasi novel, Mr. Grey yang menggandingkan beliau bersama Fendy Bakry, yang bersiaran di Astro Ria.[9][10][11]

Beliau muncul telefilem antologi cerpen Kahwin-Kahwin (Antologi Cerpen) untuk saluran Astro Citra arahan Eyra Rahman. Beliau akan membawakan tiga watak berlainan didalam tiga cerita berbeza. Kali ini, beliau sekali lagi bergandingan dengan heroinnya dalam Mr. Grey, Fendy Bakry.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau bertunang dengan pemain bola sepak dan penjaga gol, Haziq Nadzli pada 1 Disember 2018.[12] Eyra mengenakan hijab pada Februari 2019.[13][14][15]

Beliau dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019 dengan sekali lafaz.[16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2020 M4M4 Elly Eyra Rahman Filem pertama
Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Mawar Bade Hj. Azmi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Cinta Sempurna Shila (kecil) Astro Oasis Drama pertama
2011 Keranamu Laila May (13 tahun) TV3
Zoo The Series Amylia Astro Ceria
2012 Supersmash
Bunga-Bunga Syurga Nadia TV3
Terlanjur Cinta TV9
2013 Menjinak Ombak Hanani TV3
2014 Bila Chacha Masuk Asrama Nisha
2015 Tanah Kubur (Musim 14) Manja Astro Oasis Episod: "Hamba Allah Atau Hamba Duit"
2016 Samudera Rindu Athirah TV9
Cinta Roller Coaster Nana TV3
2017 Jejak Karmila Kak Inah (kecil)
Budak Ijat Ila
2018 Budak Boys Mastura
Mr. Grey Nisa Ardina Astro Ria
Cinta Lemon Madu Amy TV3
Doa Ku Mohon
Mocha Kau Bahagia 2
13 Khurafat Astro Prima
2019 Entiti Mistik
Nur 2 Suraya TV3
Puteri Yang Ditukar Zahira Astro Prima

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Anak-Anak Lorong Amira Astro Prima
2013 Tiang Seri Nadrah Astro First Eksklusif
2016 Hanya Untuk Bonda Safirah TV3
Cuti Sekolah 20 Sen TV2
2017 Aku Mahu Hidup Umi TV9
Bisik Pada Allah Anis Astro Citra
2018 Kahwin-Kahwin Dhia/Khalilah/Ain Auliyah
Milik Kita Yasmin ntv7
Kau Roadblock Hatiku Aqilah Astro Citra
20 Sen Yana TV2
Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Geng Bakat Pengacara TVi
2018 Ganjil Itu Indah TV1
Big Stage: Budak Baru Nak Up Astro Ria
2019 Tanya Cik Man Tetamu jemputan Astro Oasis
Sepahtu Reunion Live Mia Astro Warna Artis Jemputan Episod "Bara Di Rimba"

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2017 "Andainya Takdir" Anuar Zain

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Anugerah Sri Angkasa 2010 Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Eyra Hazali (Anak-Anak Lorong) Menang
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Artis Baharu MeleTOP Eyra Hazali Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sim Leoi Leoi, Crystal Chiam Shiying and R. Aravinthan (28 Mei 2018). "Eyra Hazali started acting at six years old". The Star Online. Dicapai pada 3 Jun 2018.
  2. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamad (27 Mei 2018). Eyra, ‘heroin’ Mr. Grey pernah kecil hati Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  3. ^ Biodata Eyra Hazali Encik Shino (11 Januari 2017). Diperoleh pada 11 April 2018.
  4. ^ Zulhilmi Jalil (27 Mei 2018). "Eyra sentiasa jaga batas". Kosmo!. Dicapai pada 3 Jun 2018.
  5. ^ a b c Zaidi Mohamad (20 Oktober 2016). Eyra perlahan rentak seni demi SPM Berita Harian. Dicapai pada 11 April 2018.
  6. ^ a b Transisi lakonan Eyra Hazali Kosmo! (4 Jun 2018). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
  7. ^ Zaidi Mohamad (10 Mei 2018). Eyra bimbang popular mendadak Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  8. ^ "Inilah biodata penuh Eyra Hazali, heroin drama Mr. Grey ternyata bukan calang-calang orang". 90 minit. 24 April 2018.
  9. ^ ""Nama Meletop Selepas Berlakon Mr. Grey" – Eyra Hazali". Rojak Daily. 24 April 2018.
  10. ^ ""Dialek anak mami julang nama Eyra"". Berita Harian. 26 April 2018.
  11. ^ "Mungkin ada yang kurang senang saya jadi heroin pada usia 19 tahun" - Eyra Hazali Astro Awani (7 Mei 2018). Diperoleh pada 31 Julai 2018.
  12. ^ "Eyra Hazali kini tunangan Haziq". Sinar Harian. 2 Disember 2018. Dicapai pada 18 Disember 2018.
  13. ^ Zulhilmi Jalil (12 Februari 2019). "Eyra Hazali berhijab". Kosmo!. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  14. ^ Farihad Shalla Mahmud (13 Februari 2019). "Eyra Hazali berhijab". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  15. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (13 Februari 2019). "Eyra Hazali buat keputusan bertudung, tak mahu bapa ke neraka". MStar Online. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  16. ^ Najiy Jefri (1 November 2019). "Eyra Hazali kini isteri orang". Harian Metro. Dicapai pada 8 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]