Puteri Aishah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Aishah
Aishah ditemuramah oleh MeleTOP pada majlis Dewi Remaja Glam Night 2015.
Kelahiran
Puteri Aishah binti Sulaiman

(1994-06-06) 6 Jun 1994 (umur 29)
PendidikanDiploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPelakon, model, guru
Tahun aktif2013–kini
PasanganMuhammad Firdaus Sulaiman (k. 2021)

Puteri Aishah Binti Sulaiman (Jawi: ڤوتري عايشه; lahir 6 Jun 1994)[1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2013/2014.[2] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis (2015), Kahwin Muda (2016), Cinta Roller Coaster (2016), Raisha (2017) dan Selafaz Cinta (2018).[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Puteri Aishah dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.[4] Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, mempunyai diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 20 tahun, Puteri Aishah memulakan kerjaya awalnya sebagai guru pelatih di sebuah sekolah rendah dan gambar beliau pernah menjadi tular di media sosial pada tahun 2014, ketika itu, beliau dikenali sebagai Cikgu Aishah.[5][6]

Pada tahun yang sama, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Deeba Halil, Natrah Khalid, Mimi Lana, Fify Azmi dan Syamim Farid. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama Puteri Balqis dalam drama waktu perdana TV3, Akulah Balqis sebagai watak sampingan selepas diberi kepercayaan oleh Erma Fatima untuk membintangi drama tersebut.[7]

Pada tahun 2016, beliau telah memegang watak utama dalam drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di TV3. Selain itu, beliau juga telah berlakon dalam sebuah teater muzikal berteras budaya masyarakat Minangkabau dan memegang watak sebagai Poti Bongsu. Teater ini dipersembahkan di Pentas Istana Budaya pada 25 Mac 2016.[8]

Pada September 2017, Aishah membintangi drama Raisha yang bersiaran di Slot Lestary TV3, lakonan Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Ariff Aziz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan terbitan OrangeTree Production. Selain itu, drama ini juga ditonton di tonton.com.my sebelum tayangan perdana di TV3. Pada Ogos 2017, Aishah membintangi drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku terbitan A. Aida Production Sdn Bhd yang disiarkan di TV3. Drama arahan Zul Huzaimy ini merupakan adaptasi novel Mr. Hot Guy karya Danisyarahmat.

Puteri memulakan kerjaya filemnya dengan membintangi filem sulungnya, Pulang arahan Kabir Bhatia, yang menggandngikan beliau bersama Remy Ishak;[9] Aishah memegang watak Che Thom. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[10][11] Puteri Aisyah bergandingan dengan Kamal Adli di dalam drama Utusan Cinta Buat Adam yang ditayangkan di slot tv3 Akasia pada tahun 2019.

Beliau merupakan salah seorang dari barisan pelakon drama Selafaz Cinta yang dibintangi bersama oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin. Aishah memegang watak sebagai Liza Liyana, seorang pramugari.[12] Beliau memegang watak sebagai Anita dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Nina Iskandar.

Pada Januari 2021, Aishah memegang watak tajuk dalam Rahimah Tanpa Rahim di slot Akasia TV3.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sekitar Julai 2017, Puteri Aishah mendedahkan hubungannya dengan Pengerusi Kumpulan Syarikat NAZA, SM Faisal SM Nasimuddin yang juga anak sulung Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Aishah menjelas bahawa hubungannya dengan SM Faisal hanyalah sebagai rakan biasa.[13]

Puteri Aishah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus Sulaiman pada 21 November 2021.[14]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Positif COVID-19[sunting | sunting sumber]

Beliau disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari menjalani penggambaran sebuah drama di Scotland pada 31 Mac 2020 dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Pulang Che Thom Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Akulah Balqis Jenny TV3 Drama pertama
2015–2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Sha
2016 Jasmine Irish
2016–2017 Cinta Roller Coaster Ziany
2017 Raisha Siti Aishah
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Nurin Kamila
2018 Air Mata Di Bumi Matador Qaisara TV2
Terima Aku Seadanya Kamelia NTV7
2018–2019 Selafaz Cinta Liza Liyana Astro Prima
2019 Tolong Aku Doktor Cinta Anita TV2
Utusan Cinta Buat Adam Aireen Husna TV3
PA Untuk Dia Yara Aisya Yazid Astro Ria
2021 Rahimah Tanpa Rahim Rahimah TV3
2022 Demi Suraya TV Okey
2022–2023 Cina Buta Habibah Astro Ria
2023 Special Force: Anarchy Iman Disney+ Hotstar
Kau? C.E.O Aku? Aisya Sofea TV1
Rajuk Karina Anum TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Panggilan Subuh Dania TV9 Telefilem pertama
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya Sha TV3
Yang Terakhir Untukku Min
2018 Waktu Khalil Atie
Cik Shopaholic Hezliza NTV7
Tulus Cinta Hana TV3
2019 "Dato" S Bunga Astro First Eksklusif
2021 Syurga Tanpa Dosa Nisha TV2
2023 Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Lynn TV3

Videografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2016 "Mencinta" Azhael

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Tema Muzikal Tempat
2016 Cindua Mato[16] Puti Bongsu Randai Pentas Istana Budaya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014–2015 Dewi Remaja Peserta Astro Ria Penampilan TV pertama
2015 Sejarah Tingkatan 5 Pengacara TV Pendidikan
2016 MeleTOP Kebaboom Astro Ria
2017 Perang Bibir Peserta TV9 Dicabar oleh Zulin Aziz dan berentap bersama Mustaqim Bahadon dan Neera Azizi namun tewas.
The Sarimah Show Tetamu undangan TV3 Episod 9
2018 Nona
2021 Sembang Rawak Artis Jemputan Awesome TV Bersama Ruhainies

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2019
Festival Filem Malaysia ke–30
Pelakon Wanita Harapan Pulang Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Biodata Puteri Aishah". Azhan.co. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  2. ^ Norhidayyu Zainal (30 Mac 2016). "Puteri Aishah idam genggam anugerah". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2016.
  3. ^ "5 Things We Know About Malaysian Rising Star Puteri Aishah". Hype. 24 Ogos 2017. Dicapai pada 16 September 2017.
  4. ^ a b Zaidi Mohamad (3 Jun 2015). "Cikgu Aishah perjelas surat cinta bapa murid". Berita Harian. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  5. ^ "Foto Viral Jadi Guru Pelatih Buka Rezeki Puteri Aishah". mSTAR Online. 28 Oktober 2016. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  6. ^ "Puteri Aishah mahu sambung pengajian". Berita Harian. 22 Oktober 2016. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  7. ^ "Baru Sahaja Masuk Satu Babak Lakonan, Saya diberhentikan…" — Puteri Aishah". Intrend. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  8. ^ "Puteri Aishah berdebar jumpa Remy Ishak - Hiburan". Berita Harian. 15 Mac 2016. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  9. ^ "Berlakon dengan Remy pengalaman berharga: Puteri Aishah". Sinar Harian. 27 Mei 2018. Dicapai pada 26 Julai 2018.
  10. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  11. ^ "Puteri Aishah pernah berkurung gara-gara 'surat cinta'". Berita Harian. 29 Oktober 2016. Dicapai pada 29 November 2016.
  12. ^ "Drama Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin dan Puteri Aishah". Kepala Bergetar. 27 November 2018.
  13. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Julai 2017). Puteri Aishah komen hubungannya dengan SM Fasial mSTAR Online. Dicapai pada 26 April 2018.
  14. ^ Zaidi Mohamad (21 November 2021). "Puteri Aishah bergelar isteri". Berita Harian. Dicapai pada 25 Disember 2021.
  15. ^ Puteri Aishah dirawat di Hospital Sungai Buloh Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2020.
  16. ^ Rafiq Mazlan (13 Februari 2017). "Kritikan penguat semangat Puteri Aishah - Hiburan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]