Daerah Pontian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pontian
ڤونتين
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina笨珍县 (Bènzhēn Xiàn)
 • Tamilபொந்தியான் (Pontiāṉ)
Bendera bagi Pontian ڤونتين
Daerah Pontian is located in Bumi
Daerah Pontian
Daerah Pontian (Bumi)
Koordinat: 1°29′28″N 103°23′14″E / 1.4910198552255876°N 103.38712264154174°E / 1.4910198552255876; 103.38712264154174Koordinat: 1°29′28″N 103°23′14″E / 1.4910198552255876°N 103.38712264154174°E / 1.4910198552255876; 103.38712264154174
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Perbandaran Pontian
KerusiPontian Kechil
Kerajaan
 • Pegawai DaerahMohammad Rafi bin Abdullah[1]
Luas
 • Jumlah355.2 batu persegi (919.9 km2)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah173,318
 • Kepadatan490/batu persegi (190/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
82×××

Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia. Daerah ini terletak di selatan negeri Johor berkeluasan 355 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 173,318 orang pada tahun 2020. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pontian Kechil. Di daerah ini terletaknya Tanjung Piai yang menjadi titik paling selatan benua Asia.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar iaitu tempat berteduh bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kechil menjadi bandar utama bagi daerah Pontian.[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Pontian ditadbir oleh Majlis Perbandaran Pontian yang berpusat di Pontian Kechil. Daerah ini terbahagi kepada 11 mukim, dua bandar dan sebuah pekan;

Peta daerah Pontian

Mukim, bandar dan pekan[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Ayer Baloi
  2. Mukim Air Masin
  3. Mukim Api-Api
  4. Mukim Benut
  5. Mukim Jeram Batu
  6. Mukim Pengkalan Raja
  7. Mukim Pontian
  8. Mukim Rimba Terjun
  9. Mukim Serkat
  10. Mukim Sungai Karang
  11. Mukim Sungei Pinggan
  12. Bandar Benut
  13. Bandar Pontian Kechil
  14. Pekan Nenas

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Pontian terletak di selatan negeri Johor bersempadan dengan daerah Batu Pahat di barat laut, Kluang di utara, Kulai di timur laut, Johor Bahru di timur dan Selat Melaka di barat dan selatan.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4] Purata suhu ialah 27.89 °C (82.2 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28.5 °C (83.3 °F). Bulan Januari dan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 27.2 °C (81.0 °F).[4] Purata kerpasan di Pontian adalah 2462.7 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 332.6 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Jun dengan 137.5 milimeter.[4]

Data iklim untuk Pontian (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Min harian °C (°F) 27.2
(81)
27.7
(81.9)
28.0
(82.4)
28.4
(83.1)
28.5
(83.3)
28.4
(83.1)
28.0
(82.4)
28.0
(82.4)
27.9
(82.2)
27.8
(82)
27.6
(81.7)
27.2
(81)
27.89
(82.21)
Kerpasan mm (inci) 268.7
(10.579)
138.3
(5.445)
194.6
(7.661)
204.7
(8.059)
194.0
(7.638)
137.5
(5.413)
145.5
(5.728)
160.0
(6.299)
170.3
(6.705)
246.9
(9.72)
269.6
(10.614)
332.6
(13.094)
2,462.7
(96.957)
Sumber: ClimateCharts[4]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970117,686—    
1980121,031+2.8%
1991129,356+6.9%
2000142,697+10.3%
2010149,938+5.1%
2020173,318+15.6%
Pecahan etnik di Pontian - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
72.1%
Cina
  
26.6%
India
  
0.9%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Pontian ialah seramai 173,318 orang dengan kepadatan penduduk 186 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 72 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih tujuh peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 116:100. Terdapat 46,692 tempat kediaman dengan sebanyak 42,519 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 118 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 40 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 14 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 115,269
Cina 42,608
India 1,367
Lain-lain 739
Bukan warganegara N/A 13,335

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Pontian - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
72.2%
Buddha
  
24%
Hinduisme
  
1.9%
Kristian
  
1.1%
Lain-lain
  
0.6%
Tidak beragama
  
0.1%

Majoriti penduduk di daerah Pontian beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[2]

Agama Jumlah
Islam 125,176
Buddha 41,562
Hindu 3,326
Kristian 1,894
Lain-lain 1,126
Tidak beragama 234
Tidak diketahui 0

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pontian boleh dihubungi melalui Lebuhraya Utara Selatan. Pengunjung dari arah utara boleh menggunakan susur keluar tol Simpang Renggam ataupun susur keluar tol Sedenak untuk ke Pontian.

Pontian juga boleh dihubungi melalui Lebuhraya Nusajaya dan Lebuhraya Iskandar Johor. Pengunjung dari arah Johor Bahru dan Gelang Patah boleh menggunakan susur keluar tol Perling atau Lima Kedai untuk ke Pontian.

Pontian tidak mempunyai perkhidmatan kereta api tetapi boleh berbuat demikian dengan menggunakan stesen terdekat KTM Kulai untuk berbuat demikian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 22 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  3. ^ "Asal-usul nama tempat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada 2014-11-22.
  4. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Pontian". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]