Iskandar Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Iskandar Puteri
Bandaraya
Other transkripsi
 • Jawi إسكندر ڤوتري
 • Cina 依斯干达公主城
Latar langit di Iskandar Puteri
Iskandar Puteri terletak di Semenanjung Malaysia
Iskandar Puteri
Iskandar Puteri
Koordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E / 1.42667°N 103.64028°E / 1.42667; 103.64028Koordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E / 1.42667°N 103.64028°E / 1.42667; 103.64028
Negara  Malaysia
Negeri  Johor
Daerah Daerah Johor Bahru
Menjadi pusat pentadbiran negeri Johor 16 April 2009
Granted City Status 22 November 2017[1]
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
 • Datuk Bandar Dato' Adib Azhari Daud
 • Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang (DAP)
 • Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya Zaini Abu Bakar (BN)
Penduduk (2010)
 • Jumlah 529,074
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Tidak tersedia (UTC)
Poskod 79000
Kod panggilan +607
Laman web www.mbip.gov.my

Iskandar Puteri (Cina: 依斯干达公主城, Jawi: إسكندر ڤوتري) ialah sebuah bandaraya di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Nama[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, nama bandar ini ialah Nusajaya. Kemudian pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk mengisytiharkan "Iskandar Puteri" sebagai nama baharu untuk pusat pentadbiran negeri Johor.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Februari 2007[3]. Iskandar Puteri merupakan bandar baru yang dibentuk di Daerah Johor Bahru dengan banyak pembangunan yang kini sedang berkembang pesat. [4]

Pembangunan Iskandar Puteri merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada November 2006. Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan komponen-komponen seperti Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (Kota Iskandar), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu. Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia. Kedudukannya yang hampir dengan lima pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura, Pelabuhan Jurong (Singapura) dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Iskandar Puteri kelebihan sebagai bandar raya serantau.

Projek Pemangkin[sunting | sunting sumber]

Projek pembangunan Iskandar Puteri dengan keluasan 9,600 hektar dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 melibatkan komponen-komponen sebagai berikut.

Pusat Pentadbiran Negeri Johor[sunting | sunting sumber]

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Kota Iskandar merupakan pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar. Ia dibangunkan dengan konsep persekitaran terbuka dengan taman dan lanai ala Alhambra di Sepanyol dengan rekaan bangunan berteraskan seni bina Melayu-Johor.

Komponen Pembangunan
  • Fasa 1
- Dewan Undangan Negeri
- Kompleks Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan
- Dataran Mahkota
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri
  • Fasa 2a
- Masjid
  • Fasa 2b
- Kompleks perumahan kakitangan kerajaan negeri
  • Fasa 3
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan persekutuan

Bandar Pendidikan[sunting | sunting sumber]

EduCity

Bandar Pendidikan atau EduCity@Iskandar seluas 600 ekar merupakan pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University. Projek ini diambil alih oleh Iskandar Investment Bhd.

Bandar Perubatan[sunting | sunting sumber]

Columbia Asia Hospital

Pembangunan pusat perubatan yang dikenali sebagai Medical City dengan keluasan 67.2 ekar menawarkan penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi pusat kesihatan, poliklinik kerajaan, kompleks klinik umum, kompleks pakar, kolej kejururawatan dan kemudahan kesihatan yang lain. Pusat tersebut juga memberi tumpuan kepada pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Hospital pertama yang telah beroperasi di sini ialah Columbia Asia Hospital.

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan[sunting | sunting sumber]

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC) di Iskandar Puteri adalah kawasan taman perindustrian hijau seluas 1,300 ekar dengan rangkaian kemudahan dua buah lapangan terbang dan empat buah pelabuhan yang berhampiran. SiLC akan memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian nilai secara bersepadu untuk tiga bidang utama iaitu teknologi maju seperti teknologi bio dan nano, industri pemakanan dan kesihatan serta logistik.

Medini[sunting | sunting sumber]

Medini

Pembangunan bersepadu oleh Iskandar Investment, Mubadala, Kuwait Finance House, Aldar Properties dan Millennium Development International. Ia dibahagi kepada 3 kluster utama:

  • Kluster Rekreasi dan Pelancongan
  • Daerah Kewangan Iskandar
  • Medini Sentral

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]