Istana Syarqiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Koordinat: 5°15′24″N 103°10′08″E / 5.2568°N 103.1689°E / 5.2568; 103.1689

Istana Syarqiyyah
ايستان شرقية
Istana evening.jpg
Gambar bertarikh 6 Julai 2014
Maklumat umum
StatusSiap dibina
JenisPersemayaman rasmi Sultan Terengganu
LokasiKuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Koordinat5°15′24″N 103°10′08″E / 5.2568°N 103.1689°E / 5.2568; 103.1689
Pembinaan bermula2006
Disiapkan pada2014
PemilikSultan Mizan Zainal Abidin
Butiran teknikal
Bilangan tingkat3
Reka bentuk dan pembinaan
ArkitekBill Bensley

Istana Syarqiyyah merupakan istana di Malaysia yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Istana ini merupakan istana utama Sultan Terengganu dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini juga terletak persemayaman utama buat baginda sultan dan keluarga diraja. Nama Syarqiyyah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud 'Permata Timur'.[1]

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

Pemilik Istana Syarqiyyah iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin

Sebelum 4 Julai 2013, istana ini dikenali sebagai Kompleks Istana Bukit Chendering. Kemudian, nama baru iaitu Istana Syarqiyyah yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah diumumkan oleh Menteri Besar pada waktu itu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Istana Syarqiyyah membawa maksud ‘Permata Timur’.[2]

Fasa pembinaan[sunting | sunting sumber]

Istana ini dibina pada tahun 2006 mengandungi 4 fasa dan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan persemayaman utama Sultan serta kerja-kerja hiasan dalam dan sebagainya.[1]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Istana Syarqiyyah menampilkan gabungan seni bina tradisional Terengganu dan seni bina Islam[1] yang ada di sebuah bangunan bersejarah di Andalusia, Sepanyol iaitu Alhambra.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

  • Seni bina istana ini dihiasi dengan lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
  • Istana Syarqiyyah mempunyai lebih 100 bilik yang memiliki reka bentuk berlainan bagi setiap satunya.
  • 14 tan pintu-pintu gangsa.
  • Dewan setinggi tiga tingkat bangunan.
  • Tanah seluas 865 ekar, dikelilingi hutan.
  • Istana seluas 160,000 kaki persegi.
  • Balairung seri untuk 1,200 orang.
  • Dewan makan untuk 1,800 orang tanpa apa-apa tiang sokongan.
  • Air pancut dan menara di taman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c 7 Fakta Menarik Istana Syarqiyyah Dicapai 6 Jun 2015. TheVocket
  2. ^ "Istana baru Terengganu dinamakan Syarqiyyah". 2. Sinar Harian. 4 Julai 2013.