Khilafah Hamdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dinasti Hamdani)
Jump to navigation Jump to search
"Hamdanid" dilencongkan ke sini. Untuk dinasti di Yaman, sila lihat Dinasti Hamdan (Yaman).
Dinasti Hamdan pada tahun 955
Salasilah keluarga dinasti Hamdan

Pengenalan

Dinasti Hamdan (Bahasa Arab: حمدانيونḤamdānyūn) adalah sebuah dinasti Syiah,[1] Muslim, Arab yang terletak di utara Iraq (al-Jazirah) dan Syria (890-1004). Mereka berasal daripada puak purba Kristian iaitu Bani Taghlib dari Timur Arab. Selama kekacauan di Samarra, mereka bergerak untuk menguasai kota Mosul, dan beberapa pembesar Taghlib berhasil menjadi gabenor kota itu secara bergantian. Sekitar tahun 879M, mereka digantikan oleh Isa Bin Kundajiq, seorang panglima Turki. Penggantian ini adalah usaha untuk memulihkan kekuasaan pemerintah Baghdad di daerah pembesar Taghlib. Akibatnya, para pembesar Taghlib diantaranya Hamdan Bin Hamdun, memerangi Khawarij untuk memperoleh kembali posisi mereka di Al-Jazirah. Pada tahun 892M, Khalifah Al-Mu'tadid berhasil menegakkan kembali keamanan di kawasan tersebut. Usaha Hamdan Bin Hamdun menemui kegagalan, ketika tahun 895M, ia dipaksa menyerah kepada Khalifah Al-Mu'tadid di Mosul Pada tahun 896M, beliau dibebaskan dan dibenarkan merekrut pengikutnya untuk membuat pasukan kecil untuk bertempur dengan Khawarij di Al-Jazirah. Ekspedisi itu berhasil dan sebagai imbalannya, Husain, anak Hamdan dapat meminta pembebasan ayahnya dan menarik pajak Bani Taghlib. Husain juga dibolehkan merekrut pasukan berjumlah 500 orang Bani Taghlib untuk membentuk pasukan khalifah yang dibayar oleh pemerintah. Saudara Husain,Abu Al-Haija, diangkat sebagai gabenor Mosul pada tahun 905M. Menjelang akhir pemerintahan Khalifah Al-Muktafi pada tahun 908M, Husain memantapkan posisinya sebagai salah seorang panglima terkemuka dalam pasukan khalifah. Pada tahun itu juga, Husain menjadi salah seorang ketua pemberontak yang gagal melawan Khalifah Al-Muqtadir yang dilancarkan atas nama Ibnu Al-Mu'tazz, anak Al-Mu'tazz, khalifah Abbasiyah ke-13, yang kemudian melarikan diri ke Mosul. Pada tahun 914M, Husain terlibat dalam pemberontakan lainnya yang gagal sehingga beliau ditangkap dan dibunuh di Baghdad pada tahun 918M.

a) Penguasa Dinasti Hamdani di Mosul

1) Abu Al-Haija (905-929M)

• Pernah ditangkap oleh pihak Qaramitah ketika memimpin haji pada tahun 924M, namun beliau dapat berunding untuk pembebasan dirinya dan para tahanan lain.

• Melindungi Iraq dari serangan Qaramitah semasa krisis tahun 927M.

• Menjalin hubungan baik dengan Mu'nis, panglima tentera di Baghdad.

• Pada tahun 929M, beliau menjadi pendukung utama Khalifah Al-Qahir dalam rampasan kuasa yang gagal dan beliau akhirnya dibunuh.

2) Hasan Bin Abu Al-Haija

• Diterima oleh pemerintah Baghdad sebagai penguasa Mosul dan Al-Jazirah sehingga perbatasan Bizantine.

• Bergerak menuju selatan dan diangkat sebagai 'amir al-umara' di Baghdad dengan gelaran Nasr Ad-Daulah.

• Mengundur diri ke Mosul, tempat beliau mencapai persetujuan dengan 'amir al-umara- yang baru, Tuzun ( komander pasukan Turki di Baghdad ) untuk menguasai Al-Jazirah dan Suriah Utara. Sebagai balasan, beliau membayar ufti sebanyak 3.6 juta dirham.

• Banyak konflik dengan Dinasti Buwaihi berlaku. Serangan yang paling serius terjadi pada tahun 958-959M ketika Nasr Ad-Daulah dipaksa melarikan diri ke saudaranya, Saif Ad-Daulah yang merundingkan persetujuan baru dengan Mu'izz Ad-Daulah ( penguasa Dinasti Buwaihi di Baghdad]].

• Pada tahun 964M, Mu'izz Ad-Daulah melancarkan serangan lain sehingga Nasr Ad-Daulah dipukul mundur dan lari Mosul dan lari ke bukit.

• Seorang pembesar yang lemah. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa beliau tidak dapat memanfaatkan kematian Mu'izz Ad-Daulah

• Meninggal 2 tahun selepas kematian Mu'izz Ad-Daulah

3) Hamdan Bin Hasan

• Ditunjuk oleh ayahnya sebagai pengganti

• Berlakunya perang saudara dengan Abu Taghlib, (saudaranya dari ibu yang berbeza). abu Taglib akhirnya terbunuh di Ramlah pada tahun 979M.

• Berlakunya konflik dengan Adud Ad-Daulah, penguasa Dinasti Buwaihi.

Saudara Abu Taghlib yang masih hidup, Husain dan Ibrahim bekerja untuk Adud Ad-Daulah yang menjamin penguasaan atas Al-Jazirah. Pada tahun 989M, dua bersaudara itu menegakkan kembali kekuasaan Dinasti Hamdani di Mosul dengan bantuan suku Uqail yang berpengaruh di daerah tersebut pada waktu itu. Pemimpin Uqail menegakkan kekuasaan mereka sendiri di Mosul dan membunuh Husain. Ibrahim pula mengabdikan diri kepada Khilafah Fatimiyyah di Mesir dan Syria.

b) Penguasa Dinasti Hamdani di Aleppo

1) Ali Bin Hasan/ Saif Ad-Daulah (944-967M)

• Berjaya menguasai Aleppo pada tahun 944M dengan bantuan suku Badwi Bani Kilab yang menempati kawasan timur dan tenggara kota itu. Sebelum ini, kota Aleppo dikuasai oleh Dinasti Ikhsyid.

• Selama awal pemerintahannya, Saif Ad-Daulah sibuk dengan usahanya dalam mencapai persetujuan untuk menegakkan kekuasaannya dengan Dinasti Ikhsyid dan suku Arab.

• Cuba mengambil Damascus, tetapi Dinasti Ikhsyid sendiri datang menggagalkan rencana itu dan perdamaian diusahakan pada tahun 945M. Perdamaian ini memudahkan Saif Ad-Daulah menguasai Antiokia dan Homs.

• Setelah menguasai Aleppo, beliau terpaksa berhadapan dengan Bizantine hampir setiap tahun. Pada tahun 950M, beliau memimpin 30,000 tenteranya dan 4000 orang Tatrus untuk menjarah, tetapi memperoleh malapetaka.

• Membangunkan kembali benteng sempadan seperti Mar'asy dan Hadas pada tahun 952M.

• Beliau menghadapi tekanan dari Bizantine dari tahun 956M, suatu tekanan yang tidak dapat ditangani secara berkesan.

• Pada tahun 962M, tentera Bizantine menyerang Aleppo. Beliau gagal memberi tentangan sengit, beliau mengundurkan diri ke Mayyafariqin dan meninggalkan sebilangan kecil tentera untuk bertahan. Walaubagaimanapun, kota Aleppo akhirnya ditakluki.

• Pada tahun 962M, Mar'asy pun jatuh.

• Pada tahun 965M, Mashisha dan Tatrus dikuasai Bizantine dan ia menegakkan kekuasaannya di Sicilly.

• Meninggal pada tahun 967M.

2) Syarif Sa'd Ad-Daulah

• Diakui sebagai penguasa oleh wazir ayahnya di Aleppo, Qarquya, tetapi beliau dianjurkan untuk menjauh dari kota itu. Banyak sahabat ayahnya pergi bergabung dengan sepupunya, Abu Taglib di Mosul, sementara beliau sendiri dengan hanya 300 orang pengikut ditolak masuk ke Harran dan diusir dari Mayyafariqin oleh ibunya sendiri.

• Pernah tidak mempunyai wilayah mahupun ibukota selama 10 tahun berikutnya (968-977M).

• Posisi beliau membaik pada tahun 977M, ketika dua dari pelayan ayahnya mengundangnya untuk bergabung dalam usaha menakluki Aleppo. Saat ini, kekuasaan Qarquya ke atas Aleppo telah jatuh ke tangan seseorang yang berasal dari Circassia bernama Bakjur.

• Dapat menawan kembali Aleppo dengan bantuan Bani Kilab.

• Setelah Aleppo dikuasai semula, Sa'd Ad-Daulah meneruskan kebergantungannya terhadap Bizantine, yang mendukungnya dengan 6000 tentera Yunani dan Armenia melawan serangan Bakjur dan Dinasti Fatimiah.

• Meninggal dunia pada tahun 991M.

3) Sa'id Ad-Daulah

• Seorang penguasa yang sangat lemah dan bergantung kepada penasihatnya, Lu'lu yang meneruskan kebergantungan terhadap Bizantine.

• Meninggal pada tahun 1002M dan kekuasaan Dinasti Hamdani di Aleppo pun berakhir.





Pemerintahan Hassan Nasir al-Dawla (929-968), gabenor Mosul dan Diyar Bakr, telah memerintah dengan zalim yang mana menyebabkan beliau digulingkan oleh kaum keluarga beliau sendiri.

Keturunan beliau terus memerintah di Mossul, sebelum kalah teruk semasa perang dengan Buyid antara tahun 979 sehingga 990. Selepas ini, kawasan kawalan mereka di utara Iraq telah dibahagikan di antara Uqaylid dan Marwanid.

Ali Sayf al-Dawla 'Pedang Negara' memerintah (945-967) Utara Syria daripada Aleppo, dan menjadi pesaing paling penting semasa perluasan semula kuasa Empayar Byzantine Kristian. Istana beliau menjadi pusat budaya, di sebabkan perkembangan kesusasteraan Arab, tetapi hilang status ini apabila Byzantine menakluk Aleppo.

Bagi menghentikan kemaraan Byzantine, Aleppo telah diletakkan di bawah kekuasaan khilafah Fatimiyyah dari Mesir, tetapi pada tahun 1003; bani Hamdan digulingkan oleh Fatimiyyah.

Pemerintah Hamdan[sunting | sunting sumber]

Penguasa Dinasti Hamdani di Mosul

  1. Hamdan ibn Hamdun
  2. al-Husayn ibn Hamdan (895-916)
  3. Abu Al-Haija (905-929)
  4. Hasan Bin Abu Al-Haija/ Nasir al-Dawlah (935-969)
  5. Abu Taghlib (969-979)
  6. Abu Tahir Ibrahim ibn al-Hasan (989-997)
  7. Abu Abdallah al-Husayn ibn al-Hasan (989-997)

Penguasa Dinasti Hamdani di Aleppo

  1. Ali Bin Hasan/ Sayf al-Dawla (944-967)
  2. Sa'd al-Dawla (967-971)
  3. Sa'id al-Dawla (991-1002)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ شاكر مصطفى, موسوعة دول العالم الأسلامي ورجالها الجزء الأول, (دار العلم للملايين: 1993), p.352