Disney Junior (Antarabangsa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Disney Junior ialah suatu blok rancangan di Disney Channel atau saluran terpisah yang disiarkan di pelbagai negara dan rantau. Jenama Disney Junior, setakat ini wujud sebagai 22 saluran atau blok di 156 buah negara dan wilayah, dahulu dipanggil Playhouse Disney. [1]

Afrika[sunting | sunting sumber]

Selatan Afrika[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Selatan Afrika dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Selatan Afrika menggantikan Playhouse Disney Selatan Afrika.

Afrika Utara[sunting | sunting sumber]

Lihat Disney Junior Timur Tengah yang disiarkan juga di Afrika Utara.

Amerika, Benua[sunting | sunting sumber]

Amerika Latin[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Amerika Latin dilancarkan pada 1 April 2011 menggantikan Playhouse Disney Amerika Latin yang dilancarkan pada 1 Jun 2008[2] sebagai suatu saluran TV dan blok di Disney Channel Amerika Latin dipanggil Disney Junior en Disney Channel. Rancangan adalah sangat sama seperti di Amerika Syarikat. Ia disiarkan dalam dua suapan, Zon Utara dan Zon Selatan.

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior

Disney Junior Amerika dilancarkan pada 14 Februari 2011 sebagai blok di Disney Channel Amerika dan pada 23 Mac 2012 sebagai suatu saluran TV menggantikan Soapnet.

Brazil[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Brazil

Disney Junior Brazil dilancarkan pada 9 Mei 2011 sebagai blok di Disney Channel Brazil dan pada 31 Mei 2011 sebagai saluran TV menggantikan Playhouse Disney Brazil yang dilancarkan pada 5 September 2008.

Kanada[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Kanada bahasa Inggeris dilancarkan pada 6 Mei 2011 menggantikan kedua-dua Playhouse Disney Kanada (bahasa Inggeris) yang dilancarkan pada 30 November 2007 sebagai suatu saluran multiplex oleh Family dan suatu blok di Family. Disney Junior Kanada bahasa Inggeris sebagai blok disiarkan pada 4:30am hingga 7:00am dan 8:45am hingga 11:00am pada Isnin hingga Jumaat serta pada 4:30am hingga 8:00am pada hujung minggu. Disney Junior Kanada bahasa Perancis dilancarkan pada 6 Mei 2011 menggantikan kedua-dua Playhouse Disney Kanada (bahasa Perancis) yang dilancarkan pada 5 Julai 2010, berlesen sendiri dan tidak dimiliki oleh The Walt Disney Company kerana larangan CRTC tetapi dimiliki oleh Astral Media.

Asia & Pasifik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Asia

Disney Junior Asia dilancarkan pada 11 Julai 2011 menggantikan Playhouse Disney Asia yang dilancarkan pada 1 Januari 1994. Rancangannya adalah sama seperti Disney Junior Amerika Syarikat. Walau bagaimana saluran ini juga menyiarkan rancangan bukan Disney seperti Clifford the Big Red Dog, dan Harry and His Bucket Full of Dinosaurs. Rancangan di saluran ini tidak diganggu oleh iklan. Disney Junior tersedia di Saluran 38 SkyCable, Global Destiny Cable, Cablelink dan sekutu kabel seluruh negara di Filipina, Astro di Malaysia, Indovision, First Media dan Astro Nusantara di Indonesia dan StarHub TV di Singapura.

Asia Barat[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Timur Tengah dilancarkan pada 5 Mei 2011 sebagai blok di Disney Channel Timur Tengah yang dipanggil Playhouse Disney Morning menggantikan Playhouse Disney Timur Tengah.

Israel[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Israel

Disney Junior Israel dilancarkan pada 18 Julai 2011. Disney Junior Isarel tersedia di YES.

Asia Selatan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior India

Disney Junior India dilancarkan pada 4 Julai 2011 sebagai blok di Disney Channel India menggantikan Playhouse Disney India yang dilancarkan pada 2006.

Asia Tengah[sunting | sunting sumber]

Lihat Disney Junior Rusia yang disiarkan juga di Asia Tengah.

Kazakhstan[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Kazakhstan dilancarkan pada 8 Mac 2012 sebagai blok di Disney Channel Kazakhstan menggantikan Playhouse Disney Rusia (Bahasa Rusia: “Узнавайка Disney”) yang dilancarkan pada 12 Ogos 2010.

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Filipina[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Filipina

Disney Junior Filipina dilancarkan pada 11 Julai 2011 menggantikan Playhouse Disney Asia yang dilancarkan pada 1 Januari 1994.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Malaysia

Disney Junior Malaysia dilancarkan pada 11 Julai 2011 menggantikan Playhouse Disney Asia yang dilancarkan pada 1 Januari 1994.

Vietnam[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Vietnam

Disney Junior Vietnam dilancarkan pada 11 Julai 2011 menggantikan Playhouse Disney Asia yang dilancarkan pada 1 Januari 1994.

Asia Timur[sunting | sunting sumber]

China[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior China

Disney Junior China (Bahasa Cina: 迪斯尼兒童 / Dísīní Értóng) akan dilancarkan pada 6 Februari 2013.

Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Hong Kong dilancarkan pada 11 Julai 2011 menggantikan Playhouse Disney Asia yang dilancarkan pada 1 Januari 1994.

Jepun[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Jepun

Disney Junior Jepun (Bahasa Jepun: ディズニージュニア / Dizunī Junia) dilancarkan pada 3 Julai 2011 sebagai blok di Disney Channel Jepun menggantikan Playhouse Disney Jepun. Disney Junior Jepun disiarkan pada 7:30am hingga 2:30am pada Isnin hingga Jumaat dan 7:30pm hingga 10:00 pada hujung minggu.

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Korea

Disney Junior Korea dilancarkan pada 11 Julai 2011 sebagai blok di Disney Channel Korea menggantikan Playhouse Disney Asia yang dilancarkan pada 1 Januari 1994.

Taiwan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Taiwan

Disney Junior Taiwan dilancarkan pada 1 September 2011 sebagai blok di Disney Channel Taiwan menggantikan Playhouse Disney Taiwan. Disney Junior Taiwan disiarkan pada 8:00am hingga 2:00pm pada Isnin hingga Jumaat dan 7:00am hingga 9:00am pada hujung minggu. Blok Playhouse Disney di Disney Channel ditutup pada Jun 2011, diikuti oleh istimewa musim panas.

Australia & New Zealand[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Australia dilancarkan pada 29 Mei 2011 menggantikan Playhouse Disney Australia.

Eropah[sunting | sunting sumber]

Eropah Barat & Utara[sunting | sunting sumber]

Belanda & Belgium[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Belanda dan Belgium dilancarkan pada 1 September 2011 sebagai blok di Disney Channel Belanda dan Belgium dan pada 10 September 2011 sebagai saluran TV menggantikan Playhouse Disney Belanda dan Belgium.

Itali[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Itali

Disney Junior Itali dilancarkan pada 14 Mei 2011 menggantikan Playhouse Disney Itali yang dilancarkan pada 1 Mei 2006. Saluran ini menyiarkan rancangan sama seperti di AS.

Jerman & Austria[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Jerman

Disney Junior Jerman dilancarkan pada 14 Julai 2011 menggantikan Playhouse Disney Jerman yang dilancarkan pada 2004.

Perancis[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Perancis

Disney Junior Perancis dilancarkan pada 28 Mei 2011 menggantikan Playhouse Disney Perancis yang dilancarkan pada 2 November 2002.

Poland[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Poland

Disney Junior Poland dilancarkan pada 1 Jun 2011 menggantikan kedua-dua Playhouse Disney Poland yang dilancarkan pada 3 Disember 2006 sebagai blok di Disney Channel Poland dan pada 1 September 2010 sebagai suatu saluran TV.

Portugal[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Portugal

Disney Junior Portugal dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Portugal menggantikan Playhouse Disney Portugal yang dilancarkan pada 8 September 2007.

Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Sepanyol

Disney Junior Sepanyol dilancarkan pada 1 Jun 2011 menggantikan Playhouse Disney Sepanyol yang dilancarkan pada 25 Disember 2002. Disney Junior Sepanyol menyiarkan rancangan seperti Guess with Jess, Caillou, dan Nelly and Caesar.

Skandinavia & Negeri Baltik[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Romania dilancarkan pada 10 September 2011 menggantikan Playhouse Disney Skandinavia.

United Kingdom & Ireland[sunting | sunting sumber]

Disney Junior United Kingdom dan Ireland dilancarkan pada 7 Mei 2011 menggantikan Playhouse Disney United Kingdom dan Ireland yang dilancarkan pada 29 September 2000.

Eropah Tengah dan Timur[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Eropah Tengah dan Timur dilancarkan pada 1 Jun 2011 menggantikan Playhouse Disney Eropah Tengah dan Timur yang dilancarkan pada 19 September 2009 bersama Disney Channel Eropah Tengah dan Timur.

Bulgaria[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Bulgaria

Disney Junior Bulgaria dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Bulgaria menggantikan Playhouse Disney Bulgaria yang dilancarkan pada 19 September 2009 bersama Disney Channel Bulgaria.

Croatia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Croatia

Disney Junior Croatia dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Croatia menggantikan Playhouse Disney Croatia yang dilancarkan pada 19 September 2009 bersama Disney Channel Croatia.

Czech, Republik & Slovakia[sunting | sunting sumber]

Disney Junior Republik Czech dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Republik Czech menggantikan Playhouse Disney Republik Czech yang dilancarkan pada 19 September 2009 bersama Disney Channel Republik Czech.

Greece[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Greece

Disney Junior Greece dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Greece menggantikan Playhouse Disney Greece yang dilancarkan pada 9 November 2009.

Hungary[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Hungary

Disney Junior Hungary dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Hungary menggantikan Playhouse Disney Hungary yang dilancarkan pada 19 September 2009 bersama Disney Channel Hungary.

Romania[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Romania

Disney Junior Romania dilancarkan pada 1 Jun 2011 sebagai blok di Disney Channel Romania menggantikan Playhouse Disney Romania yang dilancarkan pada 19 September 2009 bersama Disney Channel Romania.

Rusia[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Rusia

Disney Junior Rusia akan dilancarkan pada 2012 sebagai blok di Disney Channel Rusia menggantikan Playhouse Disney Rusia (Bahasa Rusia: “Узнавайка Disney”) yang dilancarkan pada 12 Ogos 2010.

Turki[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Disney Junior Turki

Disney Junior Turki dilancarkan pada 1 Jun 2011 menggantikan Playhouse Disney Turki yang dilancarkan pada April 2007 sebagai blok di Disney Channel Turki dan pada 1 September 2010 sebagai suatu saluran TV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]