Chinta (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chinta
Ditulis olehAzlina Pa'Wan
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Khatimah Cinta" oleh 6ixth Sense
Lagu penutup"Khatimah Cinta" oleh 6ixth Sense
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
PenyuntingNanni Johari
Lokasi
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal27 September 2010 – 14 November 2010
Kronologi
MengikutiEpilog Syurga Cinta
Diikuti olehSeribu Kali Cinta

Chinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Feroz Kader, yang dibintangi oleh Fasha Sandha sebagai watak tajuk bersama Adi Putra (memegang dua watak yang berbeza) dan turut dibarisi oleh Farahdhiya, Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Zarynn Min, Natasha Hudson dan Zain Saidin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 27 September 2010 hingga 14 November 2010 menggantikan Epilog Syurga Cinta dan digantikan oleh Seribu Kali Cinta.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Chinta (Fasha Sandha)...satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.

Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar (Adi Putra) yang merupakan salah seorang bodyguard kepada Tuan Osman Kabilah, jutawan yang banyak membantu Chinta walaupun Chinta selalu merasakan dirinya sering terkongkong oleh Tuan Osman. Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka.

Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali menjadi puteri dari kayangan yang menghiasi mimpi indah para jutawan tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya mengharungi kesakitan yang sama setelah kehilangan Amar.

Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya dia apabila pertama kali bertemu dengan peguam belanya, Rasul Iman (juga Adi Putra) yang wajahnya seiras Amar biarpun Rasul Iman berambut pendek dan tidak bermisai seperti arwah tunangnya itu. Berbeza dengan Amar, Rasul Iman dilihat lebih alim dan mementingkan agama dalam kehidupan. Chinta nekad, dia harus memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal, sekaligus meninggalkan kehidupannya yang selama ini jauh daripada agama. Tapi bagaimana? Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Fasha Sandha sebagai Chinta, seorang gadis kampung yang pada asalnya baik, namun terjebak dalam kancah pelacuran setelah banyak melalui peristiwa hitam dalam hidupnya. Namun setelah kehadiran Amar (yang meninggal dunia kemudiannya) dan Rasul Iman, Chinta mengambil keputusan untuk kembali ke pangkal jalan.Namun sayang sekali, dia meninggal dunia dalam dakapan Rasul Iman dihari pernikahannya.
  • Adi Putra dengan dua watak sebagai
    • Amar, bodyguard kepada Osman Kabilah yang begitu menyayangi dan menghormati Chinta. Meninggal dunia dalam perjalanan ke majlis pernikahannya dengan Chinta akibat kemalangan yang dirancang oleh Fakri.
    • Rasul Iman, peguam syariah yang memiliki wajah seiras Amar. Hadir dalam hidup Chinta selepas lima tahun Amar meninggal dunia. Turut menyelamatkan Chinta daripada disimbah asid oleh Datin Maimon. Beliau menjadi satu satu nya lelaki yang mengahwini Chinta.
  • Farahdhiya sebagai Sadatul Saadiah, wanita solehah yang bernikah dengan Rasul Iman, calon pilihan ibu bapanya dan kemudiannya bersahabat baik dengan Chinta. Setelah menyedari bahawa Chinta dan Rasul Iman saling mencintai antara satu sama lain, Sadatul mengambil keputusan untuk melamar Chinta untuk suaminya.
  • Azhar Sulaiman sebagai Kamal, abang kepada Chinta dan kekasih Mustika. Bersekongkol dengan Mustika sehingga menyebabkan adiknya dirogol oleh Haji Karim.
  • Ezany Nizariff sebagai Fakri, bekas tunang Chinta yang merancang kemalangan sehingga Amar meninggal dunia biarpun kemalangan itu turut meragut nyawanya sendiri. Turut memperkosa Chinta sehingga hamil anak luar nikah.
  • Zarynn Min sebagai Mustika, kawan kepada Chinta dan kekasih Kamal. Turut menyukai Fakri sehingga menyebabkan Chinta dirogol oleh Haji Karim dengan bantuan Kamal.
  • Natasha Hudson sebagai Mayang, pengurus syarikat agensi model dan kakak kepada Eddie. Tidak menyukai Chinta kerana merasakan Chinta itu hanya gadis kampung yang tidak sesuai untuk menjadi seorang model.
  • Zain Saidin sebagai Eddie, tunang kepada Chinta dan adik kepada Mayang. Memutuskan pertunangan dengan Chinta setelah mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan pelacur kelas elit dan kemudiannya terbunuh setelah dilanggar oleh Malik yang turut menaruh hati terhadap Chinta.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Idris Md Diah sebagai Lebai Musa, bapa Chinta dan Kamal. Terlalu keras dalam pegangan agama dan sering menyakiti Chinta.
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Som, ibu Chinta dan Kamal. Seorang yang sangat menyayangi anak-anaknya. Menghalau Chinta setelah mendapat tahu kegiatan gelap anaknya melalui Fakri pada hari suaminya meninggal dunia.
  • Rahhim Omar sebagai Ghani, bodyguard kepada Osman Kabilah dan orang yang bertanggungjawab menjadikan Amar sebagai teman kerjanya setelah dikhianati oleh Latif.
  • Emma Akma sebagai Suraya, isteri kepada Ghani.
  • Aida Khalida sebagai Fauziah, ibu kepada Rasul Iman.
  • Rahim Jailani sebagai Talib, bapa kepada Rasul Iman.
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Dato' Zainal
  • Rosnah Johari sebagai Datin Maimon
  • Irfan Roslan sebagai Farhan
  • Abu Bakar Juah sebagai Haji Karim
  • Syean sebagai Latif
  • Amir Pearl sebagai Rudy
  • Manan Sulaiman sebagai Malik

Undangan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (25 September 2010). "Fasha Sandha dalam drama Chinta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ Chinta (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 5 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Chinta Berikutnya
Epilog Syurga Cinta (2 Ogos 2010 – 23 September 2010) Seribu Kali Cinta