Fosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Fosa
Cryptoprocta Ferox.JPG
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Cryptoprocta
Spesies:
C. ferox
Nama binomial
Cryptoprocta ferox
Bennett, 1833
Peta taburan fosa ditandakan merah sepanjang pesisiran luar pulau Madagaskar.
Taburan C. ferox (bertanda merah)[1]
Sinonim

Fosa (nama saintifik: Cryptoprocta ferox) ialah mamalia karnivor yang endemik dalam pulau Madagaskar. Spesies digolongkan dalam keluarga karnivora Eupleridae yang berkait rapat dengan cerpelai. Spesies ini tersebar luas di hutan serata pulau tersebut walaupun kepadatan populasi biasanya rendah.

Fossa disenaraikan sebagai spesies terjejas dalam Senarai Merah IUCN terutamanya akibat kemusnahan habitat.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama haiwan ini menyerap dari bahasa Malagasi[2] didatangkan dari kata pusa dalam bahasa-bahasa Borneo bermaksud "pulasan tanah"; penungkapan ini juga beralih makna dalam bahasa-bahasa Iban dan Melayu Sarawak (Jawi: ڤوسا‎, juga dieja pusak ڤوسق‎‎‎) bermaksud "kucing".[3]

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Bentuk badan fosa ada sedikit menyerupai kucing liar[4] tetapi kadar bentuk badannya lebih lampai dengan kaki yang besar berotot[5] dan ekor sama panjang dengan badan.[4] Kepala fosa lebih panjang menyerupai cerpelai daripada kepala seekor kucing dengan muncung lebar kontot[4][5] serta bertelinga bulat yang besar.[4][6]

Pasang biji matanya sederhana besar berwarna keperangan dengan anak mata tirus, biji-bji mata ini mampu memantulkan cahaya kelihatan berwarna jingga.[5]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Lebih 50% daripada dietnya terdiri daripada warik; tanderak (9%), tikus, cicak (9%), burung (2%) dan haiwan lain juga didokumenkan sebagai mangsa buruan fosa.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Fosa bersarang di tempat terlindung terutamanya dalam bawah tanah seperti lubang atau bekas busut, gua mahupun bukaan pokok mereput.[4] Betina pasangan dapat melahirkan sebanyak 1 hingga 6 ekor anak,[7] tetapi 2-4 ekor merupakan bilangan paling lazim.[6]

Anak-anak fosa baru lahir buta dan tidak bergigi ditimbang tidak melebihi 100 gram[6][4] serta berbulu halus perang abu-abu atau pucat.[8][4] Mata anak fosa terbuka selepas dua minggu[6][8] sambil bulu menggelap warna kekelabuan.[4]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Orang Malagasi menganggap fosa sebagai suatu haiwan yang tamak dan rakus tidak sahaja licik mencuri ternakan malah menculik anak kecil yang berlegar keseorangan pada waktu malam, oleh itu mereka mempunyai pantang larang tersendiri mengelakkan terkena bala (fady) akibat haiwan ini[9] termasuk mengharamkan pemakanan dagingnya yang ditakuti akan mewarisi sifat buruk fosa.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hawkins, A. F. A. & Dollar, L. (2008). "Cryptoprocta ferox". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2008. Dicapai pada 11 Mei 2006.
  2. ^ de La Beaujardière, Jean-Marie, penyunting (2001). "fosa". Malagasy Dictionary and Encyclopedia of Madagascar.
  3. ^ Blench, Roger; Walsh, Martin (2011), "Faunal names in Malagasy: their etymologies and implications for the prehistory of the East African coast" (PDF), 11th International Conference on Austronesian Linguistics, Aussois, Perancis, m/s. 1–31
  4. ^ a b c d e f g h Goodman 2009, Family Eupleridae (Madagascar Carnivores).
  5. ^ a b c Hawkins 2003, m/s. 1360–1363.
  6. ^ a b c d Köhncke, M.; Leonhardt, K. (1986). "Cryptoprocta ferox" (PDF). Mammalian Species (254): 1–5. doi:10.2307/3503919. JSTOR 3503919. Dicapai pada 19 May 2010.
  7. ^ Mueller, Jenni; Sironen, Alan; Lukas, Kristen E. (October 2007). "Infant development and behaviour in the Fossa Cryptoprocta ferox" (PDF). Small Carnivore Conservation. 37: 11–17. Dicapai pada 18 April 2019.
  8. ^ a b Winkler, A. (2003). "Neueste Erkenntnisse zur Biologie, Haltung und Zucht der Fossa (Cryptoprocta ferox)". Der Zoologische Garten. N.F. 73 (5): 296–311.
  9. ^ Jones, Julia P.G.; Andriamarovolona, Mijasoa A.; Hockley, Neal J. (2007). "Taboos, social norms and conservation in the eastern rainforests of Madagascar". 9th International BIOECON Conference on "Economics and Institutions for Biodiversity Conservation". http://www.bioecon-network.org/pages/9th_2007/Jones.pdf. Diperolehi 18 April 2019.
  10. ^ Ruud 1970, m/s. 101.
Sumber utama