Jelu gunung Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jelu gunung Jawa
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Caniformia
Keluarga: Mustelidae
Genus: Mustela
Spesies:
M. lutreolina
Nama binomial
Mustela lutreolina
Indonesian mountain weasel range

Jelu gunung Jawa (Mustela lutreolina) ialah spesies jelu yang hidup di pulau Jawa dan Sumatera di Indonesia pada ketinggian lebih 1,000 meter (3,300 ka). Ia tinggal di kawasan pergunungan, tropika, dan hutan hujan. Jelu gunung Jawa mempunyai kepanjangan badan 280–300 mm (11–12 in) dan kepanjangan ekor 130–150 mm (5–6 in). Ia berwarna perang kemerahan.

Jelu gunung Jawa terancam akibat pemburuan, perdagangan bulu, dan kemusnahan habitat. Tiada subspesies jelu gunung Jawa yang diiktiraf.

Tabiat makanan[sunting | sunting sumber]

Jelu gunung Jawa bersifat karnivor, dan terutamanya disesuaikan untuk memakan tikus. Ia mampu membunuh mangsa yang jauh lebih besar daripada dirinya sendiri kerana kepantasan dan ketangkasannya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Duckworth, J.W.; Holden, J.; Eaton, J.; Meijaard, E.; Long, B.; Abramov, A.V. (2016). "Mustela lutreolina". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T14019A45200228. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T14019A45200228.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Nowak, Ronald (1999). Walker's Mammals of the World. Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0801857898.

Templat:Weasels