Pergi ke kandungan

Pusa, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pusa)
Pusa
ڤوسا
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Keluasan
 • Jumlah362.47 km2 (139.95 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah14,921
 • Kepadatan41/km2 (110/batu persegi)

Pusa merupakan sebuah pekan kecil, di Bahagian Betong, Sarawak, timur Malaysia. (Latitud: 1° 35' N Longitud: 111° 15' E). Ia terletak paling dekat dengan dengan Bandar Baru Debak. Untuk Ke Pusa, perlu melalui Jalan dari Muton, Daerah Debak sebelum sampai di pekan pusa yang berada di sebelah barat. Muton merupakan sempadan antara Daerah Debak dengan Pusa.

Daerah Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Dalam persempadanan semula sebagai sebuah Daerah Penuh, pentadbiran Daerah Kecil Maludam diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Pusa bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif disamping merancakkkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan setempat.

DAERAH PUSA :-

1) Pekan Pusa

2) Kampung Pusa

3) Kampung Kalok

4) Kampung Tambak

5) Kampung Beladin

6) Kampung Dayang Esah

7) Kampung Dato' Godam


DAERAH KECIL MALUDAM :-

1) Kampung Spinang

2) Kampung Semarang

3) Kampung Maludam

4) Kampung Sungai Suak

5) Kampung Tanjung Baru

6) Kampung Sungai Daun

7) Kampung Sungai Pedada

8) Kampung Sungai Mulon

9) Kampung Sungai Meranti

10) Kampung Triso

Tempat Bersejarah

[sunting | sunting sumber]

Makam Dayang Isah Tandang Sari berada di kawasan Skim Penempatan Semula Kalok (kampung Lot),Pusa kira-kira 150 kilometer dari Sibu dan 90 kilometer dari Betong. Dato' Godam (Putera dari Minang).

Dato' Godam datang ke Borneo untuk berdagang setelah dipertikaikan pertabalan menjadi pengganti ayahnya kerana ibunya bukan keturunan diraja Minangkabau.

Sampainya di muara Saribas, Borneo (lebih tepat di Tandang Sari) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara Brunei.

Dari keturunan Dato Godam inilah lahirnya keturunan Abang atau perabangan di Saribas Sarawak, melalui anak pertamanya Menteri Uban manakala keturunan Awang Awang Damit di Brunei melalui anak keduanya Menteri Puteh.

Demografi dan Ekonomi

[sunting | sunting sumber]
Pusa terkenal dengan ikan terubuk, selain itu terdapat pembuatan Gula Apong berkualiti tinggi yang masih aktif di Kampung Tambak. Sebelum tahun 2017, pengangkutan air masih menjadi nadi utama menghubungkan antara kampung di seberang Pusa dengan Pekan Pusa.  



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.