Gunung Karangetang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Karangetang
Puncak Gunung Karangetang dari barat Pulau Siau
Titik tertinggi
Ketinggian1,827 m (Puncak Selatan)
1,784 m (Puncak Utara
Geografi
LokasiSiau, Indonesia
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir2010

Gunung Karangetang (juga dikenali sebagai Api Siau) adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Pulau Siau di utara wilayah Sulawesi, Indonesia. Tingginya 1,784 meter.

Gunung berapi ini telah meletup lebih 40 kali sejak 1675. Kepulauan Indonesia termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik di mana pertemuan plat bumi menyebabkan gempa bumi dan gunung berapi.

Sejarah letusan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2010, gunung ini meletus dan memuntahkan lava serta abu panas lewat malam. Pakar gunung berapi dari Pusat Bencana Geologi, Priyadi Kardono menyatakan hujan lebat menyebabkan letusan berlaku.[1] Empat orang hilang, 5 orang cedera dan seorang cedera parah.[2] 65 orang daripada 16 keluarga telah dipindahkan dari kampung mereka. Sebuah rumah terbakar dan beberapa rumah lain rosak termasuk sebuah jambatan.

Pada Julai 2009, gunung berapi Karangetang pernah mengeluarkan lava panas dan pihak kerajaan mengarahkan penduduk sekitar pindah ke tempat selamat.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gunung Karangetang meletus, empat hilang". Utusan Malaysia. 7 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2016.
  2. ^ Zhu, Helena (6 Ogos 2010). "Indonesia's Mount Karangetang Volcano Erupts, Four Missing". The Epoch Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2010.
  3. ^ "4 dead, 4 Missing in Indonesia's Volcano Eruption". Turkish Weekly (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-17. Dicapai pada 2010-08-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]