Haryati Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yatt Hamzah
Kelahiran Haryati binti Hamzah
(1980-04-13) 13 April 1980 (umur 37)
Muar, Johor, Malaysia
Kediaman Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pengacara, Pelakon, Peragawati
Tahun aktif 2002 –kini
Pasangan

Abdul Mutalib Abdul Shukor (berkahwin 2009-2015)

Muhammad Zulfadhli Khairudin (berkahwin 2016)
Anak 2

Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt (lahir 13 April 1980) ialah seorang pelakon Malaysia yang terlebih dahulu mencipta nama dalam bidang pengacaraan & pemodelan. Wajah pemegang ijazah Kursus Komunikasi & Pengajian Media (Periklanan) dari UITM Shah Alam ini, banyak terpampang di majalah fesyen dan hiburan tempatan setiap bulan, antaranya Pengantin, Wanita, Keluarga, Mingguan Wanita, Perempuan, Remaja dll.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yatt amat meminati bidang lakonan sejak di bangku sekolah lagi dan amat aktif dalam drama, pentomin & teater hinggalah ke peringkat universiti. Antara filem & drama yang pernah dibintanginya ialah Impak Maksima, Kecoh Betul, Rencong, Nasi Lemak Lebaran, Kaber Hero Kaber Zero, Dunia Baru, Jejak, Gerak Khas, Masa Dulu2, Dilema Wanita, Mat Jenin, Bella dan Ular Emas.[2]

Dalam bidang pengacaraan pula, bakat Yatt memang amat menyerlah kerana selain sibuk dengan rancangan Interaktif Sukan di RTM 1 setiap selasa 12 - 1 malam, Sajian Bayu di RTM 2 dan 4C (Cergas, cantik, ceria & citarasa) di RTM 2, Yatt dilamar pula oleh TV9 untuk mengacarakan sebuah rancangan bual bicara santai terbaru iaitu Nasi Lemak Kopi O di samping Aziz Desa.

Selain berlakon, mengacara dan menjadi peragawati fesyen, Yatt juga laris sebagai duta produk dan model iklan. Antara iklan2 yang pernah dibintanginya termasuklah Pond's, Yamaha, Pringles, She cologne, Bintang Fesyen, Rosken, Binary, Ratu Sari dan Sport Elect.

Setelah bertudung, Yatt kerap pula menerima undangan sebagai ahli panel di forum-forum agama.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yatt telah melangsungkan majlis pernikahannya 29 Mac 2009 dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2 Februari 2008 setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.[4] Mereka memiliki seorang anak bernama Suci Hanania Malika.Tetapi perkahwinan mereka menemui titik noktah pada 25 Ogos 2015. Mereka bercerai talak satu dihadapan hakim mahkamah syariah setelah Yatt memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu. [5] Pada 27 Februari 2016, Yatt selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Muhammad Zulfadli (26), didalam satu majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut. [6]

Beliau kini menetap di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]