Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
يڠ دڤرتوا ديوان رعيت | |
---|---|
![]() | |
Dewan Rakyat | |
Gelaran | Tuan Yang di-Pertua (rasmi) Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam dewan) |
Ahli kepada | Committee of Selection, Standing Orders Committee, House Committee, Committee of Privileges |
Lapor kepada | Dewan Rakyat |
Pelantik | Dipilih oleh ahli-ahli Dewan Rakyat |
Tempoh jawatan | Dipilih pada permulaan setiap Parlimen atau jika terdapat kekosongan |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Persekutuan Malaysia |
Pemegang sulung | Mohamad Noah Omar |
Pembentukan | 11 September 1959 |
Timbalan | Mohd Rashid Hasnon Azalina Othman Said |
Gaji | MYR 372,000 setahun[1] |
Laman sesawang | Parliament of Malaysia |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
|
Portal Malaysia |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان رعيت) ialah pengerusi majlis (speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen. Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah juga seorang Ahli Parlimen.
Tugas[sunting | sunting sumber]
Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:
- mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
- megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
- membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
- memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.
Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.
Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.
Senarai Yang di-Pertua dan Timbalan Dewan Rakyat Malaysia[sunting | sunting sumber]
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | ||||||
Bil | Nama | Parti | Mula | Tamat | Tempoh | Timbalan YDP |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar* (Dewan Rakyat sesi ke-1) |
Perikatan | 1 September 1959 | 29 Februari 1964 | 4 tahun 5 bulan 28 hari | |
2 | Dato' Syed Esa Alwee (Dewan Rakyat sesi ke-2) |
Perikatan | 18 Mei 1964 | 24 November 1964 | 6 bulan 6 hari | |
3 | Tan Sri Dato' Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman*** (Dewan Rakyat sesi ke-2 dan ke-3) |
Perikatan | 25 November 1964 | 3 November 1974 | 9 tahun 11 bulan 8 hari | |
4 | Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud (Dewan Rakyat sesi ke-4) |
BN | 4 November 1974 | 20 Disember 1977 | 3 tahun 1 bulan 15 hari | |
5 | Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir Syed Ismail (Dewan Rakyat sesi ke-5) |
BN | 9 Januari 1978 | 16 Mac 1982 | 4 tahun 2 bulan 7 hari | |
6 | Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail ** (Bukan Ahli Parlimen) Dewan Rakyat sesi ke-6 hingga ke-10 |
BN | 14 Jun 1982 | 14 Oktober 2004 | 22 tahun 4 bulan | 1. Datuk Dr. Yusof Yacob (BN) |
7 | Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib (Dewan Rakyat sesi ke-11) |
BN | 22 November 2004 | 27 April 2008 | 3 tahun 7 bulan 5 hari | |
8 | Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia (Bukan Ahli Parlimen) Dewan Rakyat sesi ke-12 dan ke-13 |
UMNO-BN | 28 April 2008 | 9 Mei 2018 | 10 tahun 1 bulan
6 hari |
1. Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (BN) Dewan Rakyat sesi ke-12 2. Datuk Ronald Kiandee (BN) Dewan Rakyat sesi ke-12 dan ke-13 dan 3. Datuk Ismail Mohamed Said (BN) Dewan Rakyat sesi ke-13 |
9 | Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Md Yusof (Bukan Ahli Parlimen) Dewan Rakyat sesi ke-14[2] |
AMANAH-PH | 16 Julai 2018 | 13 Julai 2020 | 1 tahun, 11 bulan dan 27 hari | 1. Dato' Mohd Rashid Hasnon (PKR-PH) 2. Tuan David Nga Kor Ming (DAP-PH) |
10. | Datuk Azhar Azizan @ Harun (Bukan Ahli Parlimen) Dewan Rakyat sesi ke-14 |
Bebas | 13 Julai 2020 | kini | 9 bulan dan 10 hari | 1. Dato' Mohd Rashid Hasnon (PPBM) 2. YB Dato' Sri Azalina Othman Said (BN-UMNO) |
* menjawat jawatan sebelum Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan
Baca lagi[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Gaji dan elaun Ahli Parlimen naik sehingga 40 peratus | MetroPost Malaysia". 2015-04-10. Diarkib daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 2018-07-18.
- ^ Biodata Speaker Dewan Rakyat ke-9