Piala Cabaran Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piala Cabaran Malaysia
Negara Malaysia
Ditubuhkan2018; 5 tahun yang lalu (2018)
Jumlah pasukan8
Juara semasaJohor Johor Darul Ta'zim II (2019)
Kelab paling berjayaJohor Johor Darul Ta'zim II
Terengganu Terengganu II
(1 Trofi)
Rakan TV
Tapak sesawangLaman Rasmi
Soccerball current event.svg Musim 2021

Piala Cabaran Malaysia ( Inggeris: Malaysia Challenge Cup) adalah pertandingan yang diadakan di bawah naungan Perkongsian Liabiliti Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kejohanan ini dicipta untuk disertai pasukan dari Liga Super Malaysia dan pasukan Liga Premier Malaysia yang tidak layak ke kejohanan Piala Malaysia melalui kedudukan mereka pada akhir musim liga. Idea ini dicetuskan oleh FAM pada Disember 2017 sebagai penyelesaian ketidakaktifan pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia yang lebih berprestij.

Kejohanan sulung diadakan pada tahun 2018, dengan 8 pasukan dibahagikan kepada 2 kumpulan daripada 4 pasukan dan bermain secara 2 pusingan. Juara dan naib-juara setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati, dengan setiap pusingan diadakan di gelanggang sendiri dan lawan dan termasuk di perlawanan akhir. Kejohanan ini diadakan serentak dengan Piala Malaysia. Cuma perlawanan Piala Cabaran dimainkan pada pertengahan minggu (Selasa, Rabu) bertentangan dengan perlawanan Piala Malaysia yang dimainkan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Pemenang kejohanan ini pada masa depan boleh menerima slot ke Piala Malaysia, berdasarkan kejayaan Piala Cabaran dan penstrukturan semula kelayakan Piala Malaysia.

Untuk musim 2020, pertandingan ini dibatalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat Pandemik COVID-19.


Pemilihan pasukan[sunting | sunting sumber]

Dari edisi 2018, pasukan yang menamatkan kempen di tempat terakhir dari Liga Super Malaysia, dan pasukan yang menduduki tempat ke-6 dalam Liga Premier Malaysia layak ke kejohanan ini. Tetapi disebabkan oleh pasukan Kuantan FA telah diusir di tengah musim liga (dan seterusnya dibubarkan), FAM menjemput pasukan pasukan ATM FA. Wakil daripada Piala FAM Malaysia 2018 yang tidak layak untuk beraksi dipusingan kalah mati kejohanan itu.

Senarai Juara[sunting | sunting sumber]

Tahun Perlawanan Akhir Kalah Separuh Akhir Jumlah Pasukan
Juara Keputusan Naib Juara
2023
2019 Johor Johor Darul Ta'zim II 1−1 (s.m.t.) 6–5 (pen.) Selangor UKM Terengganu Terengganu II dan Sarawak Sarawak 8
2018 Terengganu Terengganu II 4−2 (agregat) Selangor UKM Johor Johor Darul Ta'zim II dan ATM 8

Pasukan Terbaik[sunting | sunting sumber]

Pasukan Juara Naib Juara
Johor Johor Darul Ta'zim II 1 (2019)
Terengganu Terengganu II 1 (2018)
Selangor UKM 2 (2018, 2019)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kasut Emas[sunting | sunting sumber]

Musim Pemain Pasukan Gol
2023 - - -
2019
Jepun Bruno Suzuki Terengganu Terengganu II
6
Croatia Mateo Roskam
Iran Milad Zanidpour
Selangor UKM
2018 Nigeria Michael Ijezie Selangor UKM 13

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]