Isteri Untuk Diiktiraf
Isteri Untuk Diiktiraf | |
---|---|
Genre | Cinta Konflik |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Azman Yahya |
Dibintangi oleh | Redza Rosli Elvina Mohamad Janna Nick |
Lagu pembukaan | "Kuasa Cinta" oleh Ezad Lazim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Uzair Haqimy Luth Mikhail |
Penerbit | Pn Hajjah Sheila Rusly |
Lokasi | Iskandar Malaysia dan Lembah Kelang |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | JS Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 |
Format gambar | Dolby Digital |
Format audio | |
Siaran asal | 16 Mei 2018 – 14 Jun 2018 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Isteri Untuk Diiktiraf ialah siri televisyen drama Malaysia 2018 arahan Azman Yahya (Jinggo) yang diadaptasi daripada novel 2015 dengan judul sama karya Nurfaza Alisya, lakonan Redza Rosli dan Elvina Mohamad. Siri ini membuat tayangan perdananya menerusi Slot Widuri di TV1, sebanyak 30 episod bermula 16 Mei 2018, iaitu sepanjang bulan Ramadhan.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya ialah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Resort Tunamaya, Desaru, Johor. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.
Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.
Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.
Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?[1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
- Elvina Mohamad sebagai Safiyya
- Janna Nick sebagai Ana Julia
- Dayana Roza sebagai Tengku Bella Donna
- Shahz Jaszle sebagai Tengku Wafie
- Sweet Qismina sebagai Tengku Widya
- Sheila Rusly sebagai Puan Sri Raja Mona
- Arash Mohamad sebagai Tan Sri Tengku Hairie
- Sharifah Shahora sebagai Tengku Salmah
- Aishah Atan sebagai Datin Kasmah
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Roslan Saleh sebagai Tok Aki
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Azar Azmi sebagai Haryanti
- Ariff Aziz sebagai Rafiq
- Kamal Amai sebagai Rusdi
- Aren Yunus sebagai Ebrahim
- Josiah Lim sebagai Jason
- Mak Zan sebagai Bibik Watie
- Fiq sebagai Azli
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Tengku Zara Eryna sebagai Tengku Tania
Episod
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh penyiaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 16 Mei 2018 | Safiyya ingin mengikut Yanti ke Johor Bahru untuk mencari kerja. Malangnya, pada masa yang sama Safiyya risaukan keadaan Tok Aki yang semakin berusia jika ditinggalkannya. |
2 | 17 Mei 2018 | Tan Sri Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Tok Aki atas urusan jual beli tanah. |
3 | 18 Mei 2018 | Raja Mona berjanji yang Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Tengku Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Tengku Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. |
4 | 19 Mei 2018 | Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri, sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. |
5 | 20 Mei 2018 | Semasa berbulan madu, Tengku Wildan banyak membuli Safiyya. Walau bagaimanapun, waktu berbulan madu mereka terpaksa dipendekkan apabila diberitahu bapa Tengku Wildan jatuh pengsan di bilik air. |
6 | 21 Mei 2018 | Ana Julia datang ke Tuna Maya untuk berjumpa Wildan dan Safiyya pula terpaksa melihat aksi manja Ana Julia bersama Wildan. |
7 | 22 Mei 2018 | Semakin kerap Wildan keluar dengan Ana Julia! Lebih-lebih lagi dengan ketiadaan Tan Sri Hairi dan Puan Sri Raja Mona yang sedang bercuti. |
8 | 23 Mei 2018 | Safiyya menjadi harapan bapa mertuanya. Segala urusan pejabat, dibuat oleh Safiyya manakala Tengku Wildan berfoya-foya dengan Ana Julia. Kemunculan Rafiq, senior Safiyya menyebabkan Wildan cemburu. |
9 | 24 Mei 2018 | Dalam perjalanan ke resort, Tengku Wildan meminta Safiyya keluar dari kereta dan ditinggalkannya di tepi jalan raya. |
10 | 25 Mei 2018 | Safiyya masih belum pulang, walaupun dah lewat malam. Yang pasti, kembalinya Tengku Wafie tidak menyenangkan kedudukan Wildan di Syarikat Tuna Maya. |
11 | 26 Mei 2018 | Safiyya hilang! Semua disebabkan oleh Wildan. Puan Sri Raja Mona mula memasang strategi apabila ketiadaan Safiyya. |
12 | 27 Mei 2018 | Safiyya terkejut melihat Ana Julia bersama Datin Kasmah di rumah Tok Aki dan tertanya apakah hubungan mereka, manakala Wildan pula tiba-tiba nak balik kampung memujuk Safiyya. |
13 | 28 Mei 2018 | 3 bulan sahaja lagi Ana Julia dan keluarganya akan muflis. Manakala Wildan mengikut Safiyya ke masjid. Tan Sri Hairi pula mempunyai sesuatu pengumuman untuk Wildan, Wafie dan Safiyya. |
14 | 29 Mei 2018 | Akibat tidak tahan dengan penghinaan Bella, Safiyya meletakkan garam dan cili ke dalam minuman yang disediakan untuknya. Malangnya, Safiyya nyaris dipukul ibu mertuanya. |
15 | 30 Mei 2018 | Tindakan Wildan benar-benar mencabar Safiyya! Datin Salmah pula memberi kata dua kepada Bella. Demi Safiyya, Yanti berbuat sesuatu. Yang pasti, Ana Julia mengesyaki perubahan Wildan. |
16 | 31 Mei 2018 | Penampilan baru Safiyya menarik perhatian semua orang di pejabat termasuk Tengku Wafie. Tengku Wildan cemburu melihat Tengku Wafie yang semakin rapat dengan Safiyya. |
17 | 1 Jun 2018 | Perbuatan Tengku Widya yang asyik keluar malam mengundang persoalan pada abangnya, Tengku Wafie. Widan yang berang kerana tidak dibawa berbincang mengenai kertas kerjanya menyebabkan Safiyya semakin tertekan. |
18 | 2 Jun 2018 | Cemburu Tengku Wildan terhadap layanan yang diberikan Safiyya terhadap anak dan Tengku Wafie menyebabkan pertengkaran antara adik dan abang. |
19 | 3 Jun 2018 | Datin Kasmah cuba menggunakan Azli untuk mendapatkan geran tanah Tok Aki. Tidak dengan itu, Ana Julia dan Datin Kasmah datang pula ke Tuna Maya untuk bertemu Safiyya. Manakala Widya masih keluar malam lagi. |
20 | 4 Jun 2018 | Tengku Wildan membawa Ana Julia ke pejabat. Ana Julia menggoda Tengku Wildan dengan manja dan meminta Tengku Wildan mengahwininya. |
21 | 5 Jun 2018 | Tengku Wafie menasihati Bella menyebabkan dia rasa meluat. Ana Julia mendesak Safiyya bertanyakan atuk mengenai tanah di kampung. Widya semakin kerap keluar rumah dan merancang untuk melarikan diri. |
22 | 6 Jun 2018 | Widya sedih dan kecewa apabila terdengar suara perempuan di dalam bilik Ebrahim! Wildan pula ternampak Wafie dan Safiyya pulang bersama. |
23 | 7 Jun 2018 | Tengku Wafie menemui Bella dan berbincang soal perkahwinannya. Di rumah, dia memberi tahu ibunya yang dia tidak akan berkahwin dengan Bella dan menyebabkan ibunya sangat marah. |
24 | 8 Jun 2018 | Puan Sri Mona menghasut Wildan agar menceraikan Safiyya. Tan Sri Hairi mengetahui kisah sebenar Wildan dan Safiyya dan memintanya bertanggungjawab. Manakala Datin Kasmah pula semakin terdesak meminta duit daripada Safiyya. |
25 | 9 Jun 2018 | Puan Sri Mona marah dengan sikap Widan yang berfoya-foya dengan Ana Julia. Widya memutuskan hubungan dengan Ebrahim dan meminta maaf dengan ayahnya. |
26 | 10 Jun 2018 | Safiyya merajuk dan tinggal dengan kawannya, Yanti. Ketiadaan Safiyya menyebabkan Wildan canggung dan mula mengubah sikap panas barannya. Walaupun pelik, Safiyya tetap gembira dengan perubahan Wildan. |
27 | 11 Jun 2018 | Perubahan sikap Tengku Wildan menggembirakan semua ahli keluarga kecuali ibunya. Bella masih berharap Tengku Wildan mengambilnya menjadi isteri tapi tidak dilayan. |
28 | 12 Jun 2018 | Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi tular. |
29 | 13 Jun 2018 | Bella bersama Puan Sri Mona terserempak dengan Ana Julia di Tunamaya. Tetapi, Ana Julia tidak tahu bahawa Puan Sri Mona ialah ibu Wildan. Marah betul Safiyya dengan Wildan. |
30 | 14 Jun 2018 | Bella nekad keluar dari rumah untuk bersama dengan Jason. Wildan terus merayu untuk cuba melembutkan dan menyembuhkan luka di hati Safiyya. |
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penulis | Artis | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Kuasa Cinta" | Iman Imran | Ezad Lazim | -- | ||||||
2. | "Kompang Dipalu" | -- | Izam Eye & Waheeda | -- | ||||||
3. | "New Rules" | -- | Dua Lipa | -- | ||||||
Jumlah masa: -:-- |
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Drama Isteri Untuk Diiktiraf mendapat sambutan dan perhatian ramai walaupun bersaing dengan Nur yang disiarkan di stesen TV3 ketika itu. Walau bagaimanapun, Pengarah Urusan JS Pictures, Sheila Rusly bersyukur atas sambutan baik yang diterima dan beliau juga tidak menafikan yang dramanya juga tidak lari dari cemuhan masyarakat, kerana dianggap terlalu 'klise' oleh sesetengah penonton.[2]
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018[3] | Drama Rantaian Terbaik | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sinopsis Drama Isteri Untuk Diiktiraf". My Info Taip. 15 Mei 2018. Dicapai pada 16 Mei 2018.
- ^ Rudy Imran Shamsudin (4 Jun 2018). "Berjaya 'ikat' penonton". MyMetro. Dicapai pada 24 Jun 2018.
- ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Isteri Untuk Diiktiraf
- Dapatkan novel Isteri Untuk Diiktiraf Dalam Talian