Ezad Lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ezad Lazim
KelahiranMohd Rohaizad bin Mohd Lazim
(1979-11-30) 30 November 1979 (umur 39)
Alor Setar, Kedah Kedah, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainEzad Exists
PekerjaanPelakon, Pelawak, Penyanyi
Tahun aktif1995-kini
PasanganNor Azeana Haji Ramli (k. 2013)
AnakPuteri Rania Kiesha
Putra Muhammad Darwish
Ibu bapaMohd Lazim Ismail (bapa)
Rosadah Jahaya (ibu)
SaudaraRozita Mohd Lazim (kakak)
Along Zaimi (anak saudara)
Laman webhttp://instagram.com/ezadlazim
http://facebook.com/ezadlazim
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada, Pop Rock
InstrumenVokal, Gitar
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
MVM Production (2011-2018)
Broadway Entertainment Malaysia (2019-kini)
Kegiatan berkaitan
Exists

Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim[1] atau lebih dikenali sebagai Ezad Lazim (lahir 30 November 1979) adalah seorang penyanyi, pelakon dan pelawak di Malaysia. Beliau memulakan karier dalam bidang nyanyian sebagai vokalis untuk kumpulan Exists[2] menerusi album Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995 menggantikan vokalis asalnya, Mamat yang mengundurkan diri pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, beliau telah menghasilkan album solo yang pertama yang berjudul Mengharap Bintang. Lagu hit dari album itu ialah Kerana Kamu, Mengharap Bintang dan Percintaan Ini. Album ini telah melonjakkan kembali namanya dalam industri muzik tanah air selepas meninggalkan Exists pada tahun 2007.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ezad telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Nor Azeana Haji Ramli pada 30 Mac 2013, tepat jam 10:40 pagi. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Puteri Rania Kiesha dan Putra Muhammad Darwish.

Ezad juga mempunyai seorang anak saudara yang turut mengikut jejak langkahnya dalam industri muzik bernama Mohd Rozaimi Rosli atau lebih dikenali sebagai Along Zaimi. Bakat Along dicungkil menerusi program realiti anjuran TV3 iaitu Mentor Milenia pada tahun 2017. Along juga telah menamatkan pengajian dalam Diploma Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Solo[sunting | sunting sumber]

Single solo[sunting | sunting sumber]

  • Andang Cintaku Menyala (duet bersama Safura) - 1999
  • Dua Insan (duet bersama Eva - penyanyi Indonesia) - 2000
  • Renyai di Hati - 2002
  • Bertemu Cintaku - 2011
  • Mengharap Bintang - 2011
  • Percintaan Ini - 2012
  • Kerana Kamu - 2013
  • Hati Mati (feat. RJ) - 2015
  • Cinta Terakhir (feat. Waris) - 2015
  • Demi Cinta - 2016
  • Kuasa Cinta - 2017
  • Kesetiaan Cinta - 2018
  • Lima Aksara (duet bersama Zamani) - 2019

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Mami Jarum Ezad
2003 Mistik Hakim
Mami Jarum Junior Ezad
2004 Tangkai Jering
Kuliah Cinta

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Tak Sangka No!
2016 Veteran Rock
Kecoh Mami Jarum Beraya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Dirinya sendiri / peserta Astro Warna Kumpulan BOS
2019 Muzikal Lawak Superstar Dirinya sendiri / peserta Astro Warna Kumpulan HEART

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Ezad Lazim merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2015.

Minggu 1: Mengintai Dari Tirai Kamar (lagu sendiri)

Minggu 2: Butakah Cinta (nyanyian asal Spring)

Minggu 3: Mengerti (nyanyian asal KRU)

Minggu 4: Di Sebalik Rahsia Cinta - duet bersama Adira (lagu asal Metropolitan)

Minggu 5: Gerhana Cinta Luka (nyanyian asal Iklim)

Minggu 6: Cinta Melankolia (nyanyian asal Aan)

Minggu 7 (suku akhir): Nakal (nyanyian asal Gigi)

Minggu 8 (separuh akhir): Tiada Lagi Kidungmu (nyanyian asal Lefthanded)

Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Nur Nilam Sari (nyanyian asal Search & Awie)

Tugasan Kedua (battle vs Haiza) - Apa Khabar (nyanyian asal Joe Flizzow & SonaOne)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]