Sheila Rusly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sheila Rusly
Sheila rusly02.jpg
Kelahiran (1971-09-18) 18 September 1971 (umur 46)
Selayang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Pelawak, pelakon, pengacara, penerbit
Tahun aktif 1986 - kini
Pasangan Azman Hj Yahya @Jinggo (berkahwin 1995)
Anak Uzair Haqimy
Luth Mikhail
Anugerah Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003, 2004 dan 2005

Sheila Rusly (lahir 18 September 1971) merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah, memiliki darah campuran Melayu dan Cina, beliau mula bergiat aktif di persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Biarpun telah lama berlakon, populariti Sheila mula mendadak naik setelah muncul dalam trilogi Enot pada tahun 2002. Lakonan beliau yang bersahaja meletakkan beliau sebagai salah seorang aktres komedi paling berpengaruh. Sheila juga dikatakan sebagai pelawak wanita pertama Malaysia yang berjaya menjadi penghias kulit depan majalah fesyen.

Biarpun kesemua filem lakonan beliau bergenre komedi, Sheila juga aktif di kaca TV menerusi watak drama. Antara lakonan beliau yang disebut-sebut adalah menerusi watak banduan wanita dalam drama Sebuah Ijtihad dan Cinta Si Penggali Kubur (wanita rosak akhlak).

Bersama suami tercinta

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
1986 Hantu Siang

Feugo Production

X

Watak Pembantu

1988 Guru Badul

Feugo Production

Nora

Watak Pembantu

1989 Kembar Siam

SV Production

Rosnah

Watak Utama

1990 Orang Kampung Otak Kimia

SV Production

Leha

Watak Utama

1996 Suami, Isteri & ...

Berjaya Film

Jamilah

Watak Utama

2003 MX3

Skop Production & ME Communications

Dewi

Watak Pembantu

(Menang) Aktor Komedi Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 17
2005 Pontianak Menjerit

Skop Production & ME Communications

Ratana Puri

Watak Pembantu

(Pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 18
2005 Diva Popular

Amazon Entertainment

Puan Rin

Watak Utama

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1989 Pelakon Pembantu Wanita Popular Dicalonkan
2002 Artis Komedi Wanita Popular Dicalonkan
2003 Artis Komedi Wanita Popular Menang
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2004 Artis Komedi Wanita Popular Menang
2005 Artis Komedi Wanita Popular Menang
2006 Artis Komedi Wanita Popular Menang
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2007 Artis Komedi Wanita Popular Menang
Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2004 (FFM 17) MX3 Pelakon Komedi Terbaik Menang
2005 (FFM 18) Pontianak Menjerit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dicalonkan

Pengacara TV

  • Ketuk-Ketuk Ramadan (TV1)
  • Apa-apa Aje (TV3)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]