Jainab Ahmad Ayid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jainab Ahmad Ayid merupakan anak ke - 2 Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Bin Haji Ayid , Allahyarham ayah beliau merupakan orang kuat USNO di Tawau. Jainab Ahmad Ayid kini menyandang jawatan Ketua Wanita Umno Negeri Sabah baharu bermula 20 Julai 2018[1][2][3].


Jainab Ahmad Ayid

PGDK (Sabah)
Exco Wanita UMNO Malaysia
Memegang jawatan
20 Julai 2018
RajaSultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad
Dalam jawatan
29 Oktober 2013 – 23 June 2018
Raja Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah
Memegang jawatan
2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Haji Hajiji Haji Mohd Noor
Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah
Memegang jawatan
20 Julai 2018
RajaSultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad
Didahului olehArmani Mahiruddin
Digantikan olehAzizah Mohd Dun
Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepanggar
Memegang jawatan
2003
Ahli Lembaga Pengarah UMS
Dalam jawatan
8 Jun 2020 – 6 August 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal
Naib Wanita UMNO Negeri Sabah
Dalam jawatan
29 July 2013 – 23 Jun 2018
Didahului olehAzizah Mohd Dun
Digantikan olehJuriah Palasin
Dewan Undangan Negeri Sabah Karambunai
Dalam jawatan
21 March 2004 – 10 Mei 2018
Gabenor Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Tan Sri Musa Aman
Digantikan olehAzhar Matussin
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah
Dalam jawatan
10 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Raja Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Tan Sri Musa Aman
Didahului olehAzizah Mohd Dun
Digantikan olehAnita Baranting
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah
Dalam jawatan
2009 – 3 April 2013
RajaSultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Haji Razak
Gabenor Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Tan Sri Musa Aman
Didahului olehDonald Peter Mojuntin
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 13 Februari 2008
RajaTuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi
Gabenor Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Tan Sri Musa Aman
Butiran peribadi
LahirJainab Bin Ahmad Ayid
22 Julai 1953
Tawau, Sabah, (kini Malaysia)
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO 1994
Anak-anak2 ( Adam Iskandar dan Jane Nurlina )
IbuDatin Seri Panglima Hajah Nekmah Hamzah
BapaDatuk Seri Panglima Haji Ahmad Bin Haji Ayid
Alma materUniversity College Sabah, Lincoln Inns,Universiti Teknologi Mara Malaysia, Universiti Sabah Malaysia
ProfesionAhli Politik & Peguam

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Jainab Ahmad Ayid mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tawau. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran menengah di SM St Patrick Tawau dan selepas tamat tingkatan lima, beliau bersekolah di Sabah College selama tiga bulan sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat A-Level di Walthamstow ( sebuah kota yang terletak di timur laut London ). Beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang sehingga mendapat BA Law dan kemudian melanjutkan Pengajian Barrister At law di Lincoln Inns, London. Datuk Dr Hajah Jainab Ahmad Ayid juga memiliki ijazah MBA dari UiTM dan Ijazah Doktor Falsafah ( Psikologi ) dari UMS pada tahun 2018.

Perletakan Jawatan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mei 2021 Jainab Ahmad Ayid telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah ( UMS )[4] Setelah perletakkan jawatan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia , Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan selepas Keputusan Parti UMNO menarik sokongan keatas Pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keputusan dibuat untuk menghormati pendirian dan prinsip Parti.

Pendirian Untuk Tidak Bertanding Pada PRU15[sunting | sunting sumber]

Jainab Ahmad Ayid telah menyatakan pendirian beliau untuk tidak akan bertanding atau menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Malaysia Ke - 15[5][6]. Beliau bagaimanapun berharap agar pada PRU 15 kelak akan lebih banyak calon Wanita diberi peluang untuk diketengahkan.

Pengalaman Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Jainab Ahmad Ayid pernah bertugas sebagai tenaga pengajar selama 6 Bulan di SINAR . Pada tahun 1982, Jainab Ahmad Ayid ditauliahkan sebagai peguam `called to the bar' di Mahkamah Tinggi Borneo. Kemudian beliau dilantik sebagai Pegawai Undang-undang dan Setiausaha Syarikat Permodalan Bumiputera Sabah Berhad. Pada Mac 1986, beliau telah menubuhkan firma dengan Vernon Ong Jainab @ Partners. Setelah sekian lama bekerja di Kuala Lumpur , Pada Tahun 1994 Jainab Ahmad Ayid memutuskan untuk kembali ke sabah dan menubuhkan Firma Guaman sendiri yang didaftarkan sebagai Jainab Associates.

Penglibatan Dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Jainab Ahmad Ayid mula menyertai UMNO pada tahun 1985 tetapi hanya bermula aktif pada tahun 1994. Selepas bergerak aktif dalam UMNO , Pada tahun 1995 Jainab Ahmad Ayid dilantik sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Gaya dan sebagai Ketua Wanita UMNO Gaya pada tahun 1998. Selepas persempadanan semula, Jainab Ahmad Ayid dipilih menjadi Ketua Wanita UMNO Sepanggar pada tahun 2003.

Pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2013, Jainab Ahmad Ayid merupakan calon[7]yang telah terpilih dan memenangi jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia bagi sesi 2013 hingga 2016[8]. Kemudian pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 Jainab Ahmad Ayid Sekali lagi mencalonkan diri dan bertanding[9]. Dimana beliau telah memenangi jawatan exco Wanita UMNO bagi sesi 2018 hingga 2021[10] untuk ke dua kali dan sekaligus mempertahankan jawatan yang disandang beliau sejak Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2013.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Jainab Ahmad Ayid pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah bermula pada 27 Mac 2004 hingga 13 Februari 2008[11], Pembantu Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah bermula daripada 2009 hingga 3 April 2013[12] Beliau telah mengantikan Datuk Donald Peter Mojuntin yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah bermula pada 10 Mei 2013 hingga 14 Mac 2018[13]

Hobi Diwaktu Lapang[sunting | sunting sumber]

Jainab Ahmad Ayid sangat suka membaca buku dan meluangkan bersama keluarga ketika waktu lapang.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN): Karambunai, Sabah[14][15][16].
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan Jumlah Undi Majoriti Peratus Keluar Mengundi
2004 Jainab Ahmad Ayid (UMNO) 6,360 62.39% Saidatul Badru Mohd Said (PR-PKR) 3,834 37.61% 10,194 2,526 62.64%
2008 Jainab Ahmad Ayid(UMNO) 7,914 61.78% Ag. Maidin Ag. Apong (PR-PKR) 4,896 38.22% 12,810 3,018 67.24%
2013 Jainab Ahmad Ayid (UMNO) 14,818 65.34% Muali Aching (PKR) 5,542 24.43% 22,680 9,276 80.75%
Aziz Ibrahim (SAPP) 1,977 8.72%
Rano Susulan (BEBAS) 172 0.76%
Ag. Maidin Ag. Apong (BEBAS) 171 0.75%
2018 Jainab Ahmad Ayid (UMNO) 8,791 33.94% Azhar Matussin(Warisan) 14,157 54.66% 25,902 5,366 77.38%
Aspar Oyet @ Akbar (PAS) 1,696 6.55%
Ahsim Oyok Jamak (SAPP) 1,258 4.86%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2018 – 2021". umno-online.my.
  2. ^ "Wanita UMNO Sabah Semakin Kukuh - Jainab". www.dailyexpress.com.
  3. ^ "Sejenak Bersama Datuk Jainab DSP Ahmad". www.abdnaddin.com.
  4. ^ "Jainab letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMS". www.dailyexpress.com.my.
  5. ^ "Jainab not to contest in GE15". www.dailyexpress.com.
  6. ^ "Beri peluang lebih banyak wanita bertanding PRU15". sabahbarunews.com.
  7. ^ "Pemilihan Umno: Senarai Calon Jawatankuasa Pergerakan Wanita". www.mstar.com.my.
  8. ^ "Senarai kepimpinan WANITA UMNO Malaysia 2013-2016". sl-aljufri.blogspot.com.
  9. ^ "4 Wanita UMNO Sabah tanding jawatan peringkat Pusat". www.bharian.com.my.
  10. ^ "Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Sayap UMNO 2018-2021". umno-online.my.
  11. ^ "Sabah Cabinet 2004". osabah.blogspot.com.
  12. ^ "Kabinet Negeri Sabah 2008". pru2013.blogspot.com.
  13. ^ "Kabinet Sabah Gabungkan Muka Lama, Baharu". www.mstar.com.my.
  14. ^ "Sabah , Keputusan Parlimen". www.thestar.com.
  15. ^ "Keputusan PRU13 Bagi Negeri Sabah". www.mstar.com.my.
  16. ^ "Sabah ,Semak Spr Keputusan PRU 2004 & 2008". www.semak.spr.gov.my.
  17. ^ "Sabah Yang Dipertua Negri's birthday honour list". www.thestar.com.my.