Juhar Mahiruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang DiPertua Negeri Sabah ke-X
Tunjuhar.jpg
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Bin Haji Mahiruddin SMN, SPDK, PJN, PGDK, ASDK, JP
Pemerintahan Yang DiPertua Negeri Sabah ke-10 (1 Januari 2011 - kini)
Pertabalan 1 Januari 2011
Pendahulu Tun Ahmadshah Abdullah
Pasangan Toh Puan Datin Seri Norlidah RM Jasni

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin (lahir 5 November 1953 di Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah) adalah Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-10 bermula 1 Januari 2011. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Undang-undang dari Universiti Wolverhampton, England. Beliau juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah ke-7 dan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat ke-11. Beliau adalah antara pengasas UMNO negeri Sabah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Juhar Mahiruddin dilahirkan di Pulau Tambisan, di luar pantai Bahagian Sandakan di Sabah pada tahun 1953 kepada keluarga politik.[1] Bapanya, Mahiruddin Husin adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).[2]

Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Politeknik Wolverhampton pada tahun 1977 dan telah dipanggil ke Bar di Lincoln's Inn pada tahun 1980.[1][2] Beliau berkhidmat sebagai hakim kelas pertama dari 1981 hingga 1982 dan menjalani latihan swasta dari 1982 hingga 1985.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebagai majistret dan kemudiannya sebagai seorang peguam.

Pada tahun 1986, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik di Jabatan Ketua Menteri sehingga tahun 1989 sebelum dilantik sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat pada tahun 1990. Pada tahun yang sama, beliau menyandang kerusi Ahli Parlimen Kinabatangan selama dua penggal sehingga tahun 1999 sebelum dilantik sebagai Yang DiPertua DUN Sabah pada 5 Disember 2002.

Perlantikan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Disember 2010, beliau telah ditabalkan sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-10 oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai 1 Januari 2011. Majlis itu disaksikan oleh beberapa pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri.

Berikutan perlantikan beliau sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah yang baru, beliau bersara sebagai Yang DiPertua DUN Sabah 31 Disember ini setelah menjawat jawatan tersebut selama 8 tahun. Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah suatu ketika dulu kini menggantikan Datuk Seri Juhar dalam DUN Sabah..[2][3]

Anugerah yang diterima[sunting | sunting sumber]

Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin secara automatiknya dianugerahkan darjah Yang Mulia Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), membawa gelaran Datuk Seri Panglima, setelah dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah. Sebelum ini, beliau pernah dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), membawa gelaran Datuk.[1][4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Norlidah binti Datuk RM Jasni dan telah dikuniakan empat cahaya mata.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Former speaker Juhar Mahiruddin sworn in as 10th Sabah governor". Bernama. mysarawak.org. 2 January 2011. Diarkibkan daripada asal pada 15 April 2013. Dicapai 13 April 2011. 
  2. ^ a b c d Radin, Wendy (31 December 2010). "Juhar Mahiruddin, a redoubtable statesman". Insight Sabah. Diarkibkan daripada asal pada 2 January 2011. Dicapai 13 April 2011. 
  3. ^ a b "Juhar Mahiruddin is Sabah Yang Dipertua Negeri on Jan 1". Bernama. New Straits Times. 22 December 2010. Diarkibkan daripada asal pada 23 December 2010. Dicapai 13 April 2011. 
  4. ^ "Juhar angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-10". Utusan Malaysia. 2 January 2011. Dicapai 1 October 2013. 
  5. ^ "Juhar Mahiruddin sworn in as Sabah Yang Dipertua Negeri for second term". BorneoPost. BorneoPost. 2 January 2015. Dicapai 27 January 2015.