Jawatankuasa Kesihatan Negeri
Jump to navigation
Jump to search
Jawatankuasa Kesihatan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kesihatan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan[1].
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi kesihatan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kesihatan dan pengerusinya,
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
1 | Johor | Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar | YB Vidyananthan Ramanadhan | MIC |
2 | Kedah | Jawatankuasa Kesihatan | YB Datuk Dr. Mohd Hayati Othman | PAS |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan | YB Dr. Haji Izani Husin | PAS |
4 | Melaka | Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah | YB Datuk Rahmad Mariman | UMNO |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan | YB Veerapan Superamaniam | DAP |
6 | Pahang | Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan | YB Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad | UMNO |
7 | Perak | Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar | YB Mohd Akmal Kamarudin | PAS |
8 | Perlis | Jawatankuasa Kesihatan | YB Teh Chai Aan | MCA |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Kesihatan | YB Dr. Norlela Ariffin | PKR |
10 | Sabah | Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat | YB Ir. Haji Shahelmey Yahya | UMNO |
11 | Sarawak | Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan | Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian | SUPP |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam | YB Dr. Siti Mariah Mahmud | AMANAH |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar | YB Dr. Alias Razak | PAS |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pandemik COVID-19 di Malaysia
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia
- Kabinet Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.