Jawatankuasa Kewangan Negeri
Jawatankuasa Kewangan Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan kewangan terletak di bawah bidang kuasa negeri.[1]
Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi kewangan di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri. Jawatankuasa ini kebiasaannya dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk membuat belanjawan negeri pada setiap tahun.
Senarai[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan kewangan dan pengerusinya
Bil | Negeri | Portfolio | Pengerusi | Parti Politik |
---|---|---|---|---|
Persekutuan | Kementerian Kewangan | YAB Dato' Sri Anwar Ibrahim | PH (PKR) | |
1 | Johor | Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi | YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi | BN (UMNO) |
2 | Kedah | Jawatankuasa Kewangan | YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor | PN (PAS) |
3 | Kelantan | Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan | YAB Dato' Haji Ahmad Yakob | PN (PAS) |
4 | Melaka | Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Hal Ehwal Agama & Agensi Berkaitan Kerajaan Negeri | YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali | BN (UMNO) |
5 | Negeri Sembilan | Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam | YAB Dato' Seri Aminuddin Harun | PH (PKR) |
6 | Pahang | Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli | YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail | BN (UMNO) |
7 | Perak | Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC | YAB Dato' Seri Saarani Mohamad | BN (UMNO) |
8 | Perlis | Jawatankuasa Pentadbiran & Kewangan | YAB Mohd Shukri Ramli | PN (PAS) |
9 | Pulau Pinang | Jawatankuasa Tanah & Ekonomi | YAB Tuan Chow Kon Yeow | PH (DAP) |
10 | Sabah | Kementerian Kewangan | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor | GRS |
11 | Sarawak | Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi | YAB Dato' Patinggi Abang Johari Tun Openg | GPS (PBB) |
12 | Selangor | Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Ekonomi | YAB Dato' Seri Amirudin Shari | PH (PKR) |
13 | Terengganu | Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli | YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar | PN (PAS) |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.