Jawatankuasa Tanah Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawatankuasa Tanah Negeri merupakan salah satu portfolio yang ditubuhkan di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di seluruh negeri dalam Malaysia. Seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri[1].

Sehubungan itu, di peringkat eksekutif, Kerajaan negeri mewujudkan sebuah portfolio khusus bagi pengurusan tanah di negeri masing-masing yang diisi oleh salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga anggota Dewan Undangan Negeri.

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai jawatankuasa berkaitan tanah dan pengerusinya,

Bil Negeri Portfolio Pengerusi Parti Politik
Persekutuan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad PKR
1 Johor Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Onn Hafiz Ghazi BN (UMNO)
2 Kedah Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Muhammad Sanusi Md Nor PAS
3 Kelantan Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Ahmad Yakob PAS
4 Melaka Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Hal Ehwal Agama & Agensi Berkaitan Kerajaan Negeri Melaka Sulaiman Md Ali BN (UMNO)
5 Negeri Sembilan Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam Aminuddin Harun PKR
6 Pahang Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli Wan Rosdy Wan Ismail BN (UMNO)
7 Perak Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC Saarani Mohamad BN (UMNO)
8 Perlis Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Mohd Shukri Ramli PAS
9 Pulau Pinang Jawatankuasa Tanah & Ekonomi Chow Kon Yeow DAP
10 Sabah Jabatan Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd. Arifin Hj. Mohd. Arif GRS
11 Sarawak Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Abang Johari Tun Openg GPS (PBB)
Awang Tengah Ali Hasan
12 Selangor Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Sumber Alam Amirudin Shari PKR
13 Terengganu Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli Ahmad Samsuri Mokhtar PAS

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan. Kerajaan Malaysia.