Jeff Sessions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jeff Sessions
Jeff Sessions, official portrait.jpg
Peguam Negara Amerika Syarikat ke–84
Memegang jawatan
9 Februari 2017
President Donald Trump
Timbalan Dana Boente (Pemangku)
Rod Rosenstein
Didahului oleh Loretta Lynch
Senator A.S.
dari Alabama
Dalam jawatan
3 Januari 1997 – 8 Februari 2017
Didahului oleh Howell Heflin
Digantikan oleh Luther Strange
Peguam Negeri Alabama ke–44
Dalam jawatan
16 Januari 1995 – 3 Januari 1997
Gabenor Fob James
Didahului oleh Jimmy Evans
Digantikan oleh Bill Pryor
Peguam Negara Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan Alabama
Dalam jawatan
Februari 1981 – 23 Mac 1993
President Ronald Reagan
George H. W. Bush
Bill Clinton
Didahului oleh William Kimbrough
Digantikan oleh Don Foster
Butiran peribadi
Lahir Jefferson Beauregard Sessions III
(1946-12-24) 24 Disember 1946 (umur 71)
Selma, Alabama, A.S.
Parti politik Republikan
Pasangan Mary Blackshear
Anak-anak 3
Alma mater Kolej Huntingdon
Universiti Alabama
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan  United States
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan 1973–1977
Pangkat US-O3 insignia.svg Kapten
Unit Unit ke-1184 Tentera Amerika Syarikat Terminal Pengangkutan

Jefferson Beauregard "Jeff" Sessions III (lahir 24 Disember 1946) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau merupakan Peguam Negara Amerika Syarikat ke–84 sejak 9 Februari 2017. Sessions sebelum ini berkhidmat sebagai Senator Amerika Syarikat dari Alabama bermula tahun 1997 sehingga 2017. Beliau merupakan ahli Parti Republikan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sessions dilahirkan di Selma, Alabama pada 24 Disember 1946.[1] Beliau ialah anak kepada Jefferson Beauregard Sessions, Jr., dan bekas Abbie Powe.[2] Beliau dibesarkan di Camden, Alabama. Sessions memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni dari Kolej Huntingdon dan Ijazah Doktor Juris dari Universiti Alabama.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Dari tahun 1981 hingga 1993, beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan Alabama. Sessions dipilih sebagai Peguam Negeri Alabama pada tahun 1994.

Senator Amerika Syarikat (1997-2017)[sunting | sunting sumber]

Sessions dipilih sebagai Senat Amerika Syarikat pada tahun 1996, yang dipilih semula pada tahun 2002, 2008, dan 2014. Sessions dianggap sebagai salah satu daripada ahli-ahli Senat A.S. yang paling konservatif.

Sebagai senator, beliau dikenali sebagai seorang yang menentang terhadap pendatang tanpa izin dan mengurangkan imigresen undang-undang. Beliau menyokong usaha perundangan utama pentadbiran George W. Bush, termasuk 2001 dan 2003, Perang Iraq dan pindaan kebangsaan yang dicadangkan untuk melarang perkahwinan sejenis.

Penyokong awal kempen presiden Donald Trump 2016, Sessions dianggap sebagai calon Naib Presiden, tetapi Gabenor Indiana, Mike Pence akhirnya dipilih untuk tiket naib presiden.

Sessions meletak jawatan daripada Senat setelah disahkan sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat pada 8 Februari 2017.[3]

Peguam Negara Amerika Syarikat (2017-kini)[sunting | sunting sumber]

Pada 18 November 2016, telah diumumkan bahawa Presiden terpilih Donald Trump merancang untuk mencalonkan Sessions sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat.

Pada 10 Januari 2017, perbicaraan Jawatankuasa Kehakiman Senat mengenai pencalonannya bermula.[4] Senat mengesahkan pencalonannya pada 8 Februari 2017.[5] Beliau mengangkat sumpah oleh Naib Presiden Mike Pence pada 9 Februari.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sessions dan isterinya Mary mempunyai tiga orang anak dan enam cucu.[6] Beliau mengajar di Sekolah Minggu untuk kanak-kanak di Mobile, Alabama.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SESSIONS, Jefferson Beauregard III (Jeff) – Biographical Information". bioguide.congress.gov. Biographical Directory of the United States Congress. Dicapai November 19, 2016. 
  2. ^ Battle, Robert. "Ancestry of Jefferson Beauregard "Jeff" Sessions III". Rootsweb. Dicapai August 4, 2009. 
  3. ^ Barrett, Ted; LoBianco, Tom (February 6, 2017). "DeVos, Sessions expected to be confirmed in tight votes". CNN. Dicapai 6 February 2017. 
  4. ^ Rafferty, Andrew (January 10, 2017). "Jeff Sessions, Trump's Pick for Attorney General, Testifies at Senate Confirmation Hearing". NBC News. Dicapai 10 January 2017. 
  5. ^ Kim, Seung Min (February 1, 2017). "Sessions clears committee on party-line 11-9 vote". Politico. Dicapai 2 February 2017. 
  6. ^ De La Cuetara, Ines (July 18, 2016). "Jeff Sessions: Everything You Need to Know". ABC News. 
  7. ^ Lucas, Fred (November 21, 2016). "Who Is the New Attorney General Pick, Jeff Sessions?". Newsweek. Dicapai November 24, 2016. Sessions adalah seorang guru Sekolah Minggu di Gereja Ashland Place United Methodist di Mobile dan telah menjadi perwakilan ke persidangan Methodist Alabama tahunan. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]