Keluarga Untuk Disewa
Keluarga Untuk Disewa | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Raja Mukhriz |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Dijaja" nyanyian Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir dan Pekin Ibrahim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Syarikat penerbitan | Eleven Field Creative Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 (Slot Diandra) Disney+ Hotstar Malaysia |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2 November 2021 – 6 Disember 2021 |
Keluarga Untuk Disewa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Raja Mukhriz. drama bersiri ini dibintangi oleh Adibah Noor, Fifi Laura dan Dynas Mokhtar . Siri ini memulakan tayangan di Slot Diandra (TV9) bermula 2 November 2021 menggantikan Kampung Kolestrol. [1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Puan Sri Maryam mengumpulkan empat individu iaitu Alwi, Intan, Nora dan Fikri untuk diperkenalkan kepada cucunya Aina. PS Maryam mahu melantik mereka menjadi 'keluarga sewa' dan menyamar sebagai keluarga Aina dengan bayaran lumayan.
Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya.
Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
- Fifi Laura Olivia sebagai Aina
- Fimie Don sebagai Fikri / Hisham
- Afifah Nasir sebagai Noraa / Anis
- Dynas Mokhtar sebagai Intan / Marissa
- Azhan Rani sebagai Alwi / Azman
- Pekin Ibrahim sebagai Din
- Maria Tunku Sabri sebagai Datin Kay
- Sharifah Shahora sebagai Nurul
- Avaa Vanja sebagai Marissa
- Henzi Andalas sebagai Azman
- Ustaz Syamsul Debat sebagai Ustaz Ismail
- Cat Farish sebagai Rizman
- Nabil Aqil sebagai Dr Syamsul
- Najua P. Ramlee sebagai Marissa kecil
- Johan As'ari sebagai Zack
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Drama Keluarga Untuk Disewa. MyInfoTaip. Dicapai 1 November 2021