Joey Daud
Joey Daud | |
|---|---|
جوايي داود | |
| Kelahiran | Zulkifli bin Daud 20 November 1973 |
| Nama lain | Joey, Joey Joras, Joey Exists |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara |
| Tahun aktif | 1992–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Watie Sadali (k. 2012) |
| Anak-anak | 2 |
| Laman web rasmi | http://instagram.com/joey_daud |
Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey Daud (lahir 20 November 1973) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau juga merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon, Watie Sadali.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menganggotai band muzik yang ditubuhkan di Johor Kumpulan Mistaken Identity yang banyak beraksi di majlis perkahwinan. Bakat vokal beliau telah dikenalpasti ketika Mistaken Identity menyertai pertandingan ala Battle of The Band yang mana juri semasa itu adalah kenalan rapat kepada Datuk M. Nasir yang seterusnya mengesyorkan dan membawa Joey berjumpa dengan komposer terkenal itu dan terus ditawarkan sebagai artis solo oleh Datuk M. Nasir. Selepas membuat perbincangan, Mistaken Identity bersetuju melepaskan Joey menjadi artis solo di bawah bimbingan sifu Datuk M. Nasir di bawah label Luncai Emas. Pernah menjadi vokalis kumpulan Exists selepas vokalis Exists ketika itu, Ezad Lazim keluar dari kumpulan tersebut.[1] .. Namun Joey sering disalahkenal sebagai bekas vokalis Budak Kacamata iaitu Zack kerana kemiripan wajah mereka. Kariernya sebagai penyanyi dan bernaung dibawah Luncai Emas Sdn Bhd sempat menghasilkan dua album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey pada tahun 1996. Hasil dari lagu-lagunya berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Beradu Suratan (1994)
- Joey (1996)
Senarai Lagu & Lirik Ciptaan Joey Daud
[sunting | sunting sumber]- Riak Asmara (1995) nyanyian Fahrenheit - lirik oleh Azam Dungun
- Amok Merah (1996) nyanian Joey Daud - lirik oleh Loloq
- Gadis, Gitar, Gelisah (1996) nyanyian Joey Daud - ciptaan bersama Marlin, lirik oleh Kristo Bimbo (Loloq)
- Aku Yang Tertawan (1996) nyanyian Joey Daud - lirik oleh Nurbisa II
- Jalan-Jalan (1996) nyanyian Wings - lirik oleh Wings (Joe, Eddie, Black, Mus)
- Tertanya-Tanya (1997) nyanyian Ruhil Amani - ciptaan bersama Marlin dan Kristo Bimbo, lirik oleh Kristo Bimbo
- Apa Saja (1997) nyanyian Amy Search - lirik oleh Loloq
- Bertemu Tak Bersatu (1998) nyanyian Ways - lirik oleh Azam Dungun
- Lepaskanmu (2016) nyanyian Sweetchild - lagu oleh Acong Sweetchild
- Wamwamsam (2025) nyanyian Joey Daud, Ritz Metalsia & A. D - ciptaan bersama Joey Daud, Ilham & Yayat, lirik oleh Joey Daud, A. D, Ilham & Rahman Saharddin
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | Tercalon |
| 2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Komedi Popular | Tercalon |
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Menang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Pengalaman matangkan Exists". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-29. Dicapai pada 2018-05-12.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Joey Daud di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Joey Daud di Instagram
- Joey Daud di TikTok
- Diskografi Joey Daud di Discogs