14 Mac: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
k bot menambah: qu:14 ñiqin pawqar waray killapi |
||
Baris 120: | Baris 120: | ||
[[ksh:14. Määz]] |
[[ksh:14. Määz]] |
||
[[ro:14 martie]] |
[[ro:14 martie]] |
||
[[qu:14 ñiqin pawqar waray killapi]] |
|||
[[ru:14 марта]] |
[[ru:14 марта]] |
||
[[sah:Кулун тутар 14]] |
[[sah:Кулун тутар 14]] |
Semakan pada 18:51, 11 Januari 2010
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
14 Mac merupakan hari ke-73 (hari ke-74 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 292 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Putih di Jepun
- Hari Pi.
Hari ini merupakan "Hari Pi" kerana ditulis sebagai 3-14 dalam format tarikh Amerika Syarikat, iaitu anggaran tiga angka bagi nombor π: 3.14. Ia biasa dirayakan pada pukul 1.59 petang (untuk mengiktirafkan anggaran enam angka: 3.14159). Walau bagaimanapun, sebahagian orang yang menggunakan jam 24-jam telah mengatakan bahawa 1.59 petang merupakan 13:59 dan sebagai ganti, merayakannya pada pukul 1:59 pagi ataupun 3:09 petang (15:09). Parti-parti biasanya diadakan oleh Bahagian Matematik di pelbagai sekolah di seluruh dunia.
Peristiwa
- 1590 - Perang Agama Perancis: Henry dari Navarre dan Huguenot mencapai kemenangan muktamad ke atas angkatan Liga Katolik pimpinan Duc de Mayenne dalam Pertempuran Ivry.
- 1757 - Laksamana John Byng daripada Tentera Laut Diraja British ditembak sampai mati kerana melanggar Artikel Perang pada permulaan Perang Tujuh Tahun.
- 1794 - Eli Whitney (gambar) mempatenkan mesin busar kapas, mesin yang mengasingkan kapas daripada bijinya.
- 1984 - Ketua Sinn Fein Gerry Adams cedera parah dalam satu cubaan membunuh di pusat Belfast, Ireland Utara.
- 1991 - "Birmingham Enam" yang salah disabitkan kerana pembunuhan dan pengeboman kedai minuman keras di Birmingham, England, dibebaskan selepas dipenjarakan selama 16 tahun.
Kelahiran
- 1879: Albert Einstein (meninggal: 18 April 1955).