16 Julai
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 | |||||
2023 |
16 Julai merupakan hari ke-197 (hari ke-198 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 168 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Perayaan Santo Helier (Gereja Katolik Rom).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]

- 622 – Epok Takwim Hijrah terjadi, menandakan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah.
- 1945 – Projek Manhattan: "Trinity", letupan ujian nuklear yang pertama, diledakkan (gambar) dekat Alamogordo, New Mexico, Amerika Syarikat.
- 1969 - Apollo 11 berlepas ke bulan
- 1979 – Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq, mewarisi sepupunya Ahmed Hassan al-Bakr yang meletakkan jawatan.
- 1981 - Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4.
- 1994 – Serpihan Komet Shoemaker-Levy 9 mula mengena planet Musytari.
- 2007 – Gempa bumi bermagnitud 6.7 MW terjadi di perairan Prefektur Niigata, Jepun, mengorbankan 11 orang dan merosakkan Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa.
- 2007 – IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya di Yongbyon.
- 2008 – Tokoh pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1936 - Yasuo Fukuda, Perdana Menteri Jepun
- 1993 - Khaleeda Bustamam, isteri kepada Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dari Johor.
- 2002 - Panji Zoni, pelakon lelaki Indonesia.