Wilayah Persekutuan: Perbezaan antara semakan
Baris 37: | Baris 37: | ||
==Sejarah== |
==Sejarah== |
||
Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal [[1 Februari]] [[1974]]. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur]] (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat [[perundangan]] dan menempatkan [[Bangunan Parlimen]]. Pada [[16 April]] [[1984]], Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran [[Sabah]] pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan [[Perbadanan Labuan]]. Pada [[1 Februari]] [[2001]], Putrajaya yang dibangun untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan [[Perbadanan Putrajaya]]. |
Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal [[1 Februari]] [[1974]]. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh [[Dewan Bandaraya Kuala Lumpur]] (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat [[perundangan]] dan menempatkan [[Bangunan Parlimen]]. Pada [[16 April]] [[1984]], Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran [[Sabah]] pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan [[Perbadanan Labuan]]. Pada [[1 Februari]] [[2001]], Putrajaya yang dibangun dari kawasan [[Sepang]], [[Selangor]] untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan [[Perbadanan Putrajaya]]. |
||
Pembentukan [[Jemaah Menteri|Kabinet]] baru pada [[27 Mac]] [[2004]] oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] ke 5, Datuk Seri [[Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]] telah disertakan dengan pembentukan semula [[Kementerian Wilayah Persekutuan]] (KWP). [[DBKL]], Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke [[Jabatan Perdana Menteri]]. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan. |
Pembentukan [[Jemaah Menteri|Kabinet]] baru pada [[27 Mac]] [[2004]] oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] ke 5, Datuk Seri [[Abdullah bin Haji Ahmad Badawi]] telah disertakan dengan pembentukan semula [[Kementerian Wilayah Persekutuan]] (KWP). [[DBKL]], Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke [[Jabatan Perdana Menteri]]. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan. |
||
Baris 59: | Baris 59: | ||
[[Kategori:Wilayah Persekutuan]] |
[[Kategori:Wilayah Persekutuan]] |
||
|} |
Semakan pada 09:08, 16 Februari 2018
| |||||
Negara | Malaysia | ||||
Negeri | Kuala Lumpur Putrajaya Labuan | ||||
Pentadbir | Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia Tengku Adnan Tengku Mansor | ||||
Keluasan | 382 km² (kilometer persegi) Kuala Lumpur: 244 km² Putrajaya: 46 km² Labuan: 92 km² | ||||
Zon Masa | UTC+8 | ||||
Lagu Rasmi | Maju dan Sejahtera |
Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسکوتوان) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.
Sejarah
Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang dibangun dari kawasan Sepang, Selangor untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.
Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah disertakan dengan pembentukan semula Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). DBKL, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam satu kontinjen tunggal yang mewakili Wilayah Persekutuan seluruhnya.
Bendera
Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.
-
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-
Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
Bendera Wilayah Persekutuan Labuan