Shah Rezza: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
||
Baris 77: | Baris 77: | ||
|1989 |
|1989 |
||
| ''[[Kolej 56]]'' |
| ''[[Kolej 56]]'' |
||
| Tengku Kamil |
|||
| |
|||
| |
| |
||
|- |
|- |
Semakan pada 12:45, 14 Ogos 2018
Shah Rezza | |
---|---|
Kelahiran | Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah 17 April 1961 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1981-kini |
Dato’ Sri Diraja Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah atau lebih terkenal sebagai Shah Rezza (lahir 17 April 1961) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985) dan Kolej 56 (1989).
Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan Raja Noor Baizura.[2]
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 17 April 1961 di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Kerjaya
Shah Rezza memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986.
Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.
Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.
Shah Rezza mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Sejak 2006, Shah Rezza telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.[3]
Shah Rezza menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.
Kehidupan peribadi
Dato’ Sri Diraja Shah Rezza berasal dari kerabat diraja Perak dan dibesarkan oleh nenda tirinya Raja Perempuan Zainab di Kelantan.[4] Beliau merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.[5]
Ayahanda beliau, Tengku Seri Kelana Diraja Kelantan Raja Aman Shah bin Raja Haji Shaharh Shah meninggal dunia pada 26 Januari 2018.[6]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1981 | Mangsa | ||
1985 | Ali Setan | Jali | |
1986 | Kembara Seniman Jalanan | Fareez | |
Ali Setan 2 | Jali | ||
1987 | Marah-Marah Sayang | Rosdin | |
Balik Kampung | Halim | ||
Jejaka Perasan | |||
1989 | Kolej 56 | Tengku Kamil | |
1990 | Hati Bukan Kristal | ||
2000 | Syukur 21 | ||
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam |
Drama
- Tuan Anas Mikael (2015)
- Dendam Aurora (2017)
- Mr. London Miss Langkawi (2017)
- Cinta Tiada Ganti (2018)
Televisyen
- Mekar Sejambak (1987)
- Hiburan Minggu Ini (1987)
Diskografi
- Pedoman (1997)
- Pedoman 2 (2013)
Rujukan
- ^ "Shah Rezza mahu aktif semula pada usia 52 tahun". Perak Today. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (15 Februari 2015). "Berlokek demi wayang kulit". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
- ^ "Akui tidak menyesal". Utusan Malaysia. 19 Februari 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018.
Shah Rezza kembali berlakon untuk kenal industri.
Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan) - ^ "2015, tahun melaksanakan impian". Utusan Malaysia. 16 April 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018.
Shah Rezza atur pelbagai rancangan.
Italic or bold markup not allowed in:|publisher=
(bantuan) - ^ Dennis Chua (10 Mac 2018). "Passion for Kelantan's heritage". New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan) - ^ Aida Rismariza Kamarudin (26 Januari 2018). "Bapa Shah Rezza meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)