Zambry Abdul Kadir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Maliksyam 5 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tebu.an (bincang | sumb.)
Baris 71: Baris 71:


== Krisis perlembagaan Perak 2009 ==
== Krisis perlembagaan Perak 2009 ==

Ketika [[krisis perlembagaan Perak 2009]], beliau pernah dilantik menjadi [[Menteri Besar Perak]] namun kemudian diputuskan [[perbicaraan Menteri Besar Perak 2009|tidak sah]] oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.<ref>{{cite news |author=Zanariah Abdul Mutalib |title=Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari |url=http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/11/mstar_berita/20090511154456&sec=mstar_berita |publisher=[[mSTAR Online]] |date=11 Mei 2009 |accessdate=11 Mei 2009 }}</ref>
{{utama|Krisis perlembagaan Perak 2009}}

Ketika krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi [[Menteri Besar Perak]] namun kemudian diputuskan [[perbicaraan Menteri Besar Perak 2009|tidak sah]] oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.<ref>{{cite news |author=Zanariah Abdul Mutalib |title=Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari |url=http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/11/mstar_berita/20090511154456&sec=mstar_berita |publisher=[[mSTAR Online]] |date=11 Mei 2009 |accessdate=11 Mei 2009 }}</ref>


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 07:10, 10 Jun 2009

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr

Zambry Abdul Kadir

Fail:Zambry Abdul Kadir.jpg
Menteri Besar Perak
Memegang jawatan
12 Mei 2009
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Pangkor
Memegang jawatan
4 Mac 2004
Didahului olehMohammad Wajdi Ishak[2]
Butiran peribadi
Lahir22 Mac 1962 (46 tahun)
Pulau Pangkor, Perak Negeri Perak
Parti politik Barisan Nasional (UMNO)
PasanganDatin Saripah Zulkifli
Anak-anak5 (3 perempuan dan 2 lelaki)
KediamanKampung Masjid Pulau Pangkor, Pulau Pangkor, Negeri Perak[1]
PekerjaanADUN

Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pangkor, Negeri Perak.

Beliau berkelulusan Ph.D dari Amerika Syarikat dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Kerjaya

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.[3]

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[4] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[5]

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[4] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Kelulusan [6]

Tahun Pendidikan Kelulusan
1987 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B Econs (Kepujian)
1991 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia MA (Pemikiran Islam)
1992 Universiti Temple, Amerika Syarikat MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995 Universiti Temple, Amerika Syarikat Ph.D (Pemikiran Politik)

Krisis perlembagaan Perak 2009

Ketika krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Perak namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[7]

Rujukan

  1. ^ a b "Profil Zambry Abdul Kadir". Dicapai pada 2009-02-06.
  2. ^ Keputusan Pilihan Raya ke-11 di Perak
  3. ^ "Bapa terharu anak sulung dilantik" (Rencana). Berita Harian. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-07.
  4. ^ a b "Zambry's meteoric rise from Umno Youth" (Rencana). The New Straits Times. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  5. ^ "Zambry to be sworn in today" (Rencana). The Straits Times. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  6. ^ "Zambry MB Perak" (Rencana). Berita Harian. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  7. ^ Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Dicapai pada 11 Mei 2009.

Pautan luar