Kleptokrasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Kleptokrasi (drpd akar bahasa Yunani Purba κλέπτης kléptēs, "pencuri", κλέπτω kléptō, "saya mencuri" + -κρατία -kratía daripada κράτος krátos, "kuasa") merujuk kepada sebuah pemerintah yang dipimpin ahli-ahli yang korup menggunakan kuasa mereka untuk nempergunakan rakyat dan sumber negara mereka agar dapat menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri. Sistem sebegini biasanya melibatkan penyelewengan simpanan negara sehingga menyusahkan rakyat.[1][2]

Gambaran ringkas[sunting | sunting sumber]

Kleptokrasi paling kerap dijumpai dalam negara membangun yang bergantung kepada eksport sumber asli sebagai pendapatan ekonomi mereka. Pendapatan ini dianggap sebagai suatu sewa ekonomi yang mudah dikeluarkan tanpa mengurangkan pendapat negara langsung.

Pemimpin-pemimpin kleptokrat menganggap perbendaharaan negara mereka seperti kekayaan mereka sendiri yang boleh dikeluarkan untuk dibelanjakan pada barangan mewah sesuka hati tanpa sebarang pengawasan atau kawalan luaran yang wujud; kekayaan yang diperolahi secara haram ini dipindahkan kepada akaun-akaun bank yang tersembunyi di luar negara agar senang diperolehi jika mereka digulingkan aripada pemerintahan mereka.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "kleptocracy". Dictionary.com Unabridged. n.d. Dicapai 1 November 2016. 
  2. ^ "Kleptocracy". The Oxford English Dictionary. Oxford University Press. Edisi pertama. 1909.
  3. ^ Robinson; dll. (15 November 2017). "KLEPTOCRACY AND DIVIDE-AND-RULE: A MODEL OF PERSONAL RULE". Dicapai 15 November 2017.