Layar Lara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Layar Lara
Layar lara 01.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahShuhaimi Baba
Penulis
Dihasilkan oleh
  • Shuhaimi Baba
  • Aida Fitri Buyong
Dibintangi
SinematografiKeong Low
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
9 Februari 1997[1]
Durasi tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM600,000

Layar Lara ialah filem drama Malaysia 1997 arahan dan skrip oleh Shuhaimi Baba dengan cerita oleh Fatimah Abu Bakar. Dibintangi oleh Ida Nerina, Sidi Oraza, Azean Irdawaty dan Man Bai, ia mengisahkan tentang pelakon muda bernama Ena Manjalara yang mempelajari erti persahabatan, rasa hormat dan pengabdian seni yang sebenar berdasarkan hubungannya dengan pengarah idealistik Malik dan pembantu produksi Daud, yang pada mulanya digodanya. Daud juga ada kaitan dengan Zai, bekas idola filem era 1950-an yang kini melarat dan hilang cengkaman realiti. Filem ini ditayangkan pada 9 Februari 1997 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[2][3] Ini merupakan penampilan filem terakhir Siput Sarawak dan Mahmud Jun sebelum kematian mereka. Filem ini telah menerima 9 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-13.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, beberapa seniman sedang berlatih skrip untuk filem pengarah Malik. Perubahan barisan pelakon menyebabkan kekecohan antara pelakon veteran tersebut, menyebabkan mereka berjalan keluar dari studio tersebut. Di gerai makan berdekatan, Malik datang untuk meminta maaf. Pada detik itu, batu-bata dari tapak pembinaan berdekatan jatuh menimpa gerai tersebut. Seniwati Zai jelas terkesan akibat daripada kejadian ini.

Dua tahun kemudian, pada 1996, Ena keluar dari pawagam bersama teman lelakinya Shark. Mereka bertekak dan dihalau oleh Malik dari gerai makan berdekatan. Malik sedang mengadakan sesi uji bakat untuk filem terbaharunya apabila diminta oleh penerbitnya En.Borhan untuk memasukkan Ena dalam filemnya. Daud juga mendapat pekerjaan sebagai pembantu produksi; dia berjanji dengan para veteran untuk mendapatkan watak dalam filem tersebut.

Ena merupakan pelakon yang ada bakat, tetapi menimbulkan banyak masalah di lokasi penggambaran. Ini termasuk tidak menghadiri sesi latihan serta penggambaran dan menipu kepada Malik sebab dia melakukan hal demikian. Ena juga berkelakuan buruk terhadap Jan, pelakon sampingannya dalam filem itu sehingga mencuri barangannya dan juga menuduhnya berperangai sundal. Pada masa yang sama, Ena juga menggoda Daud sehingga membuatkannya mengikut perangai Ena. Rupanya Ena melakukan perkara tersebut untuk membuat Shark cemburu. Daud kesal akan pilihannya.

Seniwati Zai mempunyai masalah membezakan realiti dan produksi. Dalam keadaan nyanyuknya dia hanya berbicara dalam bahasa istana, yang didengari Ena ketika dia datang ke rumah Daud untuk meminta maaf. Para veteran diberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada penggambaran tersebut. Daud bertumbuk dengan Malik yang dituduhnya seorang barua kepada Ena. Mereka berbaik semula dan Malik juga bersetuju menulis satu adegan untuk para veteran. Hujan lebat membanjirkan lokasi dan produksi tersebut menghadapi keadaan muflis. Ena dibuang kerja oleh Malik yang sudah serik dengan perangainya.

Ena memutuskan hubungannya dengan Shark. Dia pergi ke rumah Daud untuk meminta bantuannya memujuk Malik, tetapi hanya Zai berada di situ. Ena dan Zai mempunyai detik kemesraan atas perkongsian sayang mereka terhadap bidang lakonan. Ena juga memohon keampunan Daud. Pada keesokan harinya dia datang ke set penggambaran untuk cuba mendapatkan wataknya semula. Malik naik angin dan memberitahu Ena sebab-sebab dia tidak dimahukan lagi untuk wayang ini. Akhirnya Malik memberikan Ena peluang terakhir dengan mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan olehnya.

En.Borhan tiba pada keesokan harinya untuk memberitahu semua orang yang dia kini pokai. Dia sempat memberikan gaji terakhir, namun Malik memberitahunya bahawa mereka perlu melakukan penggambaran semula. Mereka sanggup untuk tidak dibayar agar dapat merealisasikan hasrat ini. Malik mendapat panggilan dan mengumumkan bahawa seniwati Zai telah kembali kepada Rahmatullah. Semua orang menghadiri pengebumian tersebut.

Pada babak terakhir, Ena dan Zizie datang untuk memberitahu Malik bahawa filem mereka berjaya ditayangkan dengan hanya lima potongan. Malik memusnahkan sebuah kerusi dalam kegembiraan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Layar Lara ialah filem ketiga arahan Shuhaimi Baba selepas Selubung (1992) dan Ringgit Kasorrga (1995). Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dengan ceritanya digarap oleh Fatimah Abu Bakar. Menurut Shuhaimi, filem ini diterbitkan bagi memberi penghargaan kepada seniman veteran tanah air pada era 1950-an.[6][7]

Tajuk asal filem ini ialah Ekstra Terakhir, namun ditukar kepada Layar Lara semasa pra-penerbitan dijalankan. Ida Nerina diberikan watak utama sebagai Ena Manjalara, seorang pelakon muda yang bercita-cita tinggi. Menurut Ida, wataknya dalam filem itu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya sambil berkata: "Saya cintai Manjalara".[8] Filem ini juga menandakan penampilan sulung model dan ratu cantik, Kavita Kaur dalam bidang lakonan.[9] Ia juga merupakan lakonan sulung penyanyi, Man Bai dan vokalis kumpulan Teacher's Pet, Maman.[10] Man Bai, yang terkenal dengan lagu "Kau Ilhamku", mengakui bidang lakonan bukanlah satu tugas yang mudah baginya.[11] Shazleen Shahbi, yang sebelum ini berlakon dalam filem Selubung dan Ringgit Kasorrga arahan Shuhaimi, memegang watak sebagai Jan.[12] Shuhaimi turut menjelaskan bahawa ia bukan sebuah filem skandal seperti yang disangka.[13] Barisan pelakon lain termasuk Sidi Oraza, Azean Irdawaty, Melissa Saila dan Ismail Hutson. Turut berlakon ialah seniman veteran Aziz Jaafar, Mahmud Jun, Aziz Sattar dan Siput Sarawak. Layar Lara menandakan penampilan filem terakhir Siput Sarawak sebelum kematiannya pada 3 Jun 1999 dan Mahmud Jun sebelum kematiannya pada 14 Februari 2002.

Penggambaran dijalankan dalam tempoh 2 bulan, iaitu pada November 1995 dan Januari 1996. Shuhaimi dilaporkan mahu menerima sumbangan penaja untuk membiayai kos promosi filem ini.[14][15]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Album runut bunyi Layar Lara mengandungi sebanyak 10 lagu termasuk 2 lagu instrumental. Ia dikeluarkan bagi mempromosikan filem ini dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia.[16]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenyanyi Masa
1. "Layar Lara" (Prolog)Maman 6:02
2. "Kupinjam Wajahmu"  Teacher's Pet 5:01
3. "Manja Lara"  Maman 4:32
4. "Trans Lara" (Planet Picture)Ida Nerina 4:24
5. "Keroncong Lara" (Instrumental)Maman, Mohar 0:58
6. "Kalau Mahu Kenal"  Azean Irdawaty 2:58
7. "Kau Ilhamku"  Man Bai 4:49
8. "Sering Kali"  Teacher's Pet 5:05
9. "Senandung Lara" (Instrumental)Maman, Mohar 3:08
10. "Layar Lara" (Epilog)Mohar 5:12

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh daripada catatan media album OST Layar Lara.[17]

  • Maman - penerbit
  • Nasser Abu Kassim - penerbit eksekutif
  • Ahmad Razali - jururakam, juruadun
  • Razman Mohd Nor - jururakam
  • Twin Studio - studio rakaman
  • Norman - A&R
  • Adonis - A&R
  • Sharon - A&R
  • Sue Kok - reka bentuk album
  • Werk Haus - montaj

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Layar Lara dikeluarkan pada 9 Februari 1997 sempena Hari Raya Aidilfitri.[18][19] Majlis pelancaran filem ini diadakan secara gilang-gemilang di sebuah hotel terkemuka sebelum Ramadan dan telah disiarkan secara langsung di TV2,[20] manakala majlis pratontonnya diadakan di pawagam mini P. Ramlee pada 28 Januari 1997 dan mendapat reaksi positif di kalangan pelajar Akademi Filem Malaysia (AFM) dan Universiti Malaya (UM).[21] Filem ini telah mencatat kutipan sederhana kira-kira RM600,000 sahaja selepas 10 hari tayangan di pawagam.[22][23]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Khairana Sabtu, menulis untuk Berita Minggu, memuji filem ini sambil menulisnya sebagai sebuah filem yang "mantap".[24] Penulis lirik, Habsah Hassan menyatakan kepujiannya terhadap filem ini dan menganggapnya sebagai "suatu medium yang terbaik untuk karyawan seni melihat 'kepincangan' yang berlaku dalam dunia perfileman".[25]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Layar Lara dipilih menyertai Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur ke-3 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 September hingga 10 Oktober 1997.[26] Filem ini pada asalnya dicalonkan ke Festival Filem Asia Pasifik ke-42 yang berlangsung pada Oktober,[27] namun gagal dipertandingkan apabila tercicir daripada pencalonan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.[28][29]

Di Festival Filem Malaysia ke-13 yang berlangsung pada 28 Disember 1997, Layar Lara telah memenangi 9 anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.[30][31][32] Di Festival Filem Antarabangsa Brussels ke-19 yang berlangsung di Brussels, Belgium pada 9 November 1997, Shuhaimi telah memenangi Pengarah Terbaik bagi kategori Filem Bahasa Asing.[33][34][35] Beliau turut menerima Anugerah Khas Juri di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-6 yang diadakan di Pyongyang, Jepun.[36]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1997 Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussels ke-19 Pengarah Terbaik (Kategori Bahasa Asing) Shuhaimi Baba Menang
Festival Filem Malaysia ke-13 Filem Terbaik Layar Lara Menang
Pengarah Terbaik Shuhaimi Baba Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Sidi Oraza Menang
Pelakon Wanita Terbaik Ida Nerina Menang
Cerita Asal Terbaik Fatimah Abu Bakar Menang
Lakonlayar Terbaik Shuhaimi Baba Menang
Sinematografi Terbaik Keong Low Menang
Pelakon Harapan Lelaki Man Bai Menang
Anugerah Khas Juri - Poster Terbaik Layar Lara Menang
1998 Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-6 Anugerah Khas Juri Shuhaimi Baba Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Catatan penerbitan Layar Lara". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ "'Layar Lara' sempena Raya". Berita Harian Singapura. 7 Februari 1997. m/s. 6.
  3. ^ "After the movie comes the footwork" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 11 Februari 1997. m/s. 6.
  4. ^ "Kavita sorok rahsia". Harian Metro. 12 September 1996. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  5. ^ Rosidi Daud (14 Disember 1996). "Stars who graced the cinema" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  6. ^ Zainal Alam Kadir (2 Disember 1995). "Shuhaimi honours the veterans" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  7. ^ "Paying tribute to local film-makers of 50's" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 20 November 1995. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  8. ^ "'Saya cintai Manjalara'". Berita Minggu. 18 Februari 1996. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  9. ^ Zurina Waji (25 Februari 1996). "Saya bukan Cindy Crawford". Metro Ahad. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  10. ^ Zainal Alam Kadir (21 November 1995). "Singers Man Bai and Maman doing fine in debut movie" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  11. ^ Marina Abdul Ghani (22 Februari 1996). "Acting is tough, says Man Bai" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  12. ^ Hartati Hassan Basri (7 Februari 1996). "Shazleen terus berjuang bersama Shuhaimi". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  13. ^ "Pengarah: Layar Lara bukan filem skandal". Berita Harian Singapura. 1 Februari 1996. m/s. 6.
  14. ^ "Layar Lara perlu penaja". Harian Metro. 17 Disember 1996. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  15. ^ "Filem Layar Lara sabar menanti". Harian Metro. 13 November 1996. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  16. ^ "Soundtrack Layar Lara bermutu". Metro Ahad. 11 Februari 1997. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  17. ^ Layar Lara: Soundtrack (Catatan media). Pelbagai artis. Warner Music Malaysia. 0630-16630-2.CS1 maint: others (link)
  18. ^ Roslen Fadzil (1 Disember 1996). "Layar Lara imej sejiwa". Metro Ahad. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  19. ^ Suraya Al-Attas (11 Februari 1997). "'Layar Lara' lives up to all the hype" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  20. ^ Hartati Hassan Basri (1 Februari 1997). "Pelancaran Layar Lara di TV2". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  21. ^ "Layar Lara pikat pelajar". Harian Metro. 30 Januari 1997. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  22. ^ Roslen Fadzil (21 Februari 1997). "Kutipan Layar Lara sederhana". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  23. ^ "Shuhaimi kecewa dengan hasil kutipan Layar Lara". Berita Harian Singapura. 25 Februari 1997. m/s. 6.
  24. ^ Khairana Sabtu (2 Februari 1997). "Layar Lara mantap". Berita Minggu. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  25. ^ Roslen Fadzil (15 Januari 1997). "Habsah puji Layar Lara". Harian Metro. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  26. ^ "Layar Lara sertai FFAKL3". Harian Metro. 27 September 1997. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  27. ^ Roslen Fadzil (11 September 1997). "Layar Lara sah wakil negara". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  28. ^ Roslen Fadzil (8 Oktober 1997). "Layar Lara tersingkir". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  29. ^ "Disqualified" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 8 Oktober 1997. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  30. ^ Roslen Fadzil (29 Disember 1997). "Rekod terbaik Shuhaimi". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  31. ^ Suraya al-Attas; Hafidah Samat (29 Disember 1997). "'Layar Lara' sweeps nine awards at festival" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  32. ^ Azman Ahmad (31 Disember 1997). "String of success for Shuhaimi" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  33. ^ "Layar Lara harum negara". Harian Metro. 12 November 1997. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  34. ^ Karim Sulaiman (11 November 1997). "Pengiktirafan filem Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  35. ^ Joseph Bingkasan (11 November 1997). "Shuhaimi wins top award at Brussels film festival" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  36. ^ "Jogho, Layar Lara ke Pyongyang". Berita Harian. 3 November 1998. Dicapai pada 6 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]