Pergi ke kandungan

Azwan Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azwan Ali
ازوان علي
Azwan Ali semasa sesi fotografi di Menara Star pada 4 November 2009.
Kelahiran
Mohamed Azwan bin Haji Ali

(1966-02-13) 13 Februari 1966 (umur 60)
Hospital Kandang Kerbau, Singapura
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
PekerjaanPengacara, penerbit, pengarah, pelakon
Tahun aktif1988–kini
Karya
Filemografi
IbuHajah Che Tom Yahaya
BapaUstaz Haji Ali Omar
Keluarga

Mohamed Azwan bin Haji Ali dilahirkan pada (13 Februari 1966)[1] ialah seorang pengacara, penerbit, pengarah dan pelakon Malaysia.

Kehidupan awal dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Beliau seorang dilahirkan di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Beliau dan seluruh keluarganya asalnya merupakan warganegara Singapura namun ibu bapa beliau akhirnya memilih untuk menjadi warganegara Malaysia selepas pemisahan Singapura dan Malaysia tahun 1965. Keluarga beliau memilih untuk tinggal di Kampung Klang Gate Baru, Gombak, Kuala Lumpur dan situ jugalah tempat Azwan Ali dibesarkan. Azwan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991, dan sebelum itu juga turut mendapat sijil diploma di Universiti Teknologi MARA. Bapanya Ustaz Haji Ali Omar berasal dari Jurong , Singapura dan ibunya Hajah Che Tom Yahaya berasal dari Changi, Singapura dan kini menetap di Kampung Klang Gate, Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor, Malaysia.

Azwan Ali pernah berlakon filem Aku No. 1 arahan Datuk Haji Aznil Nawawi serta memenangi Anugerah Televisyen Asia Terbaik 1999 untuk kategori rancangan "Bual Bicara Terbaik" menerusi program kelolaannya Cit Cat Azwan yang bersiaran selama 12 tahun di Astro Ria. Azwan juga bergelar pengarah drama dan sitkom dan terkenal dengan telefilem Lontong (1995) dan Sambal (1996). Beliau terkenal dengan ungkapan See My Level World Class.[2] Selain itu juga Azwan Ali terkenal juga dengan nama manjanya AA atau Baby AA.

Azwan dilahirkan pada 13 Februari 1966 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Bapanya seorang guru ugama dan kerani yang bernama Haji Ali Omar asal Jurong, Singapura (1927–1999) dan ibunya adalah seorang surirumah yang bernama Hajah Che Tom Yahaya asal Changi, Singapura (1935–2017) adalah surirumah. Salah seorang abang kepada Azwan adalah ahli politik terkemuka Malaysia iaitu Dato' Seri Azmin Ali. Azwan kemudian dibesarkan di Kampung Klang Gates, Melawati dan bersekolah di Setapak High School setelah ibu dan bapanya memilih untuk menjadi warganegara Malaysia. Pada tahun 1985, Azwan melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran awam di Universiti Teknologi MARA cawangan Dungun, Terengganu. Selepas itu beliau memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1989.

Bersama TV3 (Muzik Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Melodi)

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Azwan sebagai pengacara televisyen bermula apabila beliau menyertai TV3 pada 13 Mac 1988 setelah menjalani ujibakat yang dicadangkan oleh pengacara Wan Zaleha Radzi. Wan Zaleha mengesan bakat Azwan setelah menghadiri program bersama mahasiswa Universiti Malaya yang dikelolakan oleh Azwan. Azwan ditugaskan sebagai pengacara program permintaan lagu popular iaitu Sampaikan. Bakatnya diasuh menjadi pengacara seawal usia 22 tahun. Azwan sempat mencuba bakat sebagai pelakon apabila membintangi drama televisyen berjudul Naik Tangga Turun Tangga pada 1989 dan selepas itu filem Harry Boy (1991). Azwan juga diundang berduet dengan penyanyi Wann dalam lagu Nilai Cinta.

Pada tahun 1989, Azwan mengambil alih tugas sebagai pengacara program hiburan mingguan popular Muzik Muzik bersama gandingannya Charmaine Agustine. Melalui rancangan itulah Azwan menempa nama sekaligus menjadikan program tersebut beserta acara tahunan Anugerah Juara Lagu ke puncak populariti di seluruh Malaysia. Di TV3 Azwan juga bergelar penerbit dan menjadi orang penting dalam pembentukan kandungan rancangan TV popular seperti Melodi, Skrin, Teleskop, Mikroskop, In-Person dan banyak lagi. Ketika bersama TV3 beliau menjadi pelopor kepada gaya baharu pengacaraan dan menjadi rujukan buat ramai pengacara baru selepas itu. Azwan terkenal kerana kecekapan dan kebijaksanaan beliau dalam mengendali program berunsur hiburan. Pada tahun 1994, beliau meraih penghargaan sebagai Personaliti TV Terbaik di Anugerah Skrin yang pertama.

Setelah itu Azwan sempat meneruskan bakat lakonannya dalam drama Perang Mertua gandingan bersama aktres Nor Aliah Lee pada tahun 1995. Azwan juga mengarahkan banyak drama komedi berunsur parodi untuk siaran TV3. Antara yang paling diingati adalah drama bersiri Sambal (1994–1996) dan drama raya Lontong (1996). Azwan menerbitkan rancangan gossip Melodi selama beberapa tahun ketika Seniwati Fauziah Ahmad Daud ditugaskan sebagai pengacara. Ketika itu pelbagai pembaharuan diperkenalkan oleh Azwan bagi menarik ramai penonton menyaksikan program tersebut. Azwan juga pernah mengemudi program bual bicara forum iaitu Teleskop dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Mikroskop gara-gara kontroversi yang melibatkan kenyataan yang diberikan oleh artis-artis yang terlibat. Azwan bersama TV3 selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tetap sebagai personaliti TV3 pada tahun 1997.

Pada tahun 1997, Azwan membintangi filem box office Puteri Impian dengan melakonkan watak sebagai dirinya sendiri. Dalam filem tersebut watak gadis kilang lakonan Amy Mastura digambarkan sangat meminati Azwan dan program kendalian Azwan di kaca televisyen.

Bersama Astro (Cit Cat Azwan)

[sunting | sunting sumber]

Setelah meninggalkan TV3, Azwan menubuhkan Azwan Ali Production. Tak lama selepas itu beliau dilamar Astro yang masih baru beroperasi ketika itu untuk menerbitkan sendiri. Azwan bermula dengan program Action! pada 1997 namun program itu dibatalkan dan disyorkan untuk digantikan dengan program bual bicara kendalian Azwan sendiri. Pada Julai 1998, maka program Cit Cat Azwan mula bersiaran di saluran Astro. Program bual bicara santai Azwan menemubual artis-artis tempatan dan serantau itu mendapat perhatian ramai dan pujian penonton televisyen. Pada tahun 1999, Azwan berjaya merangkul anugerah Program Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-8 di Singapura.

Rancangan Cit Cat Azwan bersiaran selama 12 tahun dan cukup terkenal dengan kata tanda "Amboi, Amboi, Amboi". Seiring itu Azwan juga berjaya mengumpulkan puluhan artis setiap tahun untuk meraikan Parti Cit Cat Azwan yang diadakan di pusat peranginan terkemuka seluruh negara. Program ini dianjurkan dari tahun 1999 hingga 2007 di mana ramai artis terlibat juga diberikan penghargaan dalam malam anugerah khas. Setelah ditamatkan kontrak di Astro dan tamatnya rancangan Cit Cat Azwan, beliau kembali ke TV3 untuk program bual bicara Jangan Tidur Lagi digandingkan bersama selebriti Adlin Aman Ramli. Jodoh Azwan bersama program ini tidak bertahan lama apabila hanya bersiaran selama 2 musim sahaja sebelum diganti oleh pengacara lain.

Bergelar Diva AA

[sunting | sunting sumber]

Setelah itu Azwan agak terumbang-ambing dalam kerjaya seninya apabila tidak lagi menjadi pilihan utama stesen televisyen. Namun begitu setiap kali kemunculannya di TV, terutama setelah memperkenalkan karekter Baby AA (untuk program Propaganza) dan Diva AA pasti meninggalkan impak dan menjadi topik perbualan umum hingga beliau dikenali sebagai Artis Kontroversi.

Pada tahun 2013, Azwan menyertai program realiti masakan Masterchef Celebrity Malaysia dan setahun selepas itu Masterchef Celebrity All Stars. Pada 2015, beliau menyertai barisan artis muda dalam program ala Running Man, iaitu Lari tayangan TV9. Penampilan Azwan dalam program tersebut digemari ramai kerana aksi lucu dan jujurnya. Setelah itu Azwan juga muncul dalam rancangan Aku Yang Masak Kau Yang Panas siaran Astro.

Kancah Politik

[sunting | sunting sumber]

Sejak 2016, Azwan tidak lagi aktif di kaca TV dan hanya muncul sekali sekala baik sebagai tetamu ataupun juri undangan. Pada 2018, Azwan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14 di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas menentang abangnya, Azmin[3][4]. Biarpun tewas, kisah Azwan tular di media massa. Penglibatan Azwan dalam kancah politik sedikit sebanyak menenggelamkan kerjaya seninya. Pada 2019, Azwan kemudian mengumumkan untuk berpindah ke London, United Kingdom namun kembali semula ke Malaysia sejurus sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21.

Keputusan Pilihanraya Umum DUN Bukit Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[5][6][7][8]
Tahun Dewan Undangan Negeri Undi % Calon Lain Undi % Jumlah Undian Majoriti %
2018 N19 Bukit Antarabangsa, P99 Ampang. Mohamed Azwan Ali (Bebas) 90 0.23% Mohamed Azmin Ali (PKR) 30,892 79.64% 39,057 25,512 84.44%
Salwa Yunus (UMNO) 5,380 13.87%
Syarifah Haslizah Syed Ariffin (PAS) 2,311 5.96%
Ahmad Kamarudin (PRM) 116 0.30%

Comeback 2020

[sunting | sunting sumber]

Setelah beberapa tahun menyepi dan terlibat dalam kancah politik negara, Azwan kembali semula ke kaca TV3 melalui program Lagu Cinta Kita musim kedua bergandingan bersama Elly Mazlein [9]. Program ini mendapat pujian ramai dan ditonton lebih 3 juta penonton setiap minggu sekaligus melonjakkan kembali nama Azwan yang dirindui penonton [10].

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Single/Vokal

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album Label
Era Muzik.fm Muzik-muzik
1992 "Nilai Cintamu"
duet bersama Wann Rasyidah
Koleksi Nostalgia: Versi Duet [11] SCS
1993 "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" Hari Raya Seribu Bintang [12] Suwah (Suria Records)

Penciptaan/Idea Lagu

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Artis Label Nota
2010 Apa Ku Kisah? One Nation Emcees Monkey Bone (EMI)
2017 Amboi Altimet Kartel Records (Sony Music) Penampilan khas
2019 Ha Tepok! Kidd Santhe Sony Music
2020 See My Level Asyraf Naser Independent
2022 Kajima Meer Nash Universal Music Penampilan khas

Video Muzik

[sunting | sunting sumber]

Penampilan Di Dalam Video Muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Artis Label Nota
2017 Amboi Altimet Kartel Records (Sony Music) Secara grafik
2023 Faham Tak? Alyssa Dezek XENO Entertainment
2025 Lagu Lelaki Gila Naim Daniel XO House

Pengarahan Video Muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Artis
1989 Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi Ramlah Ram
1990 Bercanda Di Pasiran Pantai Anita Sarawak & Sudirman Arshad
Salam Aidilfitri Jamal Abdillah
1997 Nostalgia Aidilfitri Sharifah Aini
1999 Kesuma Hati Ziana Zain
2000 Kembalilah Sayang Dayang Nurfaizah
2001 Seandainya Masih Ada Cinta (Malaysia Version) Dayang Nurfaizah
2002 Bisikan Hati Siti Nurhaliza

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pencalonan Kategori Majlis Keputusan
1992 Azwan Ali ("Harry Boy") Pelakon Filem (Pembantu) Lelaki Popular Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-6 Tercalon
1994 Azwan Ali Personaliti TV Pilihan Anugerah Skrin TV3 Menang
1995 "Teleskop" Penerbitan Rancangan Hiburan TV Terbaik Anugerah Skrin TV3 Menang
"Sampaikan Aidilfitri" Tercalon
1996 "Muzik-Muzik 10" Penerbitan Rancangan Hiburan TV Terbaik Anugerah Skrin TV3 Tercalon
1999 "Cit Cat Azwan" Bual Bicara Terbaik (Hiburan) Asian Television Awards Menang
2000 "Cit Cat Azwan" Hiburan TV Terbaik [13] Asian Television Awards Tercalon
2004 "Cit Cat Azwan" / "Hits 1" Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Tercalon
2005 "Cit Cat Azwan" / "Hits 1" Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Tercalon
2007 "Cit Cat Azwan" Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Tercalon
2010 Dirinya sendiri Artis Paling Sensasi (Lelaki) Anugerah Sensasi Pilihan Pembaca Media Hiburan 2009 Menang
"Jangan Tidur Lagi" Bual Bicara Terbaik Anugerah Skrin TV3 Tercalon
2018 "Amboi" - Altimet/ D. Navigator Finalis (Azwan sebagai komposer yang tidak dikreditkan) Anugerah Juara Lagu ke-32 Tercalon
2021 Dirinya sendiri Achievement in Television ASEAN Inspiring Awards Menang

Budaya Pop

[sunting | sunting sumber]

Azwan Ali merupakan antara pengacara televisyen terawal yang diangkat sebagai personaliti TV. Ini kerana popularitinya merentasi pelbagai kaum dan kemunculannya yang konsisten di kaca televisyen untuk program berbentuk hiburan dan komedi.

Cogankata

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang bergelar selebriti , Azwan banyak menggunakan cogankata (tagline) dan ungkapan (quotes) yang kemudiannya menjadi ikutan masyarakat umum.

Cogankata /Ungkapan Asal Nota
"Tungguu" Suara latar Melodi Dimuatkan dalam dialog filem "Puteri Impian"
"Salam Siaran" Mula diperkenalkan melalui program Sampaikan Turut dipopularkan pengacara Christine Ling
"Dek Non" Gelaran kepada rakan artis Diolah kepada "Bang Non" untuk menggelar Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2011)
"Ha! Tepuk!" atau "Tepuklah Sikit" Digunakan sewaktu mengacarakan Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu Kemudiannya dipopularkan oleh pelawak Sharifah Sakinah (2017) dan diadaptasikan sebagai lagu dengan judul sama oleh Meerfly dan Kid Santhe (2019). "Tepuklah Sikit" turut dipopularkan oleh pengacara Viviana Abdullah.
"Amboi Amboi Amboi" Digunakan sewaktu mengacarakan Cit Cat Azwan Kemudiannya diadaptasi menjadi lagu berjudul Amboi oleh rapper Altimet
"Kau Rasa?" Digunakan dalam program Cit Cat. Distailkan sebagai "Ko Gha-ser?"
"Kau Ada?" Digunakan dalam program Cak Cak Pernah dijadikan inspirasi judul filem komedi Aku Ada, Kau Ada??? lakonan Kamal Adli dan Shaheizy Sam
"Kau Mampu?" Digunakan dalam program Cak Cak
"Ada Aku Kisah?" Terpacul sewaktu menjawab soalan panas wartawan Kemudiannya diadaptasi menjadu lagu berjudul Apa Ku Kisah oleh kumpulan One Nation Emcees
"Why Bother? Why Bother? Why Bother?" Digunakan di laman sosial media (Twitter) Kemudiannya diabadikan sebagai program podcast "Why Bother?" di aplikasi Ais Kacang
"See my level" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Beberapa kali ditampilkan dalam program komedi oleh pelawak tempatan; dijenamakan pada produk minyak angin.
"(Duit) Berkepuk-kepuk! Berkepuk-kepuk" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Dioleh dalam dialog drama "Diva Popular"
"Sempudal" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Membawa maksud 'mulut yang kotor'
" Mulut-mulut Hanswang" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Berasal daripada 'hanjeng' atau anjing; merujuk kepada kaki tipu
"Nerakazen" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Merujuk kepada netizen/ haters yang menghinanya di media sosial
"World class only!" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Ditambah pada cogankata "See My Level"
"Melayu Mulia Syurga" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Merujuk kepada peminat setianya
"2 X 5, 5 X Babi!" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Tular ketika 'perutusan khas' beliau sempena Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21
"Tersedap di muka bumi" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Digunakan untuk mempromosikan perniagaan Rendang Chef Diva / Rendang Mak Tom
"Mokluu" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram)
"Sangkak" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Bermaksud seseorang yang bertaraf rendah.
"Kau Sekolah Tak? Kau SRP Lepas Tak?" Digunakan di laman sosial media (Twitter/ Instagram) Ditujukan buat haters. SRP bermaksud "Sijil Rendah Pelajaran" , peperiksaan awam untuk peringkat menengah rendah.
"Haus Di Aidilfitri" Diperkenalkan dalam rancangan Cit Cat Azwan Ditujukan kepada situasi atau sesuatu yang sendu, kurang menarik


Ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 , Azwan menggunakan media sosialnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya duduk di rumah. Video amaran kepada orang ramai melalui laman Instagramnya kemudian tular dan jadi ikutan warganet.

Alter Ego

[sunting | sunting sumber]

Azwan juga dikenali kerana karekter uniknya dalam dunia hiburan. Sejak 2011 beliau menjenamakan dirinya dengan karekter Baby AA , seorang kaki gosip jalanan berambut merah jambu dan menggunakan pembesar suara untuk rancangan Propaganza [14]. Namun karekter ini dikecam ramai [15].

Selepas itu beliau menamakan dirinya sebagai Diva AA pada 2014, yang sering membawa monopod untuk berselfie bersama peminat dengan tanda pagar #SelfieWithDivaAA [16]. Namun imej asli Azwan sebagai Azwan Ali ternyata mendapat reaksi positif dan dialu-alukan oleh warganet [17].

Sepanjang bergelar selebriti , personaliti Azwan telah beberapa kali diselitkan sebagai lawak jenaka dalam program hiburan dan filem tempatan. Berikut adalah antara parodi yang melibatkan watak beliau, tidak termasuk drama/filem yang menampilkan Azwan memegang watak dirinya sendiri.

Tahun Drama Pelakon Nota
2011 Mak Aku Artis Zizan Nin Zizan membawakan watak wartawan hiburan mirip Azwan
2012 Maharaja Lawak Mega 2012 Johan Johan membawakan watak "Baby AA", wartawan Propaganza (disebut sebagai Propaganjil)
2013 MeleTOP Jihan Muse Jihan membawakan watak "Diva AA" , peserta Masterchef Selebriti
2021 MeleTOP Danial Zaini Danial memparodikan aksi perutusan khas PKP oleh Diva AA
2022 Gelak 90 Saat Diva BB Ayam Pasu Tiktoker asal Pulau Pinang memparodikan aksi Diva AA sebagai watak Diva BB
2023 Famili Duo 4 Danial Zaini Danial memparodikan aksi "Diva AA" dengan nama "Diva ABC" dalam persembahan akhir Syarif dan Syaiful Zero
2024 Muzikal Lawak Superstar 4 Diva BB Ayam Pasu Diva BB kembali memparodikan Diva AA dengan ayat "KL-Semenyih" ketika menyertai persembahan kumpulan Sarkas.

Kerjasama Lazim

[sunting | sunting sumber]

Azwan Ali dikenali sebagai selebriti yang pernah bekerja dengan hampir kesemua artis yang aktif di era 90an dan 2000an melalui program-program kendaliannya. Terdapat beberapa selebriti yang kerap bekerjasama dengannya sepanjang pembabitan sejak 1988.

Artis Sampaikan
(1988-1994)
Muzik Muzik
Anugerah Juara Lagu

(1989-1996)
Melodi
(1994-1996)
Lontong
(1995)
Sambal
(1996)
Cit Cat Azwan
(1998-2009)
Cak Cak
(2000-02;2008-09)
Aku No. 1
(2004)
MasterChef Malaysia
(2012-2014)
Lagu Cinta Kita
(2020-2021)
Norlia Ghani X markN X markN X markN X markN
Charmaine Augustine X markN X markN
Aznil Nawawi X markN X markN X markN X markN X markN X markN
Farouk Hussain X markN X markN X markN X markN X markN X markN
Ogy Ahmad Daud X markN X markN X markN X markN
Chef Wan X markN X markN
Sheila Rusly X markN X markN
Shamsul Ghau Ghau X markN X markN X markN X markN X markN
Sharifah Shahora X markN X markN X markN
Salih Yaacob X markN X markN X markN X markN X markN X markN
Jaafar Onn X markN X markN X markN X markN
Mas Idayu X markN X markN
Louisa Chong X markN X markN X markN
Rosnah Mat Aris X markN X markN X markN X markN X markN
Syanie Hisham X markN X markN X markN X markN
Elly Mazlein X markN X markN

Di awal kemunculan Azwan tidaklah gempar sebagai artis kontroversi, walaupun statusnya ketika itu adalah pengacara televisyen yang paling popular sejak pengacara lagenda Taufik Latif. Gosip pertama melibatkan Azwan adalah mengenai hubungannya dengan penyanyi jelita Fauziah Latiff yang mana penyanyi itu mendedahkan mereka hanya kawan pada tahun 1991 [18]. Pada tahun 1992, wartawan Utusan Melayu - Saodah Ismail menulis komennya mengenai karekter Azwan yang disifatkan sebagai "Syok Sendiri" [19] , "Over", dan "Gila Glamor" [20]. Azwan juga pernah dikecam hebat oleh penonton apabila membuat kenyataan "Melayu belacan" secara berseloroh dalam program Muzik Muzik pada tahun 1994 [21], manakala Azwan pernah didakwa melenting apabila dikatakan akan meninggalkan program Muzik Muzik dan Mikroskop [22].

Pada tahun 1995, penyanyi Ziana Zain pernah mengeluarkan kenyataan di Media Hiburan berbunyi "Azwan Ali is not my taste" bermaksud Azwan bukan lelaki yang diidamkannya[23]. Kenyataan ini mengguriskan hati Azwan setelah beberapa kali beliau mencuba untuk memikat penyanyi terkenal itu [24]. Setelah itu Azwan enggan lagi dikaitkan dengan penyanyi bersuara lantang itu [25]. Salah sebuah program bual bicara kendalian Azwan iaitu "Teleskop" pernah menggemparkan negara apabila artis undangan yang memberi pendapat dilihat terlalu terbuka dan tidak mengambil kira sensitiviti penonton, akhirnya program ini dimansuhkan ekoran bantahan umum[26].

Azwan mendedahkan salah satu punca beliau meletakkan jawatan sebagai pengacara dan penerbit di TV3 adalah kerana keputusannya untuk melepaskan Siti Nurhaliza (artis baru ketika itu) untuk bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 11 biarpun penyanyi itu tidak dapat hadir ke peringkat latihan dan raptai kerana menghadapi peperiksaan SPM [27]. Azwan mendedahkan dia meletakkan notis 24 jam setelah berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-11 menjelang tahun baharu 1997 setelah berkhidmat selama 10 tahun di stesen nombor 1 ketika itu [28]. Setelah meninggalkan TV3, Azwan tidak menoleh ke belakang dan terus melancarkan Azwan Ali Productions [29]. Azwan juga pernah mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Datuk Mohamed Rahmat setelah meninggalkan stesen swasta itu [30].

Ketika berlakunya Reformasi (Malaysia) pada tahun 1997-1998, Azwan dilihat menemani adiknya Ummi Hafilda Ali yang terlibat sebagai saksi utama kes tuduhan salah guna kuasa bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim [31] [32]. Rancangan Cit Cat Azwan mula disiarkan pada tahun 1998 [33] dimana ketika itu penyanyi terkenal Ziana Zain baru saja melangsungkan perkahwinan [34]. Azwan Ali yang pernah dikaitkan dengan Ziana telah mengemukakan saman malu kepada penerbit rancangan Melodi, Michael Christian Simon,berserta stesen TV3 dan gandingan pengacara Fauziah Ahmad Daud dan Saiful Apek [35] [36] kerana memetik namanya sebagai "melalak kerana Ziana kahwin" [37]. Tuntutan saman berkenaan ditolak oleh mahkamah [38], dan pada 25 Oktober 2000 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memerintahkan Azwan membayar kos sebanyak RM29,156.20 kepada Fauziah Ahmad Daud dan RM49,650.00 kepada TV3 berhubung kegagalannya dalam saman malu [39] [40].

Adik Azwan, Ummi Hafilda pernah memfailkan saman kepada akhbar tabloid Bacaria kerana didakwa memfitnah Ummi dan Khairuddin Abu Hassan sudah berkahwin hingga menjejaskan peluangnya untuk berkahwin [41]. Pihak penerbitan itu mendakwa mereka mendapat informasi daripada saluran internet dan Azwan sendiri [42]. Pada tahun 2000, Chef Wan mencetuskan kontroversi apabila berpakaian menyerupai wanita ketika menjayakan Parti Cit Cat Azwan 2000 di Johor Bahru [43] manakala penerbit terkenal Julie Dahlan [44]pernah menggemparkan dada akhbar apabila penampilannya dalam Cit Cat Azwan disifatkan terlalu terbuka bila berbicara soalan peribadi [45]. Ekoran pertelingkahan antara Azwan dengan beberapa selebriti, pengacara itu digelar Kaki Gaduh [46]. Antara artis yang pernah bermasam muka dengan Azwan ketika itu adalah Jaafar Onn [47], Aznil Nawawi [48] dan Chef Wan [49]. Pada tahun 2004, Azwan pernah membuat laporan polis untuk memastikan Aznil Nawawi berhenti mengganggu hal peribadinya [50].

Pada tahun 2002, telefilem New Boyz The Movie yang diarahkan oleh Azwan telah diharamkan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang tidak membenarkan penampilan watak perempuan yang dilakonkan oleh lelaki. Dalam telefilem komedi tersebut watak pelajar perempuan bernama Siti Payung telah dilakonkan oleh Farouk Hussain. Oleh kerana Siti Payung merupakan salah seorang watak pembantu yang penting, maka cubaan penerbit untuk menyunting semula telefilem tersebut dengan membuang watak Siti Payung telah gagal dan menyebabkan VCD New Boyz The Telemovie tidak dapat dipasarkan [51].Ketika mengacarakan peringkat akhir pertandingan Rentak Juara pada 2004, Azwan pernah tersilap mengumumkan keputusan pemenang hinggakan isu itu meledak di media massa biarpun Azwan telah memperbetulkan keadaan ketika siaran langsung dan memohon maaf[52].

Cit Cat Azwan pernah bersiaran secara eksklusif pada tahun 2006 ketika berlangsungnya siaran langsung perkahwinan penyanyi Siti Nurhaliza . Episod yang dinamakan "Cit Cat Diana Kulai! Diana Mawilah!" bersiaran sebanyak dua episod dan disiarkan serentak dengan perkahwinan Siti sebagai strategi perang rating antara stesen Astro/RTM dan TV3 [53]. Selepas program Cit Cat khas itu Astro bersama RTM menyiarkan pula program "Mawi...Ina" dihoskan oleh Rosyam Nor [54]. Berlanjutan daripada isu Mawi, penyanyi popular itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menolak pelawaan untuk tampil dalam program Cit Cat Azwan [55]. Menurut Mawi, dia mempunyai jadual yang padat dan juga takut dengan konsep program bual bicara itu [56].

Penganjuran Mesra Sokmo Cit Cat Azwan 2007 menjadi kemuncak kontroversi apabila Azwan mendakwa tidak tahu menahu perancangan menjual meja pada malam Gala Mesra Sokmo PCC7 yang telah dibuat oleh syarikat pengurusan majlis dan kerajaan negeri Terengganu tanpa pengetahuan Azwan Ali Productions dan artis-artis terlibat dalam persembahan. Hal ini menyebabkan beberapa artis seperti M. Nasir, Adibah Noor, Ning Baizura dan Hattan tidak mahu membuat persembahan kerana mereka merasakan dipergunakan. Berbeza dengan penganjuran PCC sebelum ini yang dikendali oleh produksi Azwan sepenuhnya, MSCCA 2007 dianjurkan secara bersama kerajaan negeri dan syarikat pengurusan majlis yang dilantik sekaligus menyebabkan tentatif program tersebut kelam kabut dan menyebabkan ramai artis dan rakan media tidak berpuas hati [57], malahan pihak kerajaan negeri dan Azwan saling bertikam lidah memberi kenyataan di akhbar [58] [59]. Tak cukup dengan itu, nama program ini perlu ditukarkan daripada 'Parti' kepada 'Mesra' kerana perkataan parti disifatkan tidak bersesuaian dengan negeri Terengganu [60] . Isu di MSCCA 2007 menyebabkan hubungan Azwan bersama beberapa media menjadi keruh [61] hinggakan digam selama beberapa tahun[62].

Kontroversi antara Azwan dan penyanyi dangdut Ifa Raziah tidak pernah surut sejak sekian lama mereka berkawan. Episod paling kontroversi adalah apabila Ifa menyifatkan Azwan lupa diri ketika berada di Genting Highlands untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 [63], natijahnya Ifa mengumumkan putus kawan dengan pengacara itu [64]. Kereta milik Azwan pernah dicuri pada tahun 2008 [65]. Pada tahun 2009 blog rasmi Azwan pernah dikatakan mendapat amaran daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia kerana kandungan digitalnya yang berunsur gosip yang keterlaluan [66].

Setelah mengacarakan program candawara "Tiada Lama Tiada Baharu" bersama pelawak Didie Alias sejak 2010, Azwan telah digugurkan daripada mengacara musim kedua setelah didakwa pengguguran itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu [67]. Tak lama selepas itu, Azwan pernah mengkritik gaya pengacaraan Didie dan Enot dengan menyifatkan aksi kedua pelawak itu mengacarakan program candawara seperti chimpanzi [68]. Ekoran itu, Azwan dan Didie berbalas kenyataan di laman Twitter hinggalah akhirnya mereka berdamai kembali pada tahun 2017 [69].

Azwan pernah membuat ugutan bunuh terhadap adiknya Ummie Hafilda menerusi laman Twitter. Pada 13 Januari 2012 ,Ummi membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohammad mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah. Akhirnya Azwan Ali dan Ummi Hafilda berdamai.[70]

Azwan menyelar kredibiliti juri program realiti MasterChef Selebriti Malaysia kerana ketidak telusan dalam penjurian setelah dirinya disingkir daripada program itu [71]. Ketika bulan Ramadan 2014, Azwan pernah dikecam hebat oleh warganet dan penjaja bazar Ramadan kerana mengkritik kualiti segelintir juadah berbuka jualan peniaga bazar yang disifatkannya 'rasa seperti sampah' [72]. Ketika negara mengadakan Hari Perkabungan Negara, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menyelar tindakan Azwan yang berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 [73]. Azwan yang menghadiri rapat umum di Dataran Merdeka berkata dia tidak berselfie ketika upacara bertafakur sebaliknya sebelum itu dan tujuannya memuatnaik gambar adalah untuk berkongsi duka [74]. Gara-gara isu ini, Azwan dan Sharnaaz saling berbalas ciapan di laman Twitter mempertahankan tindakan masing-masing [75] hingga mendapat campur tangan daripada Persatuan Karyawan Malaysia [76].

Pada 2015, Azwan pernah bersengketa dengan pengikut laman twitternya gara-gara peminat itu menulis perkataan 'menate' yang disangkanya berbaur kata-kata kejian kepadanya yang sebenarnya merupakan nama sebuah restoran [77]. Azwan akhirnya memohon maaf kepada Restoran Menate setelah episod sengketa itu berpanjangan hingga melibatkan nama baik restoran itu [78]. Provokasi di antara netizen, Azwan, peminat dan restoran itu membawa kepada isu menghina bangsa Melayu sehingga mendapat perhatian Mufti negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menegur tindakan Azwan memaki hamun di media sosial [79], serta mendapat amaran daripada Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup yang mahu membuat laporan polis [80]. Pelakon dan artikek Azhar Sulaiman juga menegur Azwan sebagai seorang kawan namun dimarahi kembali oleh selebriti itu [81]. Tak lama selepas itu, Azwan sekali lagi berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh Tirana Products Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar kicap yang mendakwa Azwan mengeluarkan kenyataan dan video yang bersifat fitnah terhadap produk syarikat tersebut [82].

Pada 18 Februari 2017, ibunda Azwan, Che Tom Yahaya telah menghembuskan nafas terakhir namun kelibat Azwan tidak dilihat hadir menziarah dan menguruskan jenazah hingga ke tanah perkuburan [83]. Azwan enggan mendedahkan punca perbalahan di antara keluarganya dan menyifatkan hanya mereka adik beradik yang tahu kisahnya[84]. Azwan pernah memuat naik video dan beberapa keping gambar beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya yang menyelar tindakan seorang penerbit drama Sheila Rusly yang dikatakan mengeluarkan drama seperti sampah sarap ketika menonton drama tersebut "Misteri Wan Peah" [85] hinggakan Sheila dan suaminya membalas kritikan itu sambil mengajak pelakon-pelakon drama itu juga untuk mengecam Azwan; gara-gara kontroversi ini kata tanda "Kau sekolah tak? Kau SRP lepas tak?" menjadi tular [86]. Persengkataan Azwan-Sheila itu berakhir pada 2019 apabila kedua-dua mereka saling memaafkan[87].

Ketika berlangsungnya Pilihan raya umum Malaysia 2018, Azwan bertanding sebagai calon Bebas (menggunakan simbol Gajah) di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali[88]. Keputusan bertanding itu dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Mohamed Azmin, menjadi kenyataan [89]. Biarpun kempen pilihan rayanya menjadi tular , Azwan hanya mendapat 90 undi dan hilang wang pertaruhan [90].

Pada tahun 2019, Azwan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada rakan artis dan abangnya Azmin sebelum mengumumkan akan berhijrah ke United Kingdom [91]. Azwan menetap di sana sehinggalah terpaksa pulang atas urusan peribadi dan akhirnya terpaksa menetap kembali di Malaysia ekoran penularan wabak COVID-19 [92].

Ekoran daripada salah faham ketika berlangsungnya pesta makanan anjuran Dato Seri Vida dan anaknya Cik B, Azwan telah memaki hamun keluarga itu dengan kata-kata yang mengguriskan hati [93]. Setelah diugut bakal disaman, akhirnya Azwan memohon maaf [94]. Ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21, gelagat Azwan memarahi orang ramai yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang tular sejak kelmarin menjadi perhatian selepas ada pihak menyunting audionya lalu menghasilkan klip video lain hingga menjadi tular [95]. Namun begitu, Azwan didenda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19 pada 24 Mac 2020 [96]. Beliau juga pernah dikecam kerana mengutuk tindakan Siti Nurhaliza pulang awal setelah membuat kemunculan khas bersama Bob Yusof yang menggantikannya di pentas itu [97], serta mempersoal kemenangan penyanyi Naim Daniel di Anugerah Juara Lagu ke-34 yang disifatkannya sebagai tidak terkenal [98]; setelah itu Azwan pernah mempersoalkan kemenangan penyanyi Chubb-E atas sebab yang sama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 [99]. Kedua-dua penyanyi muda itu memberi respon yang sopan terhadap komen pedas Azwan malah mengakui Azwan adalah idola mereka dalam industri seni [100][101].

  1. ^ ""Maafkan saya..." - Azwan, Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-08. Dicapai pada 2014-09-25.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (21 November 2020). "Penangan 'See My Level'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 22 April 2021.
  3. ^ "Azwan aka Diva AA gets 90 votes – yes, he lost". The Star Online. 10 May 2018. Dicapai pada 2018-09-28.
  4. ^ "Embattled Selangor chief faces new rival - his brother". The Straits Times. 26 April 2018. Dicapai pada 2018-09-28.
  5. ^ "Pilihanraya Umum Malaysia". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  6. ^ "14th General Election Result - Selangor". pru14result.bernama.com. BERNAMA. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2018. Dicapai pada 11 May 2018.
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ https://www.xtra.com.my/trending/lagu-cinta-kita-2-diva-aa-kekal-sebagai-hos-jom-recap-episod-3/
  10. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/768497/lagu-cinta-kita-trending-sejak-mula
  11. ^ https://www.discogs.com/release/8919762-Various-Versi-Duet
  12. ^ https://www.discogs.com/release/23493041-Various-Hari-Raya-1001-Bintang
  13. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2325873/cit-cat-beri-peluang-artis-tangkis-gosip
  14. ^ http://buzzera.blogspot.com/2012/03/program-propaganza-bermula-18-mac-di.html
  15. ^ http://tularbuzz.blogspot.com/2012/12/arash-mohd-mengamuk-di-fb-kerana-azwan.html
  16. ^ https://www.facebook.com/640313212654127/posts/adakah-diva-aa-akan-kekalkan-imej-yang-sama-dekat-luarmstarmstar15tahun/3766849753333775/
  17. ^ https://www.kosmo.com.my/2020/11/08/imej-azwan-ali-dipuji/
  18. ^ https://www.klik.com.my/item/story/805383/fauziah-rules-out-romance-for-now
  19. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3006202/azwan-bukan-tamak
  20. ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/419641/azwan-bukan-gila-glamor
  21. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3021563/azwan-dikritik-kerana-sebut-melayu-belacan-
  22. ^ https://www.klik.com.my/item/story/575199/azwan-melenting-
  23. ^ https://oijom.com/not-my-taste-jawapan-ziana-kepada-azwan-ali/
  24. ^ http://www.komedimedia.com/2020/11/30/buat-pertama
  25. ^ https://www.klik.com.my/item/story/642407/azwan-denies-romantic-link-with-ziana
  26. ^ https://www.klik.com.my/item/story/699063/when-the-going-gets-tough-
  27. ^ https://www.youtube.com/watch?v=yVMI7DyFlX8
  28. ^ https://gempak.com/berita-terkini/siti-nurhaliza-if-youre-watching-me-kau-jawablah-azwan-ali-mengaku-bukan-mahu-hentam-tokti-tapi-32266
  29. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3019245/kontroversi-selebat-hujan
  30. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3016710/azwan-tukar-arah
  31. ^ https://okletsgo.sg/eksklusif-diva-aa-menghanjingkan-adik-beradik/
  32. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2386210/pesta-fesyen
  33. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3009905/kehidupan-artis-dalam-cit-cat-azwan
  34. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/10/23/dik-non-tak-boleh-lupa-kisah-lama-dengan-ziana
  35. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4288366/azwan-ali-saman-melodi
  36. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3011481/azwan-kesali-melodi
  37. ^ https://www.coursehero.com/file/65182933/MOHAMED-AZWAN-BIN-HAJI-ALI-v-SISTEM-TELEVISYEN-M-BHD-1PDF/
  38. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1988697/mahkamah-tolak-saman-malu-azwan
  39. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1977347/azwan-diperintah-bayar-rm29-156-20
  40. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1986127/azwan-ali-diperintah-bayar-kos-saman-malu-rm49-650
  41. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2003243/ummi-dakwa-artikel-jejas-peluang-untuk-berkahwin
  42. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1997830/wartawan-beritahu-sumber-artikel
  43. ^ http://arkibnegara.blogspot.com/2014/04/chef-wan-berpakaian-wanita-2000.html
  44. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2437104/-janganlah-tuduh-saya-yang-bukan-bukan-
  45. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2015/05/02/azwan-ali
  46. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2437166/-saya-bukan-kaki-gaduh-
  47. ^ https://www.klik.com.my/item/story/596071/berbaik-semula
  48. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2439609/datuk-pah-siti-datang-tapi-mana-aznil-
  49. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4152763/-tube-talk-
  50. ^ https://www.klik.com.my/item/story/1945654/stop-the-harassment-
  51. ^ http://arkibnegara.blogspot.com/2010/12/vcd-new-boyz-telemovie-diharamkan-2002.html
  52. ^ http://sumie.blogspot.com/2004/10/rentak-juara-apa-dah-jadi-azwan.html
  53. ^ https://simplysiti.wordpress.com/2006/08/27/astro-rtm-potong-jalan-tv3-2/
  54. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2006/08/30/zam-mawiina-show-on-rtm-and-astro-a-hit
  55. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3589870/azwan-s-hungry-for-mawi
  56. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3590029/mawi-take-a-number-azwan
  57. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4239474/mediate-clears-the-air
  58. ^ https://www.klik.com.my/item/story/437012/kerajaan-terengganu-hanya-beri-kebenaran-lokasi
  59. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2311970/mb-nafi-terengganu-taja-cit-cat
  60. ^ https://www.klik.com.my/item/story/619820/mesra-ganti-parti
  61. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4292918/azwan-tuduh-wartawan-durjana-
  62. ^ https://praharaseni.blogspot.com/2007/02/cit-cat-azwan-palit-sejarah-kelat.html
  63. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4304106/-ifa-sampai-silap-waktu-
  64. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4289689/ifa-radziah-umum-putus-kawan-dengan-azwan
  65. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4320644/kereta-azwan-ali-dicuri
  66. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4627530/azwan-diberi-amaran
  67. ^ https://www.mohdrohaizad.com/2011/06/azwan-ali-digugurkan-jadi-pengacara.html
  68. ^ https://www.rotikaya.com/tag/azwan-ali-dan-didie-alias-bergaduh/
  69. ^ https://kisahdunia.com/viral-setelah-6-tahun-bermasam-muka-kini-diva-aa-dan-didie-alias-kembali-comolot/
  70. ^ "Ummi Hafilda-Azwan Ali : Ini 'gencatan senjata' ke ?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-05. Dicapai pada 2014-07-02.
  71. ^ http://hotlips-yuya.blogspot.com/2014/01/azwan-ali-hentam-rancangan-masterchef.html
  72. ^ https://ohmedia.my/umum/azwan-ali-perjelas-isu-bazar-ramadhan-sampah/
  73. ^ Sharnaaz Ahmad menyelar tindakan Azwan Ali yang masih sanggup berselfie ketika rakyat Malaysia sedang berkabung menyambut kepulangan jenazah warga negara ini yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17
  74. ^ https://says.com/my/seismik/selfie-mh17-azwan-ali-cetus-perang-dengan-sharnaaz-apa-kesudahannya
  75. ^ https://www.rotikaya.com/sharnaaz-ahmad-malu-dengan-sikap-azwan-ali/
  76. ^ https://sg.news.yahoo.com/azwan-ali-sharnaaz-ahmad-dipanggil-karyawan-033900105.html
  77. ^ https://ohmedia.my/umum/dimaki-azwan-ali-nur-azira-diundang-berbuka-puasa-di-menate/
  78. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/selepas-digertak-azwan-ali-akhirnya-mohon-maaf-64323
  79. ^ https://beautifulnara.com/mufti-perak-tegur-azwan-ali-maki-peminat-di-twitter/
  80. ^ https://beautifulnara.com/azwan-ali-minta-maaf-dari-abdul-rani-kulup-kerana-maki-hamun-melayu/
  81. ^ https://beautifulnara.com/azhar-sulaiman-tue-siapa-nak-nasihat-aku-azwan-ali/
  82. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/azwan-ali-bakal-disaman-garagara-kicap-90201
  83. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/02/249735/ibu-mb-selangor-meninggal-dunia
  84. ^ https://iluminasi.com/bm/azwan-ali-dedah-punca-tak-hadir-hari-pengebumian-ibu.html
  85. ^ https://www.suria.my/sensasi/trending/kau-memang-s-punya-penerbit-azwan-ali-panas-dengan-sheila-rusly/
  86. ^ http://beritacepatviral.blogspot.com/2017/03/azwan-ali-bengang-sheila-rusli-tak.html
  87. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/07/05/azwan-ali-sheila-rusly
  88. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/amboi-amboi-amboi-calon-bebas-azwan-ali-tampil-bergaya-173991
  89. ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/415465/azwan-ali-sah-tanding-calon-bebas
  90. ^ https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/423659/diva-aa-peroleh-90-undi
  91. ^ https://berita.mediacorp.sg/mobilem/hiburan/diva-aa-minta-maaf-kepada-abangnya-azmin-ali/4294814.html
  92. ^ https://www.themalayapost.my/selebriti-popular-azwan-ali-diva-aa-propa/
  93. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/02/04/cik-b-azwan-ali
  94. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2020/02/11/azwan-ali-mohon-maaf
  95. ^ https://www.projekmm.com/news/berita/2020/03/21/teguran-azwan-ali-dipuji-boleh-bantu-penguat-kuasa-tegur-rakyat-degil/1848672
  96. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/03/669802/covid-19-azwan-ali-didenda-rm17000-hina-petugas-hospital
  97. ^ https://gempak.com/berita-terkini/siti-nurhaliza-if-youre-watching-me-kau-jawablah-azwan-ali-mengaku-bukan-mahu-hentam-tokti-tapi-32266
  98. ^ https://www.thevocket.com/diperlekeh-azwan-ali-naim-daniel-tenang-jawab-cacian-dengan-penuh-matang/
  99. ^ https://www.rotikaya.com/diva-aa-tak-kenal-siapa-chubb-e-mati-mati-ingat-tukang-cuci/
  100. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/02/549719/see-my-level-naim-daniel
  101. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2020/11/18/disamakan-dengan-tukang-cuci-chubb-e-tak-terasa-hati-dengan-diva-aa----kenapa-saya-nak-kena-peduli-apa-orang-kata

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]