Jibon
Jibon | |
---|---|
Pengarah | Nahar Akhbar Khan |
Penulis | Sudiro Sukiman (Cerita Asal) & Nahar Akhbar Khan (Lakon layar) |
Dibintangi | Halim Rahim Melissa Saila Along Kamaludin |
Diedarkan oleh | Grand Brilliance Sdn. Bhd. |
Tarikh tayangan | 7 Mei 1998 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Jibon ialah sebuah filem genre drama Malaysia yang diterbitkan pada 7 Mei 1998. Filem ini telah diarahkan oleh Nahar Akhbar Khan. Filem ini bercerita tentang bagaimana seekor makhluk seperti orang utan (yang dipanggil Jibon) menyelamatkan seorang budak bernama Sani iaitu seorang pengakap sekolah yang dihanyutkan oleh arus sungai. Jibon yang menjadi legenda Orang Asli menyebabkan ia menjadi buruan seorang bomoh bernama Semaun yang mahu mendapatkan keuntungan. Pada masa yang sama bomoh Semaun ingin membalas dendam kepada binatang yang pernah mencederakannya. jibon ditembak oleh Semaun tetapi Sani berjaya melepaskan Jibon dari kurungannya.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Halim Rahim sebagai Jibon
- Melissa Saila sebagai Cikgu Aishah
- Along Kamaludin sebagai Cikgu Safuan
- Din Glamour sebagai Samad
- Mohd. Zafrie Ikhmal sebagai Sani
- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Bomoh Semaun
- Aziz Satar sebagai Tok Batin
- Mat Sentul sebagai Amat
- Nora Ramli sebagai Anakali
Sambutan[sunting | sunting sumber]
Filem ini dikeluarkan pada 7 Mei 1998 dan mendapat kutipan sebanyak RM 52,011.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.