Mohammad al-Agha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Dr.

Mohammad al-Agha

D.Sc
محمد الآغا
Menteri Pertanian Palestin
(di Gaza)
Dalam jawatan
Jun 2007 – September 2012
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehdirinya (Palestin)
Digantikan olehAli al-Tarsyawi
Menteri Pertanian Palestin
Dalam jawatan
Mac 2007 – Jun 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Digantikan oleh
Dalam jawatan
Mac 2006 – Mac 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehWalid Abed Rabuh
Butiran peribadi
LahirMohammad Ramadan Mohammad al-Agha
محمد رمضان محمد الآغا

1959 (umur 64–65)
Khan Yunis, Gaza
Parti politik Hamas

Profesor Dr. Mohammad al-Agha (Arab: محمد البرغوثي) ialah seorang ahli akademik dan politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertanian di bawah pemerintahan Hamas di Palestin.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1959 di Khan Yunis di Genting Gaza, Palestin. Beliau melanjutkan pengajian sarjana sains di Universiti Jordan sehingga 1986. Kemudian beliau melanjutkan pengajian kedoktoran sains di Universiti Manchester, United Kingdom sehingga 1995.[2]

Beliau bekerja di Universiti Islam Gaza sebagai penolong profesor pada 1995. Beliau dilantik sebagai profesor madya di universiti sama pada 2000 dan menjadi profesor dalam sains sekitaran pada 2005.[2][3]

Pelantikan sebagai menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian Palestin pada Mac 2006 di bawah kabinet pertama dan kabinet kedua Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[4] sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas pada Jun 2007.[5][6]

Walau bagaimanapun, Mohammad dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza sebagai Menteri Pertanian pada 2007 hingga 2012.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Agha holds Israel responsible for any harm done to Palestinian fishermen". The Palestinian Information Center. 2007-03-11. Dicapai pada 2023-12-20.
  2. ^ a b "مركز المعلومات الوطني الفلسطيني". web.archive.org. 2018-08-15. Dicapai pada 2023-12-20.
  3. ^ Collard, Rebecca (2011-06-17). "Palestinian desire for food security drives farming innovation". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-12-20.
  4. ^ "The PA Ministerial Cabinet List March 2006 - March 2007". Dicapai pada 2 November 2023.
  5. ^ "Israel releases Hamas minister; 7,500 Palestinians remain under detention. - Free Online Library". www.thefreelibrary.com. Dicapai pada 2023-12-01.
  6. ^ "JMCC / Politics in Palestine /PA Cabinet / Government". web.archive.org. 2008-11-21. Dicapai pada 2023-11-03.