Musa Abu Marzuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Musa Abu Marzuk
موسى أبو مرزوق
Ketua
Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
1992–1996
Digantikan olehKhaled Meshal
Timbalan Ketua
Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
15 Januari 1997 – 23 Januari 2014
KetuaKhaled Meshal
Digantikan olehIsmail Haniyeh
Butiran peribadi
LahirMusa Mohammed Abu Marzuk (Arab: موسى محمد أبو مرزوق)
(1951-01-09) 9 Januari 1951 (umur 73)
Rafah, Negeri Naungan Seluruh Palestin
Parti politik Hamas
KediamanDoha, Qatar
Alma materUniversiti Ain Syams
Universiti Negeri Colorado
Universiti Alexandria Negeri Louisiana
Profesionpemimpin politik

Musa Mohammed Abu Marzuk (Arab: موسى محمد أبو مرزوق) ialah seorang ahli politik Palestin dari Hamas. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Biro Politik Hamas pada 1997 hingga 2014.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Keluarga Musa berasal dari Yibna, Palestin Bermandat (kini Yavne, Israel).[1] Mereka menjadi pelarian selepas perang Arab–Israel 1948 dan dipaksa berpindah ke kem Rafah di Genting Gaza.[1] Musa dilahirkan di sana pada 9 Januari 1951.[1] Beliau menamatkan sekolah tinggi di Gaza, dan menyambung pengajian kejuruteraan di Kaherah sehingga 1976, kemudian beliau bekerja di Teluk Parsi.[1] Beliau menyambung pengajian ke Amerika Syarikat untuk ijazah sarjana dalam pengurusan pembinaan dari Universiti Negeri Colorado.[1][2]

Musa menetap di Amerika Syarikat selama sekurang-kurangnya 14 tahun dan memperoleh Kad Hijau (penduduk tetap) pada 1990. Beliau telah berkahwin dan memperoleh enam anak..[3]

Penglibatan dengan Hamas[sunting | sunting sumber]

Musa mula giat dalam kerja politik Islam sejak 1968. Beliau memainkan peranan penting dalam menyusun semula Hamas selepas penangkapan besar-besaran anggotanya pada 1989. Wartawan Israel, Shlomi Eldar ada menyebut mengenai kemahiran mengumpul dana Musa, dan hubungannya dengan sumbangan di Eropah dan Amerika Syarikat dalam menyelamatkan pertubuhan itu dan membangunkan prasarananya di Gaza, termasuklah program klhidmat masyarakat. Israel mendakwa beberapa sumbangan digunakan untuk kegunaan serangan terhadap Israel, iaitu dakwaan yang Musa nafikan.[2] Musa terpilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas pertama pada 1992, dan sejak 1997 menjadi timbalan ketua biro tersebut.[4] Musa mengasaskan Persatuan Islam Palestin.[5]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Senior Hamas leader: Israel exists". Ynet. 20 February 2006.
  2. ^ a b Larry Cohler-Esses (19 April 2012). "Hamas Wouldn't Honor a Treaty, Top Leader Says". The Forward.
  3. ^ Greenhouse, Steven (1995-07-28). "U.S. DETAINS ARAB TIED TO MILITANTS". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26. Dicapai pada 1 November 2023.
  4. ^ Profile on Islam Online website
  5. ^ United States Senate official website

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]