Amal Seyam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amal Seyam
أمل صيام
Menteri Hal Ehwal Wanita Negara Palestin
Dalam jawatan
Mac 2007 – Jun 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehMariam Saleh
Digantikan olehKhulud Daaibes (Palestin)
dirinya (di Gaza)
Menteri Hal Ehwal Wanita Negara Palestin
(di Gaza)
Dalam jawatan
Jun 2007 – September 2012
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehdirinya (Palestin)
Digantikan olehjawatan tiada
Butiran peribadi
LahirAmal Mohamed Al-Syeikh Mahmud Seyam
أمل محمد الشيخ محمود صيام

(1962-12-14) 14 Disember 1962 (umur 61)
Gaza
Parti politik Hamas

Amal Seyam (Arab: أمل صيام) ialah seorang ahli politik wanita di Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita Palestin dalam kabinet kedua pimpinan Ismail Haniyeh pada Mac 2007 sehingga dibubarkan oleh Presiden Mahmud Abbas.[1]

Walau bagaimanapun, Amal dikekalkan jawatan dalam pemerintahan Hamas di Gaza sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita pada 2007 hingga 2012.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Amal dilahirkan di Gaza pada 1962. Beliau menetap di bandar Bethlehem melebihi 25 tahun bersama suaminya, Syeikh Dr. Ghassan Hirmas, seorang pemimpin Hamas di Bethlehem dan dikurniakan 4 orang anak. Beliau memperoleh sarjana pengajian Islam dari Universiti Al-Quds dan mengajar di Universiti Terbuka Al-Quds.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "JMCC / Politics in Palestine /PA Cabinet / Government". web.archive.org. 2008-11-21. Dicapai pada 2023-11-03.